SJ-12-0109 : zihar

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0109 : zihar

:salam
suatu hari saya berjalan berdua bersama ibu kandung saya, ibu kandung saya mengatakan bahawa kakinya pendek dan terpaksa melangkah dengan pantas ketika berjalan dengan saya. kemudian saya mengatakan pada ibu, "samalah macam Jannah (isteri saya), ketika berjalan bersama dia akan menyuruh saya berjalan perlahan". Soalan saya disini, adakah saya dikira menziharkan isteri saya sedangkan saya tiada berniat apa-apa tetapi hanya sekadar untuk berbual-bual dengan ibu?
::(

SJ-12-0109 : zihar

:wassalam

alJawab:

Zihar ni sebenarnya adalah cerai ala Arab jahiliyah. Orang Arab bila mereka bencikan isterinya, maka mereka menyamakan punggung isterinya dengan ibu mereka, maka dilafazkan, "bagiku, engkau seperti punggung ibuku."

Zihar atau punggung adalah bahasa kiasan orang Arab dan bila punggung isteri disamakan dgn punggung ibu, bermakna haramlah atasnya isterinya buat selama-lamanya.

Budaya zihar ini tidak dikenali dalam budaya Melayu. Ini kerana bila suami Melayu bencikan isterinya, dia tidak melafazkan zihar tapi selalunya isteri itu ditinggalkan tanpa apa-apa khabar berita. Ia dinamakan cerai gantung atau gantung tak bertali.

Kisah anda dgn ibu anda itu bukanlah zihar kerana zihar tidak berlaku jika tiada kebencian kepada isteri dan ada cita2 ingin menceraikannya.

[Fiqh Islami: 7/585; Mughni Muhtaj 3/352, Lisan alArab 4/528]