SJ-11-0102 : Jual keahlian

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0102 : Jual keahlian

Apa hukumnya jika bekerja menjual keahlian (membership) bagi sebuah hotel kpd org ramai yg mana keahlian tersebut menawarkan diskaun utk makanan dan minuman di hotel tersebut kpd ahlinya, tetapi tidak semua makanan dan minuman di hotel tersebut halal?

SJ-11-0102 : Jual keahlian

al-Jawab:

Persoalan macam ni pernah diajukan kepada Prof Dr Yusof al-Qardhawi, ada yang tanya bolehkah kerja di perbankan konvensional, bolehkah bekerja disektur perhotelan.
Dr al-Qardhawi jawab, hukumnya boleh, asalkan seseorang tidak bekerja di unit-unit yang secara langsung terlibat dgn yang haram dan syubhah. Ini kerana perhotelan dan perbankan mempunyai banyak jabatan dan unit, maka seseorang hendaklah pilih mana-mana kerja yg tidak melibatkan yg haram.

Misalnya ada hotel yang menyediakan kemudahan nightclub dan pub atau karaoke, di mana terdapat GRO dan minuman keras. Maka tidak bolehlah seseorang muslim bekerja sebagai pengurus pub atau karaoke laounge atau menjadi bartender atau promoter menjual keahlian pub dan karaoke tsb.

Begitu juga jika hotel itu ada menyediakan restoren yang mana ia tidak berstatus Halal Jakim dan menyediakan hidangan khinzir dan arak, maka anda tidak boleh menjadi pengurus restoren tersebut atau bekerja untuk mempromosikan restoren tersebut.

Jika anda mempromosikan sesuatu yg tidak halal, maka sudah tentu orang melayu akan tertipu dan mengunjungi restoren tersebut. sekian WA