Assalamualaikum ya ustaz,
Saya sedikit kemusykilan tentang puasa.Jika sekiranya seseorang itu melakukan
hubungan suami isteri pada lewat malam harinya dan kemudian dia terlena
sehingga terbit fajar dalam keadaan junub.Sesuatu yang memang tidak disengajakan,
sehinggakan terlewat untuk dia mengerjakan solat subuh,namun bila tersedar dari
terus dia mandi hadas dan melakukan solat pada jam 7.20 pg.dan dia juga meneruskan
ibadah puasanya itu.
Apakah hukum puasanya itu,dan jika sekiranya batal bagaimanakah caranya untuk
dia membayar puasa tersebut.Sekian,semoga Allah memberi kekuatan serta kerahmatan
atas dakwah yang ustaz dan sahabat usahakan ini.
Wassalam.
Taubatan Nasuha,
20 Ramadhan 1425H
3.10.2004
Wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Soalan in merupakan soalan ulangan, walaubagaimanapun kami akan cuba menjawabnya dengan ringkas dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Kedua-dua semua isteri tersebut bolehlah meneruskan puasa kerana puasa tersebut masih sah. Apa yang perlu dilakukan ialah sebaik sahaja bangun dari tidur hendaklah segera mandi junub dan bersolat subuh. Puasa akan hanya batal dan dikenakan kifarat (denda) jika berlaku persetubuhan disiang hari Ramadhan. Berikut adalah fatwa yang kami petik dari Lembaga Tetap fatwa Arab Saudi, fatwa yang bernomboer 4765 :-
wassalam
=========
Rujukan :
1. Fatawa Al-Lajnah al-Daa’imah li’l-Buhooth wa’l-Ifta’ - 10. cetakan ke 3. Riyad : Dar Al-Mu'ayyad, 2001
خيرالأمين