SJ-04-0048 : Hadath kecil

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-04-0048 : Hadath kecil

Assalamualaiki

Ustaz kalau ambil wudu , kena niat angkat hadath kecil ke tak

SJ-04-0048 : Hadath kecil

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan alkathiri dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Sebagaimana yang kita bincangkan didalam Soal-Jawab yang lalu (SJ-05-0219 : Niat Solat?), tempat NIAT adalah didalam hati. Terdetik dalam hati tujuan melakukan amalan tersebut sudah dikira sebagai niat.

Didalam kitab al-Fiqh al-Manhaji, dinyatakan secara formal tiga alternatif niatnya :-

a. berniat fardu wudhu' atau
b. mengangkat hadas (sebagaimana yang anda nyatakan) atau
c. niat mengharuskan solat. [al-Fiqh al-Manhaji, 1/54].

Bagi menjawab soalan anda, berniatlah dengan mana-mana altenatif diatas. Malah, kalau terdetik perkataan 'ambil air sembahyang' atau 'ablution' sudah dikira Niat wudhu'. Sama sahaja maksudnya dalam bahasa apa sekalipun. WA.

Sekian, wassalam

خيرالأمين