SJ-05-0196 : Berjemaah dengan anak yang belum akil baligh...

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0196 : Berjemaah dengan anak yang belum akil baligh...

Sekiranya seorang bapa ingin bersolat jemaah dengan anaknya yang belum lagi akil baligh...

a- Sahkah solat jemaah itu...?

b- Adakah pertunjuk as-Sunnah dalam hal seperti ini?

SJ-05-0196 : Berjemaah dengan anak yang belum akil baligh...

al-Jawab:

a) solat jama'ah itu sah.

b) dalilnya ialah Hadith Ibn Abbas yang dikeluarkan oleh Bukhari (138) Muslim (763) bahawa Ibn Abbas yang masih kecil bermalam di rumah mak ciknya Maimunah Ummul Mukminin dan beliau solat di kiri Nabi saw, tapi nabi saw mengubah kedudukanku di kanan beliau.

Fuqaha' berselisih mengenai umur kanak-kanak itu, ada yang mengatakan umur mumaiyyiz (7 tahun). jika mencapai umur mumaiyyiz (sekitar 7 tahun), maka solat jama'ah itu sah. Ini merupakan pendapat jumhur kecuali Malikiah (Ibn Qudamah, alMughni, 2/178), manakala Hanabilah hanya sah pada solat sunat shj. Berkata Syaikh Ibn Baz, mantan Mufti al-'Aam KSA, solat berjama'ah dgn anak kecil sah jika kanak2 itu berumur 7 tahun (syarah Bulughul alMaram, hadith # 435) WA