Manakah yg tepat (atau kedua²nya) mengikuti sunnah?
Adakah selepas solat yg pertama kemudian bangun terus utk solat kedua, atau perlu iqamah antara kedua² solat tersebut?
Solat jama' yg ana maksudkan adalah solat jama' berjamaah (kalau sama dgn bersendirian juga tidak mengapa).
Jika tidak keberatan, sertakan dgn dalil.
Sekian terima kasih.
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan ahchonx dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Didalam solat jama', samada berjemaah atau tidak, bagi setiap solat fardu tersebut hendaklah di lakukan iqamah. Makna, selepas selesai solat pertama, bangun dan lakukan iqamah untuk solat kedua pula.
Cuma ulama' khilaf samada perlu di azan dua kali, ataupun satu kali azan sudah memadai. Menurut Ensaiklopedia al-Fiqhiyyah (2/370), pandangan yang benar adalah satu azan dilakukan untuk kedua-dua solat, kemudian 2 iqamah kepada kedua-dua solat; setiap satu solat, satu iqamah.
Dalilnya terdapat didalam hadith Haji Terakhir Nabi :saw dimana baginda mengimami Solat Zohor dan Asar di Arafah didalam Jama' Taqdim dimana Azan dilakukan sekali, dan 2 iqamah. Baginda juga melakukan Jama' Ta'khir solat Mahrib dan Isyak di Muzdalifah, juga dengan 1 azan dan 2 iqamah. Riwayat dari Jabir bin Abdullah ra :-
Berkata Syiekh Ibn Utsaimin rh. didalam menjelaskan haith diatas :-
Kesimpulannya, apabila melakukan Solat Jama', hendaklah sesorang itu Azan, dikuti dengan Iqamah, selepas selesai solat pertama, bangun lalu melakukan iqamah bagi solat kedua, dan dikuti dengan solat kedua.
Sekian, wassalam
خيرالأمين