SJ - 3145: [G] Fiqh Puasa: SENDAWA ?!!

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3145: [G] Fiqh Puasa: SENDAWA ?!!

:salam

Pada suatu hari (dlm bulan puasa) ana terasa ingin BERSENDAWA ...tiba-tiba , TERkeluar sedikit 'makanan' dari bhgn dalam tubuh... lebih kurang macam muntah ....Soalannya ialah... ana sebenarnya tau yg muntah yg tak sengaja tu tak membatalkan puasa...tapi ..yg memusykilkan ana ialah... ana pernah mendengar ada org memberitahu ana bahawa muntah yg keluar disebabkan sendawa ni..(yg disengajakan)... adalah sama ngan muntah yg disengajakan jugak,.,.. betul ke?

ana harap pihak ustaz sekalian akan dapat memberikan komentar berkenaan dengan KEMUSYKILAN ana ni berdasarkan...

1. SENDAWA yg disengajakan...
2. SENDAWA yg tak disengajakan ...
3. org yg pada 'urufnya selalu SENDAWA...(tabiat)

WA

Re: SENDAWA ?!!

:salam

Sendawa merupakan satu sikap yg pada umumnya dipandang jijik oleh masyarakat. Namun, sendawa itu kadang2 tidak dapat dikawal dan kadang2 tidak disengajakan. Manakala makanan yg terbawa bersama ketika sendawa itu merupakan satu fenomena diluar kawalan kita. Ia termasuk dalm umum al-balwa.

Adapun mengenai pembahagian seperti yg saya quotekan di atas, adalah lebih releven jika dilihat pada aspek muntah. Iaitu, adakah muntah itu membatalkan puasa samada sengaja atau tidak?

Majoriti ulama’ mengatakan muntah yg tidak disengajakan itu tidak membatalkan puasa manakala muntah yg disengajakan itu membatalkan puasa. Pendapat ini juga diutarakan oleh Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah dalam Fatawa an-Nisa’ dan Dr Abdul Karim Zaidan dalam Al-Mufashal fi-Ahkmail Mar’ah wal Bait al-Muslim.

Walaupun begitu, Dr Yusuf al-Qaradhawi(YQ) tidak bersetuju dalam pendapat ini. Dr YQ telah mentarjihkan perkara ini sptmana dinukilkan dalam fiqhus siyam dan mengatakan muntah, samada dgn sengaja ataupun tidak, tidak membatalkan puasa sama-sekali. Ini juga merupakan Imam Bukhari. Utk melihat hujah Dr YQ, saya ringkaskan perbincangan beliau dibawah.

Di bawah hadis2, hujah2 dan dalil2 yg berkaitan;

1. Drpd Abu Hurairah ra katnya bahwa Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa muntah(tanpa disengaja) sedangkan ia dalam keadaan puasa, tidak ada qadha baginya dan barangsiapa sengaja muntah maka hendaklah ia mengqadha’.”[HR Darami, Ashabus Sunan, Ibn Hibban, Darutqutni dan Hakim]

KOMENTAR HADIS
An-Nasa’I berkata, “Dimauqufkan oleh Atha’ dari Abu Hurairah.”
Tirmidzi mengatakan, “Kami tidak mengenalnya selain dari Hisyam, dari Muhammad, dari Abu Hurairah. Isa bin Yunus infirad di hadits ini.”
Bukhari pula berkata, “Saya tidak melihat hadis ini kuat, diriwayatkan juga oleh yg lain namun sanadnya tidak sahih.”
Darimi berkata bawah Ulama’ Basrah memandang Hisyam adalah wahm.
Abu Daud dan sebhgn ahli hadis mengatakan hadis ini tidak sahih.
Ahmad juga mengingkarinya.
Namun al-Hakim mengatakan hadis ini sahih menurut syarat Bukhari dan Muslim.
Albani pula tidak memasukkan hadis di atas dalam komentarnya terhadap Fiqh sunnah dalam tamamul minnah.
Kesimpulannya, mereka yg mengeluarkan hadis ini mengatakan tidak sahih kecuali al-Hakim yg mensahihkannya.

2. Dari Abu Hurairah bahawa ia berkata, “Apabila muntah maka tidaklah batal, kerana mengeluarkan bukan memasukkan.”[HR Bukhari]

3. Ibn Baththal menukil dari Ibn Abbas dan Ibn Mas’ud ttg tidak batalnya puasa krn muntah, baik sengaja maupun tidak.

4. Imam Bukhari pula meriwayatkan secara muallaq dari Ibn Abbas dan Ikrimah, yg mereka berkata bahawa puasa itu dari hal yg masuk bukannya keluar.

5. Dari Abu Darda’ bahwa beliau mengatakan bahawa Nabi saw muntah lalu berbuka.[HR Ahmad, Ashabus Sunan yg tiga, Ibn Hibban dal lain2]

KOMENTAR HADIS
Ulama’ Hadis berselisih mengenai kesahihan hadis ini kerana sanadnya. Ima Baihaqi mengatakan sanadnya mudhtharib dan tidak boleh dijadikan hujah.

6. Hadis marfu’ dari Abu Said al-Khudri bahawa 3 hal tidak membatalkan puasa; Bekam, muntah dan mimpi jimak.[HR Tirmidzi dan Baihaqi]

KOMENTAR HADIS
Hadis ini dhaif krn dalam sanadnya ada Abdurrahman bin Zaid bin Aslam. Ia dhaif.

KESIMPULAN

Melihat pada kesemua dalil2 di atas, jelaslah bahawa muntah itu samada sengaja atau tidak, tidak membatalkan puasa. Hadis2 yg mengatakan batalnya puasa krn muntah yg disengajakan itu semuanya tidak lari dari perselisihan ulama’. Apatah lagi pandangan muntah itu membatalkan puasa tidak sesuai dgn maksud puasa itu sendiri iaitu sesuatu yg masuk bukannya keluar. Jika kita menerima hadis ke-5 itu sebagai sahih sekalipun, ia tidaklah mengatakan bahawa muntah itu membatalkan puasa akan ttp Nabi saw berbuka krn uzur sptmana tafsiran at-Thahawi.

Sekian. WA.

RUJUKAN LAIN

Fiqh & Perundangan Islam Jil 2
Dr Wahbah al-Zuhaily

Ramadhan Fatawa
Fatawa Sheikh bin Bazz

:wassalam

Re: SJ - 3145: [G] Fiqh Puasa: SENDAWA ?!!

:wassalam
Tas-hih/Tahqeeq
Walaupun Puasa Ramadhan telah berlalu tapi Puasa tetap berlangsung dgn puasa Qadha', sunat dan nazar serta pelajaran utk Puasa Ramadhan yg akan datang. WA