assalamu'alay-kum
terkandung dlm syariat bhw bolehnya kita umat islam memakan sembelihan ahli kitab. soalan dan kekeliruan ana ialah, apa definisi dari segi syariat dlm masalah ini? maksudnya, adakah perlu "kaedah" penyembelihan mereka sama dgn kaedah kita? cthnya dr segi putus urat mareh dan beberapa syarat lain lg.
bgmana pula status sembelihan sesetengah "ahli kitab" di negara barat yg menggunakan kaedah "ketuk kepala" utk membunuhnya tanpa menyembelih di bhgn leher mcm apa yg kita buat? kononnya kejam dgn cara menggunakan pisai sbgitu?
mohon komentar dan pencerahan..
WA
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan VHounterJr dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Orang Islam dibenarkan memakan makanan ahli kitab sebagaimana firman Allah swt didalam surah al-Maa'idah ayat 5. Yang dimaksudkan 'makanan' adalah binatang halal yang telah di sembelih oleh ahli kitab. Ini dijelaskan oleh Ibn Qudamah rh, katanya :-
ÃÌãÚ Ãåá ÇáÚáã Úáì ÅÈÇÍÉ ÐÈÇÆÍ Ãåá ÇáßÊÇÈ º áÞæá Çááå ÊÚÇáì : ( æóØóÚóÇãõ ÇáøóÐöíäó ÃõæÊõæÇ ÇáúßöÊóÇÈó Íöáøñ áóßõãú ) ÇáãÇÆÏÉ/5 º íÚäí : ÐÈÇÆÍåã . ÞÇá ÇáÈÎÇÑí : ÞÇá ÇÈä ÚÈÇÓ : ØÚÇãåã ÐÈÇÆÍåã .
"Ijma' ulama' membenarkan memakan daging sembelihan ahli kitab! Kerana firman Allah swt : 'Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu' al-Maa'idah ayat 5. Al-Bukhaari berkata : Ibn Abbas ra. berkata : 'Makanan mereka' bermakna daging yang disembelih oleh mereka" (al-Mughni, 13/293).
Daging tersebut hendaklah disembelih menurut syara'. Bagaimana pula kalau binatang tersebut disembelih dengan cara lain? Pada prinsipnya, kalau kita tidak tahu status sembelih ahli kitab tersebut (seperti menyebut nama Allah atau tidak?), tidak mengapa hukumnya. Dari A'isyah ra. bahawa beberapa orang telah datang kepada Nabi :saw dan berkata :
Åä ÞæãÇ íÃÊæääÇ ÈÇááÍã ¡ áÇ äÏÑí ÃÐßÑæÇ ÇÓã Çááå Úáíå Ãã áÇ ¿ ÝÞÇá : ÓãæÇ ÃäÊã ¡ Ëã ßáæÇ
"Beberapa orang telah membawa daging kepada kami, Kami tidak tahu sama ada mereka menyebut nama Allah atau tidak? Baginda berkata : Kamu ucapkan sendiri kemudian makanlah" [Hadith Riwayat al-Bukhaari #5507].
Didalam perkara ini, Ibn Utsaimin rh. telah mengariskan 3 senario berkenaan dengan daging ini :-
ÇáÃæáì : Ãä äÚáã Ãä åÐÇ íÐÈÍ Úáì ØÑíÞ Óáíã . ÝåÐå ÇáÐÈíÍÉ ÍáÇá .
ÇáËÇäíÉ : Ãä äÚáã Ãä åÐÇ íÐÈÍ Úáì ØÑíÞ ÛíÑ Óáíã . ÝåÐå ÇáÐÈíÍÉ ÍÑÇã .
ÇáËÇáËÉ : Ãä äÔß ¡ ÝáÇ äÏÑí ÃÐÈÍ Úáì æÌå Óáíã Ãã áÇ . æÇáÍßã Ýí åÐå ÇáÍÇá Ãä ÇáÐÈíÍÉ ÍáÇá æáÇ íÌÈ Ãä äÓÃá Ãæ äÈÍË ßíÝ ÐÈÍ ¡ æåá Óãì Ãã áã íÓã ¡
"1. Kita tahu bahawa ia disembelih menurut jalan yang betul. Maka daging ini Halal.
2. Kita tahu bahawa ia tidak disembelih menurut jalan yang betul. Maka daging ini Haram.
3. Kita tidak pasti, tidak tahu samada disembelih menurut cara jalan yang betul atau tidak. Hukum didalam kes ini adalah dagingnya Halal, dan tidak wajib bertanya atau mencari bagaimana ia disembelih, dan apakah disebut nama Allah atau tidak" (Fataawa Islamiyyah, 3/415).
Beliau juga menyebut :
æÅÐÇ ÊæÑÚ ÇáÅäÓÇä æÊÑß ÇáÃßá ãä åÐå ÇááÍæã ÝáÇ ÍÑÌ Úáíå ¡ æÅä ÃßáåÇ ÝáÇ ÍÑÌ Úáíå
"Dan jika seseorang itu berhati2 dan meninggalkan dari memakan daging ini, maka tiada kesalahan baginya, dan jika dia memakannya maka tidaklah juga satu kesalahan baginya" (Fataawa Islamiyyah, 3/415).
Kesimpulannya, secara umumnya umat Islam dibenarkan memakan daging sembelih ahli kitab. Jika kita tahu bahawa sembelihan ahli kitab tadi tidak mematuhi kehendak syariah, maka haram bagi kita memakan daging tersebut. Bagi yang tidak tahu atau tidak menyoalnya, maka bolehlah mereka memakan daging trsebut. WA.
Sekian, wassalam.
خيرالأمين