Marwan Bukhari | Abduh Study Group, IRF
Demokratisasi sebagai solusi?
Dalam satu jurnal tulisan John L. Esposito dan James P. Piscatori (kedua-duanya merupakan antara penganalisis aktif terhadap perkembangan politik dunia Islam) terbitan Middle East Institute yang bertajuk “Democratization and Islam”, mereka menulis mengenai perkembangan sejarah gerakan Islam hinggalah agenda demokrasi diterima oleh hampir kesemua gerakan Islam.
Antara yang terkenal ialah pemimpin en-Nahdah dari Tunisia iaitu Rachid Ghannouchi dan Abdelfattah Mourou. Esposito dan Piscatori memetik pandangan Ghannouchi tatkala mengungkapkan perihal demokrasi, kuasa kedaulatan rakyat (sovereignty of people) dan peranan negara sebagaimana berikut:
"The state is not something from God but from the people. The state has to serve the benefit of the Muslims multiparty elections, and constitutional law are all part of a ‘new Islamic thinking’ whose roots and legitimacy are found in a fresh interpretation or reinterpretation of Islamic sources.”
(Negara bukanlah daripada Tuhan tapi ia daripada manusia. Negara mesti berupaya melayan kehendak yang memenafaatkan pilihanraya pelbagai parti umat Islam. Demikian juga undang-undang perlembagaan adalah merupakan sebahagian daripada “pemikiran baru Islami” yang mana akar dan kesahihannya bersumber daripada interpretasi yang segar ataupun interpretasi semula akan sumber-sumber Islam).
Sementara Morou pula tampil dengan mengkritik beberapa dasar Barat yang jelas kelihatan sebagai paradoks dengan seruan mereka ke arah demokrasi:
“Why does the West speak about democracy and human rights when it supports regimes that persecute and imprison activists. Yet, Western governments support such regimes. There is a contradiction between what the West wants or applies in the West and what it wants and supports in other countries.”
(Mengapakah Barat bercakap tentang demokrasi dan hak-hak asasi manusia sedangkan ia menyokong rejim yang menindas dan memenjarakan para aktivis. Malahan, kerajaan Barat menyokong rejim yang sedemikian. Terdapat percanggahan antara apa yang diingini oleh Barat atau dilaksanakan di Barat dengan apa yang ia sokong di negara lain).
Seruan demokrasi para Islamis
Lebih menarik apabila seruan demokrasi yang makin nyaring dilaungkan pada era pasca-Islamisme ini telahpun diungkap dengan menarik oleh Muhammad Asad dalam bukunya The Principles of State and Government in Islam seawal tahun 1961 lagi - 1961 merupakan cetakan pertama buku tersebut.
Menurut beliau: “The legislative assembly - majlis ash-shura - must be truly representative of the entire community, both men and women. Such a representative character can be achieved only through free and general elections, therefore the members of the majlis must be elected by means of the widest possible suffrage, including both men and women.”
(Majlis Perundangan – majlis ash-shura – mestilah menggambarkan representasi komuniti secara keseluruhannya, lelaki dan wanita. Sesuatu representasi yang mempunyai ciri sedemikian hanya mampu dicapai melalui suatu pilihanraya umum yang bebas. Kerana itu, ahli majlis mestilah dipilih dengan cara pengundian yang memberi hak dan ruang yang luas termasuklah lelaki dan wanita).
Shaykh Taha Jabir al-‘Alwani sewaktu ditemuramah oleh majalah Muslim Democrat - terbitan Center for the Study of Islam and Democracy (CSID) - telah berkata:
“ It is better to accept the majority than to accept a minority. If I follow the majority, I am always on the safe side. Following the minority will open the door to other minorities to take over by claiming to know the truth. We can’t open this door because it will lead to unspeakable violence and confrontations.”
(Adalah lebih baik untuk menerima majoriti daripada minoriti. Sekiranya saya menurut majoriti, saya berada di belah yang selamat. Menuruti minoriti akan membuka pintu keapada minoriti yang lain yang akan mengambil alih dengan hujah bahawa mereka lebih tahu tentang apa itu kebenaran. Kita tidak boleh sesekali membuka pintu ini. Kerana ia akan membawa kepada keganasan dan konfrontasi yang tidak terperi).
Selain pelbagai tokoh cendikiawan Muslim lain lagi yang sudah jelas keikhlasan mereka menerima demokrasi, pandangan tokoh-tokoh di atas menjawab beberapa persoalan dan kekeliruan yang dikemukakan oleh sesetengah penentang demokrasi termasuk menganggap pengaplikasiannya hanyalah pada waktu darurat semata-mata.
Mohsen Kadivar yang merupakan seorang cendikiawan Syi’ah telah mendatangkan hujah berikut tatkala beliau menolak doktrin vilayat-i-faqih:
“Vilayat-i-faqih has no credible foundation in Islamic jurisprudence. It is a notion that is formed in the minds of a group of honorable jurists through a specific reading of a handful of Islamic passages. Refuting Vilayat-i-faqih does not in any way undermine any of the Islamic teachings, requirements or obligations. I believe democracy is the least erroneous approach to the politics of the world - please note that least erroneous does not mean perfect or even error free.”
(Vilayat-i-faqih tidak mempunyai sebarang asas yang kukuh di dalam sistem perundangan Islam. Ia hanya merupakan suatu ide yang terbentuk di benak pemikiran segolongan ahli fiqh melaui pembacaan mereka tentang beberapa karangan Islami. Mengingkari Vilayat-i-faqih tidakpun merendahkan mana-mana ajaran Islam, syarat dan kewajipannya. Saya percaya demokrasi merupakan sistem yang paling minima kekhilafannya dalam pendekatan terhadap politik dunia masakini – sila perhatikan bahawa paling minima kekhilafan tidak bermakna ia sempurna maupun bebas daripada kekhilafan).
Justeru, menjadikan demokrasi sebagai sistem pemerintahan merupakan antara langkah bijak dan tepat pada waktunya, bahkan prinsip syura dan Keesaan Tuhan sendiri telah jelas menolak sebarang doktrin yang menjadikan kesakralan atau keagungan individu dan kuasa berbanding hak dan kebebasan rakyat untuk membuat pilihan.
Freedom and Justice Party (FJP) dan en-Nahdah sebagai model
Selain AK Party yang menjadi sebutan para penganalisis politik, kemunculan en-Nahdah di Tunisia dan Freedom and Justice Party (FJP) – Hizb al-Hurriyah wal ‘Adalah - di Mesir adalah antara yang mewakili respon terhadap penilaian semula beberapa ide dan doktrin politik Islam sejak awal abad ke-20 yang lepas. Sekiranya sebelum ini hanya berlegar-legar sekitar wacana dan seruan pembaharuan, namun kini ia ditampilkan dalam bentus praktis dan realiti.
Sedari awal lagi, Ghannouchi selaku tokoh penting en-Nahdah menolak untuk menjadikan revolusi Tunisia sepertimana revolusi Iran satu masa dahulu. Beliau berkeyakinan dan menunjukkan kejujurannya dengan sistem demokrasi dan pemerintahan baru yang lebih progresif dan berpijak di bumi yang nyata.
En-Nahdah memasukkan isu peluang pekerjaan, kebebasan, pemerintahan yang telus dan adil dan sebagainya dalam kempen pilihan raya mereka. Tanpa mengikuti jejak Iran dan Arab Saudi, en-Nahda menolak sebarang bentuk pemaksaan atas nama polisi moral dan agama. Sewaktu ditemuramah oleh Todayszaman, Ghannouchi menegaskan prinsip en-Nahdah:
“Nahdah has always maintained that it is not for a theocratic state and that it rejects the imposition of any beliefs or lifestyle on the people, whether under the name of liberalism or Islam. It has always struggled for a society where the freedoms of belief, conscience and choice are guaranteed and protected.”
(En-Nahdah telah senantiasa menekankan fakta bahawa ia tidak menganjurkan sebuah Negara Teokrasi dan menolak sebarang pemaksaan keyakinan beragama ataupun gaya hidup kepada rakyat, samada atas nama pembebasan maupun Islam. Ia senantiasa berjuang ke arah mewujudkan masyarakat yang mana kebebasan kepercayaan, pemikiran dan pilihan adalah terjamin dan terpelihara).
Sepertimana en-Nahdah, FJP juga tampil dengan deklarasi yang progresif. Hal ini jelas kelihatan menerusi buku program pilihanrayanya (Election Program: The Freedom and Justice Party) yang sarat dengan elemen demokrasi, kebebasan beragama, pengasingan kuasa, ketelusan dan akauntabiliti, kesetaraan hak berwarganegara dan seumpamanya. Pada muka surat ke-11, tercatat:
“The State is civil and civilian, for the Islamic State is civilian in nature. It is not a military state ruled by armed forces who get in power by military coups, and it is not ruled like a dictatorship, nor is it a police state controlled by the security forces, nor is it a theocracy - governed by the clergy or by Divine Right. There are no infallible people who can monopolise the interpretation of the Holy Koran and have exclusive right to legislation for the nation and are characterised by Holiness. In fact, the rulers in the Islamic state are citizens elected according to the will of the people; and the nation is the source of authority. The basis of appointment to all positions and functions in the State is competence, experience and honesty. And just as it is the nation’s right to choose its ruler, legislators and representatives, it also has the right to question them and hold them accountable, to dismiss and replace them.”
(Negara adalah Madani dan awam kerana Negara Islam itu bersifat Madaniyyah. Ia bukan sebuah negara militer yang diperintah oleh pihak tentera yang berkuasa melalui rampasan kuasa. Dan ia juga bukan sebuah Negara Polis yang dikawal oleh Pihak Berkuasa. Demikian juga ia bukan sebuah negara teokrasi yang berada dibawah kerajaan Para Ulama’ ataupun Kebenaran yang Kudus. Tidak ada sesiapa yang boleh mengaku ia bebas daripada kesalahan yang kerana itu ia berhak memonopoli pentejemahan al-Qur’an dan mempuyai kuasa ekslusif untuk merangka undang-undang untuk negara yang bercirikan nilai-nilai Kudus. Malahan, pemerintah di dalam sebuah Negara Islam adalah rakyat awam yang dilantik berdasarkan kehendak rakyat umum, dan Negara itu sendiri adalah punca kekuasaan. Asas kepada perlantikan kepada semua jawatan dan fungsi di dalam Negara adalah berdasarkan kemahiran, pengalaman dan kejujuran. Dan sepertimana hak rakyat untuk memilih pemimpin, penggubal undan-undang dan perwakilannya, ia juga mempunyai hak untuk menyoal meraka dan memastikan mereka bertanggugjawab, memecat mereka dan menggantikan mereka).
Dr Jasser Auda dalam satu pembentangan beliau di Mesir baru-baru ini bertajuk ad-Dawlah al-Madaniyyah min Manzhur al-Islam (Negara Madani Menurut Pandangan Islam) telah menjelaskan beberapa prinsip asas sesebuah Negara Madani iaitu kebebasan beragama yang dijunjung, tiadanya pemaksaan undang-undang moral dan iltizam dengan demokrasi, selain member penekanan kepada kemuliaan insan (human dignity/karamah insaniyah). Apa yang diucapkan beliau itu boleh ditemui dalam banyak tulisan beliau sebelum ini.
Kesimpulan
Dua buah parti tersebut antara fenomena penting pada era baru. Namun apa yang seringkali berlaku ialah apabila gerakan seperti AKP, en-Nahdah dan FJP mencapai kemenangan dalam pilihanraya, maka sesetengah kumpulan Islam di Malaysia mendakwa itulah kebangkitan Islam, sedangkan mereka masih gagal menangkap wacana penting dalam falsafah politik Islam dan memahaminya sebagai Revolusi Pasca Islamisme.
Justeru, mereka masih teragak-agak dalam melaksanakan perubahan sambil mempertahankan agenda yang sudah basi ditelan zaman. Kalau benar mahu mencontohi kebangkitan baru pemikiran politik Islam, sebaiknya mereka mengambil bahagian dalam wacana-wacana baru menerusi tokoh-tokoh Islamis yang progresif seperti nama-nama di atas. Tindakan itu lebih bijak berbanding mengakui kehebatan kedua-dua parti tersebut sambil terus larut dengan usrah dan halaqah yang masih menggunakan silibus beberapa dekad yang lepas.
Teori pasca-Islamisme sebagaimana telah dilontarkan oleh Asef Bayat, Piscatori dan beberapa lagi sangat baik untuk direnung dan dinilai. Masa depan Islamisme masih lagi kabur dan tidak jelas sekalipun sudah ada yang menampakkan kejayaan. Wacana-wacana kritis sewajarnya terus hidup dan bergerak dalam kalangan gerakan Islam terutamanya di Malaysia yang sangat kompleks. Ide dan pemikiran politik adalah sesuatu yang sentiasa berubah sebagaimana perubahan pada tempat dan zaman, justeru sangat tidak wajar jika kita masih kekal dalam takuk yang lama dan berdegil atas alasan “berpegang pada prinsip”.
Sekurang-kurangnya, para pemimpin Islamis sepatutnya memahami dan memahamkan ahli-ahli mereka mengenai konsep al-thawabit (fixed/bersifat kekal) dan al-mutaghayyirat (changeable/boleh berubah), ruang ijtihad dan konsep faraghat sebagaimana telah dijelaskan oleh al-Qaradhawi, Ghannouchi, Tariq Ramadhan dan Jasser Auda. Kata dua dalam menghadapi Era Pasca-Islamisme, sama ada kita berubah atau kita diubah!