SJ-07-0051 : Tinggal atas kubur

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0051 : Tinggal atas kubur

Aslmkm,

Saya baru berpindah ke daerah baru. Sekarang saya menyewa sebuah rumah didirikan di atas perkuburan lama. Apakah hukum dan tindakan yang wajar saya lakukan. Adakah dalam kes kerana susah untuk mencari rumah sewa saya di bolehkan tinggal di rumah tersebut?

SJ-07-0051 : Tinggal atas kubur

:wassalam

al-Jawab:

Tidak ada masalah kerana kubur-kubur lama itupun sudah dipugar dan dipindahkan ke perkuburan yang baru. Tidak ada nas yang mengatakan dilarang membeli rumah dan menetap di taman perumahan yang dibangunkan di atas kubur lama. Lihat Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah Jld 4, kitab Jenazah, tajuk memugar dan menggunakan kubur lama.

sekian