Assalammualaikum,
Kesyukuran kepada Allah s.w.t dgn. izinnya diberi kelapangan kepada saya untuk berbicara, bertanya didalam alahkam dot net, selawat serta salam kepada baginda rasullulah s.a.w serta kepada keluarga baginda, serta sahabat-sahabat baginda..semuga Allah s.w.t memberi petunjuk dan hidayah serta keampunan untuk kita semua.....
Terlebih dahulu terima kasih kepada pihak alahkam dot net memberi saya ruang untuk berbicara dan mengemukakan soalan-soalan...dan mungkin ada kalanya saya tersasar keluar daripada objektif ...
Disini ingin saya kemukakan pertanyaan yang mana sedikit sahaja ilmu yang diketahui oleh saya kerana kealphaan saya sendiri..pohon diberi tunjuk ajar daripada mereka yang mahir .....
Sembahyang berjemaah bagi satu kawasan adalah fardu kifayah...
pohon penjelasan lebih lanjut mengenai perkara ini....
Untuk makluman Us-Us dan juga kepada mereka yg pakar...
kaw taman saya mempunyai -+ 500 biji rumah dan ada sebuah surau yang bernilai RM4 j - 7 km drp kaw. ini ada Masjid.....
bagaimana status solat berjemaah dikaw saya ini..
pohon penjelasan pendapat .....
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr assb4558 dengan kadar apa yang termampu, Insyaallah.
Anda boleh bertanya di al-ahkam.net ini bila-bila masa, cuma barangkali jawapannya lambat sedikit oleh kerana ahli panel masing-masing sibuk dan tinggallah kami beberapa kerat ini yang cuba melapangkan diri menjawab soalan-soalan sdr. Kami sedar bahawa sdr pun ada membuat posting soalan yang sama diruangan Aduan & cadangan. Pohon ma'af diatas kelewatan, dan Allah swt akan memberi ganjaran keatas mereka yang sabar.
Kalau dapat saya fahami soalan sdr ialah : Apakah status solat di surau kami, sedangkan masjid yang berhampiran terletak 7km dari tempat kami? Betul ke maksud soalan anda begitu?
'Ala kulli hal, pertama-tamanya ialah definasi Surau dan Masjid itu tidaklah banyak bezanya. Lainlah kalau Musholla (ãÕáì), yang merupakan ruang bersolat yang terletak pada sesebuah bangunan, dimana ia akan berubah tempat mengikut bangunan tersebut. Biasanya masjid atau surau diasaskan pada tanah waqaf yang menurut ulama' ia kekal sehinggalah bermulanya hari kiamat. Hukum bersolat di musholla ialah, apabila kedengaran azan pada masjid atau surau berdekatan, hendaklah orang Islam menunaikan solat jemaahnya di masjid atau di surau dan bukannya di musholla.
Mungkin persoalan disini ialah, berapakah jaraknya panggilan azan solat dengan kawasan tempat tinggal? Terdapat banyak amaran-amaran dari hadith Nabi saw bagi mereka yang mendengar azan tetapi tidak pergi ke surau atau masjid. Diantaranya adalah hadith dari Ibn Abbas ra, bahawa Nabi saw bersabda :
Jarak keupayaan mendengar azan sebagaimana yang disebut oleh ulama ialah :-
Al-Hafiz Imam Al-Nawawi rh menyebut :-
Jawatankuasa tetap fatwa Arab Saudi pernah ditanya mengenai seorang yang tinggal di Tingkat 8 sebuah bangunan, dimana masjid terletak 500 meter dari tempatnya, apakah dia dibenarkan bersolat dengan keluarganya di apartmentnya? Jawatankuasa itu menjawab :-
Syiekh Utsaimin apabila ditanya apakah jarak yang dimaksudkan berdekatan dengan masjid? Beliau menjawab :
Jarak diantara masjid dan surau anda yang sejauh 7km menjadikan surau tersebut perlu menegakkan fardu kifayat ini. Mereka-mereka yang berada disekitar jarak kedengaran azan adalah bertanggung-jawab mendirikan solat berjemaah didalam surau tersebut. WA.
wassalam
خيرالأمين