Assalamu'alaikum Warah MatuLlah,
1- Bilamanakah suami halal memukul isteri?. (mohon berikan contoh.)
2- Bilamanakah suami haram memukul isteri?. (mohon berikan contoh.)
3- Bagaimanakah cara memukul? Bagaimanakah pukulan yang ditegah/haram ?
JazaKaLlah
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã
Jwb:
1. Bila berlaku nusyuz (derhaka) atau isteri meninggalkan kewajipan agama spt solat, menjaga anak, puasa, mandi hadas, dan seumpamanya (Imam Muhd Abduh, tafsir alManar, ayat anNisaa':34)
2. Haram memukul isteri jika isteri melakukan kesalahan hudud spt zina (kerana yg layak menghukum ialah pemerintah), atau pukulan yg berunsur dera, siksaan, balas dendam, unsur penghinaan, menindas dan unsur memaksa isteri (Tafsir fi Zilal)
3. Maksud keharusan memukul isteri ialah pukulan yg tidak berkesan (kpd fizikalnya) (Hasan alBasri), juga bermaksud pukulan yg tidak melukai (Musnad Imam Ahmad) atau pukulan yg tidak menyakitkan (Ibn Majah dan Termidzi) dan pukulan yg tidak ada unsur dera dan siksa (Fi Zilal)
Peringatan:
a. Nabi saw tidak pernah memukul mana-mana isterinya, dan banyak pula riwayat di mana Nabi saw mencela orang yg suka memukul isterinya. Dalam riwayat Ibn Sa''ad dan alBaihaqee dari Ummi Kalsom ra," orang2 yg baik dikalangan kamu tidak akan memukul isterinya." WaLlahu a'alam
SEBAGAI TAMBAHAN KEPADA APA YANG TELAH DIJELASKAN OLEH AL-FADHIL USTAZ THTL :
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã
{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))
***********************
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih di atas soalan saudara tersebut . Kami kira permasalahan seperti ini sememangnya amat penting untuk diketahui oleh setiap muslim lantaran sesebuah negara Islam tidak akan wujud melainkan dengan adanya sesebuah masyarakat muslimin . Dan sesebuah masyarakat muslimin itu sendiri tidak akan wujud melainkan dengan adanya keluarga-keluarga yang beriman kepada Allah Ta’ala dan Rasul-Nya s.a.w . Dan ini pula tidak akan terhasil melainkan setelah adanya individu-individu muslimin .
Permasalahan di atas adalah satu permasalahan yang amat serius , jika tidak ditangani dengan cermat dan tidak pula dilaksanakan menurut undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah Ta’ala melalui lisan Rasul-Nya , Baginda Nabi Muhammad s.a.w . Selaku muslimin , kita wajiblah melihat setiap perkara menurut kaca mata Islam , dan Al-Quran Al-Karim sendiri sebagai sumber perundangan terutama bagi setiap umat Islam menyebut hal ini . Firman Allah Ta’ala mengenai hal ini di dalam Surah An-Nisa’ : Ayat 34-35 :
ÇáÑøöÌóÇáõ ÞóæøóÇãõæäó`Úóáóì ÇáäøöÓóÇÁ ÈöãóÇ ÝóÖøóáó Çááøåõ ÈóÚúÖóåõãú Úóáóì ÈóÚúÖò æóÈöãóÇ ÃóäÝóÞõæÇú ãöäú ÃóãúæóÇáöåöãú ÝóÇáÕøóÇáöÍóÇÊõ ÞóÇäöÊóÇÊñ ÍóÇÝöÙóÇÊñ áøöáúÛóíúÈö ÈöãóÇ ÍóÝöÙó Çááøåõ æóÇááÇøóÊöí ÊóÎóÇÝõæäó äõÔõæÒóåõäøó ÝóÚöÙõæåõäøó æóÇåúÌõÑõæåõäøó Ýöí ÇáúãóÖóÇÌöÚö æóÇÖúÑöÈõæåõäøó ÝóÅöäú ÃóØóÚúäóßõãú ÝóáÇó ÊóÈúÛõæÇú Úóáóíúåöäøó ÓóÈöíáÇð Åöäøó Çááøåó ßóÇäó ÚóáöíøðÇ ßóÈöíÑðÇ
Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh karena Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan karena mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang saleh, ialah yang ta'at kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh karena Allah telah memelihara (mereka) . Wanita-wanita yang kamu khuatir nusyuznya ( derhaka ) , maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. Kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya . Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.
æóÅöäú ÎöÝúÊõãú ÔöÞóÇÞó ÈóíúäöåöãóÇ ÝóÇÈúÚóËõæÇú ÍóßóãðÇ ãøöäú Ãóåúáöåö æóÍóßóãðÇ ãøöäú ÃóåúáöåóÇ Åöä íõÑöíÏóÇ ÅöÕúáÇóÍðÇ íõæóÝøöÞö Çááøåõ ÈóíúäóåõãóÇ Åöäøó Çááøåó ßóÇäó ÚóáöíãðÇ ÎóÈöíÑðÇ
Dan jika kamu khuatir ada persengketaan antara keduanya, maka kirimlah seorang hakim dari keluarga laki-laki dan seorang hakim dari keluarga perempuan. Jika kedua orang hakim itu bermaksud mengadakan penyelesaian secara baik , niscaya Allah memberi taufik kepada suami-isteri itu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.
Sahabat Rasulullah s.a.w yang terkenal lagi terulung , Saidina Ali (r.a) menjelaskan bahawa jika seseorang wanita itu melakukan nusyuz , maka suaminya berkewajipan melakukan perkara-perkara di bawah ini secara tertibnya ( satu-persatu ) :
1 – Menasihati si isteri dengan cara yang baik dan membimbingnya.
2 - Kalau si isteri masih derhaka , maka hendaklah mereka dipisahkan daripada tempat tidurnya sehingga si isteri kembali taat kepada suaminya . Dan haram tidak bertegur-sapa selama 3 hari .
3 – Jika si isteri masih engkar , maka hendaklah si isteri itu dipukul dengan pukulan yang tidak menyakitkan fizikalnya dan tidak pula mencederakannya . Ini disebabkan pukulan itu merupakan sebagai lambang @ simbolik bagi sebuah bimbingan dan membetulkan akhlak si isteri .
4 – Jika si isteri masih berdegil , maka hendaklah masalah ini dibawa ke pihak keluarga kedua-dua pihak demi mencari penyelesaian yang terbaik . Ini disebabkan keluarga / ibu-bapa merupakan orang yang paling mementingkan kebahagian anggota keluarga tersebut . Dan akhirnya jika tidak selesai , maka hendaklah diselesaikan oleh mahkamah .
*************************************
BERBALIK KEPADA SOALAN-SOALAN SAUDARA :
1 – Seseorang suami halal memukul isterinya setelah dilakukan penyelesaiannya menurut tertib di atas . Pukulan pula tidak boleh bermaksud untuk menyakiti fizikal si isteri ataupun mencederakannya , kerana pukulan ini lebih kepada untuk membetulkan akhlak si isteri yang nusyuz ( derhaka ) , bukannya untuk “menggodamnya “ , “ membantainya “ dan apatah lagi untuk menjadikannya seumpama “ punching bag “ ( beg latiihan tinju ) . Di dalam kitab-kitab Fiqh klasik dinyatakan bahawa contoh pukulan yang tidak menyakitkan itu ialah dengan kayu sugi ataupun dengan kain ( seperti kain sejadah ) .
Bagi si isteri yang pernah dididik dengan akhlak Islam dan nilai-nilai moral yang murni , kemarahan si suami dan tindakan si suami itu sahaja ( walaupun tidak memukul dengan pukulan yang mencederakan ) , SUDAH CUKUP untuk mengingatkannya dan menginsafkannya . Kerana itulah , kriteria pemilihan seseorang isteri ( dan juga si suami ) mestilah meletakkan BERAGAMA sebagai kriteria tertinggi sekali .
Namun , jika si isteri itu tidak cukup didikan agamanya dan akhlaknya , tambahan pula jika si isteri sendiri dipilih daripada kalangan mereka yang rendah akhlaknya serta buruk moralnya , sudah tentu pukulan yang tidak mencederakan ini tidak boleh menginsafkannya dan menjadikannya sebagai seorang manusia yang beradab . Tambahan pula kalau si isteri ini dahulunya adalah seorang “ wrestler “ ( ahli gusti ) !!!.
Walaupun begitu , si suami sekali-kali tidak boleh memukul isterinya dengan pukulan yang mencederakan , dan haram juga pukulan itu singgah di muka si isteri , kerana di situlah letaknya segala kemuliaan dan pandangan .
2 – Haram memukul isteri jika dia melakukan kesalahan yang membabitkan jenayah hudud ( sbg mana penjelasan Al-Fadhil Ust THTL ) dan haram juga memukul isteri yang telah kembali taat kepada suaminya . Selain itu haram juga si suami memukul isterinya ( dan menuduh si isteri telah melakukan nusyuz ) jika si isteri tidak taatkan suaminya yang memerintahkannya ( isteri itu ) untuk melakukan dosa dan kederhakaan kepada Allah Ta’ala .
Contohnya : Jika si suami mengajak isterinya untuk memenuhi nafsu seksnya dengan cara yang dilarang oleh agama ~ seperti melakukan jimak melalui dubur si isteri , ataupun melakukan jimak di dalam keadaan haidh – maka si isteri HARAM mentaati arahan suaminya . Dan suami pula tidak boleh menuduh isterinya seorang yang melakukan nusyuz ( derhaka ) kerana tidak “ memenuhi selera seksnya yang gila dan luar biasa “ – Na’uzubillahi Min Dzalik ! .
3 – Cara pukulan yang dibenarkan telah dijelaskan sebagai mana di atas .
Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .
**************************************
RUJUKAN
1 - AT-TAFSIR AL-MUNIR ( Jilid 5 , ms 56 )
Oleh : Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaily – Dekan Fakulti Fiqh Islam & Aliran-Alirannya , Universiti Damsyiq , Syiria.
2 – DHORBUL MARAH : WASILAH LIHALLIL KHILAFAT AZ-ZAUJIYAH ?
Oleh : Prof. Dr. Abd Hamid Abu Sulaiman ( Bekas Rektor UIA ) – Terbitan : Darus Salam , Cairo .
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
3 / Ramadhan / 1423 H
8 / November / 2002 M
Jumaat – Bandaraya Kaherah
Pendekar ®
http://al-ahkam.com.my/forum