SJ-05-0027 : Lanjutan SJ-05-0024 : Solat Jamaah kali ke2

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0027 : Lanjutan SJ-05-0024 : Solat Jamaah kali ke2

"bahawa Rasulullah saw melihat seorang lelaki bersolat berseorangan dan berkata, 'Tidakkah sesiapa mahu melakukan sedekah keatas orang tersebut dan bersolat dengannya?" Maka seorang bangun dan bersolat dengannya." - [Hadith riwayat Ahmad didalam Musnadnya, Abu Daud didalam Sunannya

Apa yg saya faham dari Hadith ini ialah seseorg yg telah selesai solat jamaah boleh menjadi makmum kpd seseorg yg datang lewat sepaya org tersebut mendapat pahala solat jamaah. Soalan saya ialah: adakah makmum tersebut berniat mengulangi solat fardhu atau berniat solat sunat ba'diyah?

Re: SJ-05-0027 : Lanjutan SJ-05-0024 : Solat Jamaah kali ke2

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr zorro dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Hadith yang sdr petik itu diguna pakai oleh beberapa ulama' fiqh didalam menjustifikasi solat berjemaah boleh diulangi didalam masjid yang sama (yang ada Imam Raatib) sebagaimana pandangan yang dipegang oleh Ahmad dan Isyak. Hadith yang sama juga dipersetujui oleh jumhur ulama' didalam kes mengulangi solat fardu untuk kali kedua. Scenario ini boleh dilihat dari contoh yang sdr bawa, ataupun contoh yang dibawa oleh Ulama' mazhab empat, itu seorang yang telah bersolat, sampai disuatu masjid yang jemaahnya belum habis menunaikan solat jemaah, maka bolehlah dia menyertai solat yang kedua, dan dikira sebagai pahala sunat, sebagaimana 2 hadith dibawah ini :-

Dari Abu Sa'ed al-Khudri ra yang berkata :

Ãä ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÃÈÕÑ ÑÌáÇð íÕáí æÍÏå ÝÞÇá : " ÃáÇ ÑÌáñ íÊÕÏÞ Úáì åÐÇ ÝíÕáí ãÚå " ÝÞÇã ÑÌá ÝÕáì ãÚå
"bahawa Rasulullah saw melihat seorang lelaki bersolat berseorangan dan berkata, 'Tidakkah sesiapa mahu melakukan sedekah keatas orang tersebut dan bersolat dengannya?" Maka seorang bangun dan bersolat dengannya." - [Hadith riwayat Ahmad didalam Musnadnya, Abu Daud didalam Sunannya].

Hadith yang lain :-

Ãä ÑÌáÇ ÌÇÁ Åáì ÇáãÓÌÏ ÈÚÏ ÕáÇÉ ÇáäÈí Õáì Çááå Úáíå æÓáã ÇáÚÕÑ¡ ÝÞÇá : ãä íÊÕÏÞ Úáì åÐÇ ÝíÕáí ãÚå¿ ÝÕáì ãÚå ÑÌá ãä ÇáÞæã
"Bahawa seorang lelaki telah datang ke masjid dimana Nabi saw telah pun selesai bersolat Asar. Lalu baginda bersabda : Siapakah yang ingin bersedekah untuk orang ini, maka bersolat bersamanya, lalu seorang lelaki (dari jemaah didalam masjid) bersolat bersamanya" - [Hadith riwayat Ahmad, abu Daud, dan Tirmudzi. Hadith hassan adalah dari hadith Abu Sa'ed al-Khudri (hadith sebelum ini), dan isnadnya bagus].

Mazhab Syafie ada membahaskan bab niat didalam mengulangi solat didalam Mughni al-Muhtaaj 1/233, dimana Dr Wahbah al-Zuhaily mengulaskan seperti berikut :-

"Menurut mazhab Syafie mengikut pandangan yang paling baik (asah) adalah sunat kepada seseorang yang menunaikan solat secara persendirian atau berjemaah mengulangi semula solat tersebut dengan NIAT FARDU, baik bersama seorang yang lain atau bersama jamaah yang didapatinya pada masa tertentu, walaupun hanya 1 rakaat menurut pendapat yang rajih sekalipun waktu yang dimakruhkan bersolat dan ulangan hanya dibenarkan sekali sahaja menurut pandangan yang rajih."

"Jika seseorang menunaikan solat dan mengulanginya semula bersama-sama jama'ah, maka solat pertama dikira fardu mengikut mazhab baru (qaul jadid Imam Syafie) berdasarkan hadith Yazid bin Aswad.

æíäæí ÅÚÇÏÉ ÇáÕáÇÉ ÇáãÝÑæÖÉ¡ ÍÊì áÇ Êßæä äÝáÇ ãÈÊÏÁÇ
Dia hendaklah berniat MENGULANGI SOLAT FARDU supaya solatnya menjadi sunat dari awal lagi" - [Fiqh al-Islami 2/167-168].

Kesimpulannya, Solat fardu yang dilulangi bukanlah jenis solat ba'diyah, akan tetapi ia merupakan solat fardu yang diulang semula dengan keyakinan Allah swt akan menukarkannya menjadi Solat Sunat, dan membantu mereka yang bersolat berseorangan memperolehi pahala solat jemaah, sebagaimana yang diistilahkan sebagai sedekah didalam hadith diatas. WA.

wassalam
================
Rujukan :

1. Dr Wahbah al-Zuhaily. al-Fiqh al-Islami wa adillatuh - 2. cetakan ke 3. Damsyik : Dar al-Fikr, 1989, ms 167-168.

خيرالأمين