Assalamualaikum
Baru2 ni ana ada terbaca suatu jenis solat yang first time ana dengar...
Barangkali ana jahil ...
Tapi aper betul ker ader solat jenis gini...
http://www.muis.gov.sg/tahfiz/index2.html
Mohon penjelasan dan komentar...
Tq :idea:
Sumber Rujukan Islam Anda..
Assalamualaikum
Baru2 ni ana ada terbaca suatu jenis solat yang first time ana dengar...
Barangkali ana jahil ...
Tapi aper betul ker ader solat jenis gini...
http://www.muis.gov.sg/tahfiz/index2.html
Mohon penjelasan dan komentar...
Tq :idea:
Wa'alaikumussalam.
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr kakashi dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Solat Taqwiyatul Hifzi (ÊÞæíÉ ÇáÍÝÙ) atau Solat menguatkan hafalan diambil dari sebuah hadith yang panjang, dan diantara isi kandungnya ialah dikatakan Rasulullah saw mengajar Ali bin Abi Thalib ra bagaimana untuk melakukan satu solat sunat yang menguatkan hafalan al-Qurannya didada. Hendaklah pada malam Jumaat, bangun pada pertengahan malam, tapi kalau tidak mampu bangun pada awal malam, lakukan solat sebanyak 4 rakaat, dengan membaca al-Fatihah dan surah Yaasin rakaat pertama, al-Fatihah dan HaMim al-Dukhan pada rakaat kedua, al-Fatihan dan Alif Lam Min Tanzil (al-Sajadah) pada rakaat ketiga dan al-Fatihah dan Tabaraka (al-Mulk). Kemudian dikuiti dengan Istigfar dan do'a.
Matan hadith panjang ini boleh didapati di url berikut : http://www.islamweb.net/php/php_arabic/showHadiths.php?BkNo=4&KNo=49&BNo=115 dan saya juga memaparkannya dibawah. Hadith ini di Riwayatkan oleh al-Tirmudzi, katanya :-
Ulama'-ulama' hadith berselisih pendapat mengenai hukum hadith yang dihasankan oleh Tirmudzi. Syiekh Nasyiruddin Al-Albani menyebut bahawa al-Hafiz Ibn Asyaakir telah menukar hukum keatas hadith tanpa menggunakan perkataan hassan. Al-Albani mengatakan bahawa perawi hadith al-Walid bin Muslim juga tidak boleh lari dari penyakit hadith.
Al-Munziri didalam komentarnya terhadap hadith ini mengatakan : (ØÑÞ ÃÓÇäíÏ åÐÇ ÇáÍÏíË ÌíÏÉ ¡æãÊäå ÛÑíÈ ÌÏÇð) - "Hadith ini sanadnya baik, dan matannya sangat gharib (pelik)". Ibn al-Jawzi dan Imam Syawkani meletakkan hadith diatas ini sebagai hadith mawidhu' didalam kitab-kitab mereka.
Al-Zhaabi menyebut didalam biografi, orang yang bernama al-Walid al-Muslim dengan meluasnya, kemudiannya berkata (åÐÇ ÚäÏí ãæÖæÚ)"Ini disisiku Maudhu'".
Al-Zhahabi juga didalam memperbetulkan hadith al-Hakim berkata : (åÐÇ ÍÏíË ãäßÑ ÔÇÐ ¡æÞÏ ÍíÑäí æÇááå ÌæÏÉ ÅÓäÇÏå) "Hadith ini Mungkar Shaz, dan ini mengkonfusekan ku, demi Allah Sanadnya ada kualiti."
Syiekh al-Albani didalam komentarnya yang panjang berkenaan dengan hadith ini, memaparkan sebuah hadith lain yang melarang mengkhususkan sesuatu amalan Jumaat semata-mata untuk beribadat :- hadith sahih dari Abu Hurairah ra, bahawa Nabi saw berkata :
Berkata al-Hafiz Imam al-Nawawi mengenai hadith ini ::
Fatwa dari Markas Fatwa pimpinan Dr Abdullah al-Faqih mengatakan :-
Sebagai kesimpulan mengenai amalan solat yang berdasarkan hadith ini, saya memetik kata-kata Dr Husamuddin bin Musa Afhaanah, Pensyarah Fiqh dan Usul di Universiti Qudus mengatakan :-
æÎáÇÕÉ ÇáÃãÑ Ãä ÇáÍÏíË ÇáãÐßæÑ áÇ íÕÍ ÇáÇÚÊãÇÏ Úáíå áÃäå ãæÖæÚ Ãí ãßÐæÈ¡ æÕáÇÉ ÇáÍÝÙ ÇáÊí æÑÏÊ Ýíå ÕáÇÉ ãÈÊÏÚÉ ÛíÑ ãÔÑæÚÉ .ÇäÊåì ßáÇã ÇáÏßÊæÑ ÍÓÇã ÇáÏíä.
wassalam
========
Rujukan :
1. Dr Husamuddin bin Musa Afhaanah. åá åäÇß ÍÏíË áÊÓåíá ÍÝÙ ÇáÞÑÂä ¿. url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=99149
2. Markas Fatwa pimpinan Dr Abdullah al-Faqih. ÍÏíË "ÊÝáÊ åÐÇ ÇáÞÑÂä ãä ÕÏÑí" ãæÖæÚ . url : http://www.islamweb.net/php/php_arabic/ShowFatwa.php?lang=A&Id=344&Option=FatwaId
Matan hadith :-
خيرالأمين