Assalamualaikum.
Saya ingin bertanya tentang fidyah bagi mereka yang uzur. Arwah bapa saya telah jatuh sakit dan terpaksa meninggalkan puasanya. Soalan saya:
1. Berapakah sukatan atau bayaran fidyah yang ditetapkan oleh syarak? adakah berbeza dari satu negeri ke satu negeri di malaysia?
2. Apakah prosedur yang patut diikuti? contohnya adakah Ahli masjid yang menguruskannya atau dilakukan sendiri oleh waris.
3. Siapakah yang harus membayar fidyah itu jika orang tersebut telah meninggalkan dunia? Contohnya adakah isteri atau anak-anak yang wajib membayarkan fidyah itu?
4. Bagaimana pula kalau seseorang itu dalam keadaan koma selama bertahun-tahun. adakah wajib di bayar fidyah puasanya?
wassalam.
maldin
:salam
Kadar fidyah dinyatakan di dalam al-Qur'an iaitu:
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa. (Yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Jika di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu dia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu) memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. (QS. 2:183-184)
Kadar fidyah adalah secupak beras(makanan ruji). Lihat URL berikut:
SJ - 3050: [G] Bayaran Fidyah
000006: SJ-Puasa: Masalah: Lewat mengqadha' puasa dan fidyah
Ia sebaiknya dilakukan oleh ahli waris krn harta yg digunakan hendaklah kepunyaan si mati. Waris lebih mudah utk menguruskan harta si mati.
Sebaiknya ahli waris membayarkan fidyah itu. Oleh krn isteri dan juga anak2 merupakan ahli waris, boleh saja keduanya membayarkan fidyah itu. Namun, sekiranya tiada waris, boleh saja org lain membayarkan utknya. Sptmana harusnya hutang dibayarkan oleh org lain utk si mati.
Berkata Jabir bin Abdullah rh: Telah meninggal dunia salah seorang daripada kami, lalu kami mandikannya, kapankannya dan kemudian kami letakkan jenazah di tempat yang biasa diletakkan jenazah iaitu di Makm Jibril untuk diselesaikan oleh Rasulullah saw. Dan kami memaklumkan kepada baginda untuk disolatkan jenazahnya. Lalu baginda pun datang mendekati jenazah lalu bertanya kepada kami, “Barangkali jenazah ini ada meninggalkan hutang.” Lalu kami jawab, “ Benar, ya Rasulullah. Ada 2 dinar.” Rasulullah saw berundur dan bersabda, “kamu sahajalah yang menyembahyangkan jenazah sahabatmu ini.” Lalu salah seorang daripada kami yang di panggil Abu Qatadah berkata, “Ya Rasulullah, kedua-dua dinar hutang jenazah ini adalah tanggungjawab saya.” Kemudian Rasulullah bersabda lagi, “Mula sekarang, 2 dinar itu menjadi tanggungjawab engkau, Abu Qatadah dan engkau mesti ambil dari wang kau sedangkan jenazah ini bebas daripada kedua-dua dinar itu?” Jawab Abu Qatadah, “ Benar, ya Rasulullah.” Setelah mendengar pengakuan daripada Abu Qatadah bahawa ia bertanggungjawab melunasi hutang jenazah tersebut, barulah Nabi saw melakukan solat jenazah ke atas si mati. Dan diriwayatkan, pada keesokan harinya, Rasulullah saw bertemu akan Abu Qatadah dan bertanya kepadanya, “sudahkah kau lunasi hutang jenazah semalam?” Abu Qatadah menjawab, “Wahai Rasulullah, bukankah dia baru sahaja meninnggal dunia semalam.” Kemudian setiap hari apabila Nabi saw bertemu Abu Qatadah maka akan ditanya, “Apakah kamu telah lunasi hutang 2 dinar itu?” Jawab Abu Qatadah, “telah aku lunasi hutang itu.” Mendengar akan jawapan Abu Qatadah, Rasulullah saw bersabda, “Sekarang barulah dingin kulitnya kerana azabnya baru sahaja diangkat kerana hutangnya telah selesai.”
Ini berbeza sama sekali dgn menggantikan puasa utk si mati. Krn hanya wali yg dibolehkan menggantikannya. Namun perkara ini memerlukan perbahasan yg lain. (TM Hasbi, Pedoman Puasa).
Ya. Diwajibkan membayar fidyah menggunakan harta si pesakit itu sebyk mana puasa yg ditinggalkannya.(Fiqhul Manhaji 'ala mazhab al-Imam asy-Syafi'i)
Sekian. WA.
:wassalam
Ditulis/Disusun oleh
g@y@t
http://Al-Ahkam.net
http://www.eashoppingcentre.com
http://membelahlautan.