:salam ,
maaf sekiranya ana membangkitkan isu ini lagi. ana dah baca posts2 yg berkaitan islamic banking dalam forum ni. tapi ana masih lagi ada kemusykilan tentang hal ini.
1. kenapa islamic finance meletakkan interest yg terlalu tinggi dan loan package yg merugikan peminjam ( x boleh refinance,first year installment yg tinggi berbanding dgn convetional)?. hal ini seolah2 membebankan si peminjam.
2. adakah bank2 convetional di malaysia cuba mencari advantage & keuntungan yg lebih dgn menubuhkan islamic finance (memperalatkan islaic banking)? apakah status islamic banking yg ditubuhkan dibawah naungan convetional banking? kemana duit itu dipusingkan? bagaimana pula bank2 milik org kafir (milik usa/yahudi) yg menubuhkan islamic banking?
3. apa yg membezakan islamic & convetional? sedangkan kedua2nya ada fixed rate & fluctuated rate, cuma terminologi shj yg berbeza.
4. dgn keadaan (waqi') yg begini, bolehkah kita gune convetional yg mana lebih ringan drpd islamic?
diharap pihak moderator2 al-ahkam & sesiapa yg arif dalam hal ini dapat memberikan jawapan2 & hujah2 yg boleh diyakini.
:wassalam
:wassalam
alJawab,
Tempat terbaik untuk menghuraikan kekusutan anda ialah seminar di bawah ini: soalan anda ialah soalan ulangan.
-------------------------------------iklan
Kursus Intensif Kewangan & Perbankan Islam
( Huraian Yang Dipermudah Bagi Orang Awam )
T a r i k h d a n M a s a
24 Februari 2007 (Sabtu)
06 Safar 1427 H
O b j e k t i f
1- Mendedahkan displin Islam dalam hal kewangan secara umum dan praktikal.
2- Menjelaskan pengertian Riba dan bentuknya dalam konteks semasa di Institusi
kewangan semasa.
3- Menjelaskan beberapa asas utama dalam pelaburan halal.
4- Pendedahan fenomena harta haram tanpa sedar. Seperti kes gaji, hadiah buat
pegawai, kerja lebih masa dan sebagainya.
5- Menjelaskan secara ringkas dan padat akan perbezaan amalan bank Islam dan
konvensional.
6- Menyentuh dan menjawab beberapa isu semasa berkaitan perbankan Islam seperti
kadar di perbankan Islam yang dikatakan lebih tinggi berbanding Konvensional dan
lain-lain.
7- Mendedahkan kepentingan kontrak atau aqad di dalam kewangan Islam.
8- Memperkenalkan beberapa bentuk produk perbankan Islam.
A n j u r a n
Pusat Pengajian At-Tibyan.
T e m p a t
Dewan Seminar, Masjid Sayyidina Umar,
Bukit Damansara, Kuala Lumpur
H a d B i l a n g a n P e s e r t a
Seramai 300 orang sahaja.
Y u r a n
RM 75 sahaja ( Harga Pengenalan)
* Untuk pengetahuan pembaca, menurut kebiasaan di Malaysia, yuran kursus
kewangan sebegini dianggap amat komersial dan yuran paling rendah adalah di
sekitar RM 150-200 ( bagi satu sesi dalam beberapa jam) dan yang paling tinggi
adalah sekitar RM 20,000 seorang untuk satu kursus 3-4 hari dengan topik dan isu
yang hampir sama malah adalakalanya lebih ringkas.
* Justeru harga sebegini adalah khas untuk memudahkan masyarakat Malaysia di
samping kos-kos kertas kerja, dewan dan makanan. Tiada sijil disediakan kerana
kursus ini lebih cenderung kepada penyebaran ilmu untuk amalan sendiri sahaja,
dan tiada peperiksaan.
* Pembayaran yuran mestilah dibuat sebelum kursus. Pembayaran semasa kursus
tidak dibenarkan.
* Pembayaran boleh dibuat menggunakan 'bank in' melalui internet banking atau di
kaunter bank dan sebagainya ke akaun :
1) Bank Islam Malaysia Berhad ( 14041010047603 )
atas nama Pusat Pengajian At-Tibyan
2) Maybank ( Wadiah ) - ( 164017071347 )
atas nama Zaharuddin Abd Rahman
P e n d a f t a r a n
Sila hubungi 019-388 5486 , 019-6096 117 atau 017-681 7810 atau email ke
tibyan2006@...
pendaftaran ditutup pada 22 Februari 2007
P e m b e n t a n g M o d u l
Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
Bekas Konsultan Shariah, Ingress Corporation Bhd
Bekas Pengurus Kanan, Jabatan Pengawasan Shariah, RHB Islamic Bank Berhad
Ketua (Pengurus Kanan), Jabatan Shariah, Asian Finance Bank Berhad (anak
syarikat Qatar Islamic Bank- Sekarang)
Kolumnis mingguan bagi ruangan Shariah (An-Nur) di akhbar METRO AHAD.
Kelulusan
B.A ( Hons), Usuluddin, Universiti Malaya
M.A, Shari'ah (Jayyid Jiddan), Universiti Al-Yarmouk, Jordan
Tawliah dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) No Rujukan
pmwp/600/2 klt.6(138)
T a j u k & P e n g i s i a n
Semua pembentangan dan kertas kerja dibuat dalam Bahasa Malaysia.
Topik 1 : Displin Islam Dalam Bab Kewangan.
Pengenalan kepada Riba, Gharar, Zalim dalam kewangan.
Beberapa unsur haram lain dalam jual beli, perniagaan dan kewangan semasa.
Bentuk Riba dalam konteks semasa
Beberapa panduan dalam perniagaan semasa seperti MLM, Pernigaan Internet dan
lain-lain.
Topik 2 : Perbezaan Perbankan Islam & Konvensional
Pengenalan beberapa jenis produk utama perbankan Islam.
Simpanan, pembiayaan perumahan, kereta, industri, pasaran modal Islam, Takaful.
Topik 3 : Pelbagai Isu Perbankan & Kewangan Islam.
Harga mahal dan tidak kompetetif.
Cerminan produk konvensional.
Implementasi menyalahi konsep.
Isu dalam pembiayaan perumahan.
Isu perbezaan pandangan Shariah antara Malaysia dan Timur Tengah.
Isu modal asal perbankan Islam & Takaful.
Kesilapan kerap di dalam implementasi produk di perbankan Islam.
T e n t a t i f P r o g r a m
07.30 pagi : Pendaftaran peserta
08.30 pagi : Diskusi Topik 1
10.30 pagi : Sesi Soal Jawab
11.00 pagi : Rehat dan Minum Pagi
11.30 pagi : Diskusi Topik 2
12.30 tgh : Sesi Soal Jawab
01.15 tgh : Rehat, Solat Zohor dan Makan Tengahari
02.15 ptg : Diskusi Topik 3
03.30 ptg : Sesi Soal Jawab
05.00 ptg : Jamuan Ringan dan Kursus Tamat
P e n u t u p
Akhirnya, adalah diharapkan program ini akan mampu menjana ilmu yang amat
berguna buat seluruh peserta dan juga dapat melahirkan generasi yang cintakan
urusan kewangannya selamat dan halal. Kesan dari harta yang halal pastinya mampu
menjadi nukleus ke arah pembentukan sebuah masyarakat yang beridentiti Islam
tulen. InsyaAllah
Sekian,
http://www.zaharuddin.net
=====================================================
Jumpa di sana yek!
=========================================
::Inginkan Maklumat Lanjut Tentang Pelan2 Takaful?::
SHAHMUZIR BIN NORDZAHIR
Perunding Takaful IKHLAS
:: 019 - 382 6408
:: shahmuzir@...
:: http://www.takafulonline.net
=========================================
Kalau zlatan rajin, browse website UZAR dan archive al-ahkam.