Bertanya seseorang....
Jatuhkah talak jika si suami berkata sedemikian rupa.
Suami bercakap dengan abang kandung si isteri dengan
berkata "Jika enkau tidak mengambil barang dirumah aku
dalam masa 3 hari, aku terpaksa ceraikan adik engkau"
Adakah talak akan jatuh selepas 3 hari jika si abang
si isteri tidak membuat apa yang disuruh. Ataupun
tidak jatuh talaknya selagi si suami tidak lagi
menyatakan hasratnya selepas 3 hari kerana ada
perkataan "terpaksa"
alJawab:
Lafadz ta'liq itu tidak membawa sebarang implikasi di bawah Hukum kekeluargaan Malaysia: nikah/cerai/rujuk. Ini kerana prosedur perceraian dan rujukan hanya berlaku di kamar Pendaftar nikahcerai atau Mahkamah syari'ah. Abang kandung isteri hendaklah berbincang dengan adik iparnya, apakah dia ingin menyelamatkan perkahwinannya atau ingin menamatkan. Jika dia ingin menamatkan dan tiada lagi perundingan, maka mereka berdua (suami-isteri) hendaklah memfailkan kes di pejabat qadhi. Prosedur agak panjang dan berliku, akan ada sesi kaunseling dsbnya dan jika muktamad pasangan itu tidak berminat lagi meneruskan perkahwinan mereka, maka proses perceraian akan dilakukan. itulah caranya di Malaysia, menjadi kesalahan melafadzkan talaq di luar pejabat pendaftar.
sekian
Sekadar info tambahan -
Lafaz yang dilakukan diluar mahkamah tak kira taalik atau tidak-hendaklah di buat pengesahan lafaz tersebut di MS-( di hadapan Hakim Syarie)-bisanya selepas pengesahan dibuat dan didapati sabit lafaz tersebut-maka pihak pendakwaan(Jabatan Agama) akan mendakwa pelafaznya atas tuduhan melafazkan cerai(tak kira taalik/biasa)-luar mahkama dan/tanpa kebenarna Mahkamah.Perlu djelaskan perceraian hanya boleh dilafazkan(dari segi peruntukan U2) di MS sahaja.Jika dilafazkan didepan Pendaftar Nikah/cerai/rujuk(dulunya QAdhi)-dikira berlafaz diluar mahkamah.
Proses perceraian mengikut U2 Keluarga ada 4 jenis-
Cerai biasa-perlukan lafaz dari suami(s.47)-yang in memakan masa agak panjang jika suami enggan
lafaz-perlu pada jawatankuasa pendamai-dan jika didapati perlu cerai tapi suami enggan-maak proses hakam perlu dijalankan-(Hakam lelaki ada kuasa melafazkan talak)-proses ni dinamakn Tahkim dalam penyelesaian syiqaq antara pasangan tersebut.
Kaunseling atau rundincara keluarga adalah pilihan pada pasangan-pada saya jika dah nekad nak cerai tak perlu ke Pejabat Agama lagi-terus je failkan perceraian di MS.
Kedua-Taalik-(S.50)-Lepas nikah lelaki akan berlafaz taalik-(Taalik di WP-dalam pernikahan TOk K-baru ni-ada sedikit pembaharuan lafaz)-baguslah camtu.
Elemen yg perlu dibuktikan-
1-Adanya pernikahan yang sah-dan lelaki bertaklik.
2-Wujudnya perlanggaran taklik
3-Aduan isteri
4-Ketaatan isteri(kaitan dgn soal nafkah)-
Perlu dijelaskan sabitan nusuz-perlu pada-/mengikut hukum syarak DAN pengesahan MS.
Ketiga-Tebus Talak-(s.49)
Keempat-Fasakh (s.50)-
Alasan fasakh antara lain-
Mati pucuk,gila,penjara,paksaan hidup cara lucah,deraaan-penyakit bahaya//berjangkit-dll.