Oleh: Ustaz Adlan Abd Aziz
Soalan-soalan berikut adalah untuk anda (pengguna pendapat al-Albani dalam hadith) agar anda dapat menetahui sejauh mana anda telah menjadi seorang pengkaji yang tahu cara membuat kajian berbentuk perbandingan, atau anda sekadar pengikut dan pentaqlid semata-mata.
1. Ketika menggunakan pandangan al-Albani, adakah anda merujuk terus kepada buku tulisan beliau atau hanya menggunakan sumber kedua atau ketiga yang menukilkan pandangan beliau? Atau anda hanya menggunakan buku terjemahan?
2. Tahukah anda bahawa al-Albani pernah mengubah sebahagian pandangan beliau yang terdahulu dalam buku-bukunya yang terkemudian?
3. Adakah anda mampu mengenal pasti manakah buku al-Albani yang lama dan juga bukunya yang terdahulu?
4. Pernahkah anda membuat perbandingan antara kajian al-Albani dengan kajian ahli hadith moden yang lain masa kini?
5. Pernah atau tidak anda membuat juga perbandingan kajian al-Albani dengan kajian ulama hadith silam seperti Ahmad Bin Hanbal, Yahya Bin Ma'in, al-Bukhari, Abu Hatim, Abu Zur'ah dan lain-lain?
6. Atau adakah anda menyangka bahawa pandangan al-Albani adalah 'muktamad' dan tak perlu pada kajian perbandingan?
7. Ketika membaca penilaian al-Albani terhadap seseorang periwayat hadith (sama ada thiqah, dhaif, soduq dll) adakah anda merujuk semula kepada buku-buku kajian periwayat (Buku al-Jarh wa at-Ta'dil atau buku al-Rijal) untuk membuat kajian lanjut atau pengesahan?
8. Pernahkah anda membaca buku-buku yang mengkritik al-Albani? Jika ya, adakah anda berusaha mencari jawapannya dan membela al-Albani atau and mengambil sikap menolak bulat-bulat?
9. Soalan terakhir untuk kali ini : adakah anda mampu untuk membela al-Albani dengan hujah atau anda lebih suka menganggap bahawa kritikan terhadap al-Albani ialah pemmbohongan semata-mata?
Terima kasih kerana sudi membaca dan menjawab! [pemudaiman.blogspot.com]