http://al-ahkam.net:2020/forum2/viewtopic.php?p=34767#34767
aslm wbt...merujuk kpd perkara diatas..THTL kata lps balik perlu mandi balik..bukankah tayamum itu telah menggantikan mandi wajib itu....
Sumber Rujukan Islam Anda..
http://al-ahkam.net:2020/forum2/viewtopic.php?p=34767#34767
aslm wbt...merujuk kpd perkara diatas..THTL kata lps balik perlu mandi balik..bukankah tayamum itu telah menggantikan mandi wajib itu....
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr Masri@mujahid dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Sebagaimana yang telah disebut oleh syeikh thtl, hadith dari Imran bin Hussein ra itu menunjukkan dibolehkan bertayammum menggantikan air bagi sesiapa yang berjunub apabila tidak kedapatan air, dan riwayat yang lain juga menjelaskan bahawa jika kedapatan air, maka seseorang itu diperintah untuk mandi. Berikut adalah hadithnya (Riwayat al-Bukhari #384 dan 344) :-
Didalam riwayat yang lain Nabi saw menjumpai air dan memberi takungan air kepada orang yang menjadi junub dan bersabda :
Komentar Ibn Utsaimin rh. keatas hadith ini:-
WA, wassalam
خيرالأمين
:wassalam
Jawab:
Penjelasan allamah Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah, edisi Tahqeeq, Jld 1/107, bab Tayammum (jika Edisi Indon, Jld 1/173)
" (Kasus: Jika ditemui air selepas mengerjakan solat dgn tayammum) Dan seandainya orang junub atau haidh bertayammum disebabkan salah satu sebab yg membolehkan tayammum itu dan ia solat, tidaklah wajib ia mengulanginya.
Hanya sanya ia WAJIB Mandi bila telah dapat menggunakan air.
Dalilnya: hadis Imran bin Husin ra
".........Setelah mereka memperolehi air, maka RasuluLlah saw memberikan setimba air kepada sahabat yg janabah tadi dgn sabdanya, "pergilah bereskan tubuhmu." (alBukhari, Kitab atTayammum: 1/94; Muslim, 2/140)
Komentar Prof Hasbi asSiddiqiey dalam Fiqh Islami terbitan Pustaak Aman Press, Jld 1. Itulah menurut kebanyakan fuqaha' bagi yg janabah bila mendapatkan air, hendaklah mandi, tapi solat yg dilakukan semasa tayammum tidak perlu diulangi (qadha').
sekian
th