Assalaamu'alaikum
Bolehkah imam berdoa dengan kuat ? (tak lah seperti menjerit2). Apakah erti ayat (dibawah) "dengan suara yang lembut" itu bererti - suara yang perlahan atau tidak nyaring ? Rata-rata orang mempertikainya. Bagaimana seperti imam2 Mekah? (kuatke ? nyaringke? lembutke ?)
- Contoh, seperti mengganggu orang2 yng bersolat lewat/sunat ?
Berdo'alah kepada Rabbmu dengan berendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas. (QS. 7:55)
Jazakallah
Jawab:
Imam membaca do'a dengan kuat (melalui sistem pembesar suara) itulah yg dimaksudkan dengan bacaan yg kuat dan makmumnya beramai-ramai mengamimkan do'a itu. Amalan begini dibid'ahkan oleh Imam-imam salafiya dan ahli Hadis serta ahli tahqeeq. Alasan: ia bukanlah amalan sunnah dan salaf serta mengganggu ketenteraman dlm mesjid, orang yg melakukan ibadah serta orang yg sedang belajar dalam halaqah ilmu. (Ustaz Ali Mahfudz, asSunan, 53; Syaikh Jabir alJazaairy, Adab alMasaajid wa Waajibatuha)
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã
{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))
Berikut adalah jawapan-jawapan bagi setiap soalan saudara, mengikut ilmu pengetahuan saya yang sedikit yang dianugerahi oleh Allah Ta’ala :
*****************************
(1) Soalan saudara tersebut adalah berdasarkan ayat Al-Quran seperti berikut ini :
(( ÇÏúÚõæÇú ÑóÈøóßõãú ÊóÖóÑøõÚðÇ æóÎõÝúíóÉð Åöäøóåõ áÇó íõÍöÈøõ ÇáúãõÚúÊóÏöíä ó ))
Ertinya : “ Serulah Tuhanmu dengan merendah diri dan tersembunyi, kerana sesungguhnya Dia tidak suka orang yang melampaui batas “ ( Surah Al-A’araf , Ayat 55 )
*****************************
(2) Perkara berdoa dengan suara yang nyaring ini merupakan di antara banyak “isu panas” yang pernah berlegar di antara umat Islam, hatta di kalangan ulama’ mereka. Berikut saya ceritakan sedikit akan suasana yang panas itu , yang pernah melanda di kalangan pondok-pondok di Selatan Thailand ( Pattani ) beberapa tahun lalu :
Ada yang mengatakannya sebagai TIDAK BOLEH (bahkan ada yang mengatakan ianya adalah Bid’ah Dholalah di dalam beribadat) , dan golongan ini menyatakan (berdasarkan hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari r.h & Imam Muslim r.h) bahawa MENGAPA HENDAK BERDOA KUAT-KUAT KERANA ALLAH TA’ALA BUKANNYA JAUH DAN PEKAK !.
Golongan kedua pula mengatakannya sebagai BOLEH, dan KALAU KITA BERDOA DENGAN KUAT PUN, BUKANNYA ALLAH TA’ALA BERASA BOSAN DAN TIDAK PULA MENJADI PEKAK DISEBABKAN SUARA KITA YANG KUAT DI DALAM BERDOA TU.
*****************************
(3) Mari kita perhatikan (secara ringkas) apa tafsiran ayat di atas berdasarkan kenyataan Imam Al-Qurthubi (rh) dan Prof. Dr. Wahbay Az-Zuhaily melalui kitabnya “ Tafsir Al-Munir “ ( Jilid ke-7 , ms 237 – 243 : ( diterjemah dan diolah secara bebas) :
(( “ ..merendah diri..” )) : Maksudnya : Dengan cara merasa diri ini hina dan tunduk serta patuh dengan setiap ajaran Allah Ta’ala.
(( “…tersembunyi…” )) : Maksudnya : Secara rahsia dan menyembunyikannya. Ini merupakan dalil bahawa berdoa secara ini hukumnya adalah SUNAT kerana ianya lebih jauh drp riya’ (sesuai dengan tuntutan ayat 205, Surah Al-A’araf ini juga) dan juga Allah Ta’ala memuji Nabi Zakaria (a.s) terhadap cara baginda (a.s) berdoa dengan cara tersebut (sila rujuk ayat 3, Surah Maryam ).
(( “…Sesungguhnya Dia tidak suka orang yang melampaui batas… “ )) , Maksudnya : Allah Ta’ala tidak suka orang yang melampaui batas , samada di dalam berdoa dan selainnya.
*****************************
(4) Doa secara sembunyi itu lebih disukai Allah Ta’ala lantaran ianya lebih jauh dan lebih selamat drp sebarang ancaman riya’ (menunjuk-nunjuk) , dan yang afdhalnya ialah, berdoa sesuai dengan keadaan, andainya di dalam keadaan yang memerlukannya dengan suara yang nyaring – contohnya , ketika menjadi Imam bagi Solat Istisqo’ mohon hujan , ataupun agar doa itu diaminkan oleh semua hadirin yang menyertai sesuatu majlis, ataupun seperti ketika melakukan Qunut secara solat berjemaah – maka berdoa di waktu itu sudah tentulah diperlukan dengan suara yang nyaring . Dan tidak semestinya berdoa dengan suara yang nyaring itu boleh menyebabkan seseorang itu riya’ dan tidak merendah diri kepada Allah Ta’ala.
Tapi kalau berdoa di dalam keadaan yang tidak diperlukan ianya dinyaringkan , maka untuk apa dinyaringkan ? Dalam erti kata lain : Berdoalah dengan suara yang perlahan. Apatah lagi terdapat beberapa bukti yang sahih yang menyatakan FADHILAT dan KEUTAMAAN berdoa tanpa dinyaringkan suara, di antaranya ialah : ( Daripada Anas r.a : “ Pahala berdoa secara tersembunyi itu, menyamai 70 kali ganda pahala berdoa secara tidak tersembunyi ).
*****************************
(5) MENGENAI APA YANG BERLAKU DI MEKKAH :
Secara Husnus Dzon (sangka baik) terhadap Imam-Imam di Mekkah (lantaran martabat ilmu dan iman mereka yang lebih baik dan tinggi drp saya) , maka pada pandangan saya, tiada salahnya apa yang mereka lakukan dengan cara berdoa secara nyaring , lalu diaminkan oleh sekalian makmum.
*****************************
(6) MASALAH DOA YANG NYARING YANG MENGANGGU ORANG LAIN SOLAT (BAGI ORANG YANG LEWAT SOLAT BERSAMA JEMAAH PERTAMA = MASBUQ ATAUPUN BAGI ORANG YANG MELAKUKAN SOLAT SUNAT) :
Bagi saya, perkara ini perlu diberikan perhatian oleh setiap muslimin, khasnya para imam, bilal dan mereka yang sentiasa memakmurkan rumah-rumah Allah Ta’ala. Kerana BUKTI-BUKTI YANG SAHIH yang MENGANCAM DENGAN AMARAN YANG KERAS terhadap gangguan yang disebabkan oleh doa yang nyaring ini bukannya sedikit, antaranya :
Menurut riwayat Imam Bukhari (rh) dinyatakan, telah berkata Saib (r.a) : “ Saya pernah tidur di masjid, tiba-tiba ada seseorang melempar saya dengan anak batu, maka saya lihat yang melempar itu ialah Saidina Umar Al-Khattab (r.a). Lalu Umar (r.a) berkata : Bawalah dua orang itu kepadaku di sini !. Lalu saya pun bawakan kedua-dua orang itu kepadanya, maka dia bertanya kepada mereka berdua : Siapakah kamu berdua ?. Mereka menjawab : Kami drp Negeri Thoif . Umar (r.a) berkata : Kalau kamu berdua ini berasal drp negeri ini, pastinya aku sudah sakiti kamu berdua. Patutkah kamu mengangkat suara kamu di dalam masjid Rasulullah s.a.w !?”.
Manakala di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud, Nabi s.a.w pernah menasihati umat Islam agar tidak mengganggu orang-orang yang sedang solat dengan suara kita yang nyaring, kerana orang yang sedang solat itu adalah orang-orang yang sedang berinteraksi (berbicara) dengan Allah Ta’ala.
Mungkin ada yang menyangkal dengan berkata : “ Alahai imam tu berdoa nyaring pun ataupun seseorang yang membaca Al-Quran dengan suara yang nyaring juga sedang berinteraksi dengan Allah Ta’ala !. Ya ! benar…..tetapi di antara orang yang sedang solat, dengan orang yang sedang berdoa dan dengan orang yang sedang membaca Al-Quran, siapakah di antara ketiga-tiga orang ini LEBIH HAMPIR INTERAKSINYA dengan Allah Ta’ala ???, sudah pastilah orang yang sedang melakukan solat. Oleh itu HORMATILAH orang yang sedang bersolat itu !.
Jadi di sinilah pentingnya setiap muslim itu memahami akan KEUTAMAAN (Priority) berdasarkan “ Fiqh Al-Awlawiyat “ (Kefahaman Mengenai Perkara-perkara Yang Lebih Perlu Diutamakan) supaya kehidupannya , termasuklah ibadahnya tidak menjadi “ tunggang-langgang”.
****************************
Begitulah jawapan-jawapan berdasarkan soalan-soalan yang tersurat, walhal Allah Ta’ala Lebih & Maha Mengetahui setiap apa yang tersirat.
RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN :
(1) MAUSU’AH AL-QURAN AL-KARIM ~ ECS Mohandeseen, Cairo.
(2) TAFSIR AL-MUNIR ~ Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaily
(3) SOAL-JAWAB II
~ A. Hassan (ms 868) – Hj. Jasin Amin Shahib’s Store, Singapore.
Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå