Belajar untuk berdamai dan bermaafan walaupun berbeza pandangan

Primary tabs

Aku sengaja memilih untuk membahaskan topic "Perdamaian" dari membahaskan topik "Perselisihan Pandangan" kerana bimbang ianya akan disalah faham sehingga menutup ruang perbezaan pandangan. Perbezaan pandangan adalah sunnah Ilahi yang tidak dapat dihalang dan disekat. Sekiranya ianya tidak wujud, maka banyak kemaslahatan dan kebaikan samada perkara duniawi mahupun ukhrawi yang akan hilang. Sesungguhnya Allah amat meraikan kebelbagaian perbezaan pendapat di kalangan hambanya.

Dengan perdamaian sesuatu perbezaan akan menghasilkan perkara yang positif dan menjadikan sesuatu perbezaan bukanlah permulaan sebuah perbalahan dan perselisihan. Dengan perdamaian, akan bersatulah hati sekalipun tidak bersatu di dalam pemikiran.  Sifat berdamai ini adalah praktikal bagi akhlak yang sempurna

Kadang kala ilmu dan pegangan kita akan menatijahkan kemusnahan sesuatu halatuju, kedudukan dan perhubungan. Akan tetapi dengan akhlak, segalanya tidak akan menjadikan kita    bermusuhan kepada diri dan kepada mereka yang kita sayangi sekalipun kita bebeza pandangan.  

Berdamai bermakna menitik beratkan penyatuan. Penyatuan manusia dan penyatuan iman. Semua penyatuan ini adalah usaha yang sangat besar. Usaha penyatuan ini adalah hak dan tuntutan yang perlu dilaksanakan sepertimana yang telah ditetapkan oleh Al-Quran dan dikukuhi oleh sunnah serta dikuatkan lagi dengan kajian dan pengalaman.

Jangan pula sampai kita mengabaikan perbezaan samada perkara asas atau cabang, akan tetapi jangan jadikan sesuatu perselisihan itu  sehingga membekukan akal fikiran dek kerana dikuasai oleh emosi dan perasaan. Bahkan, janganlah kerana perselisihan menjadikan sesuatu perikatan dan perhubungan kepada sebuah pertelingkahan hasil daripada akal yang didominasi oleh perasaan. Nantinya akan terhasilah dari fikiran yang terganggu itu idea, ucapan dan tulisan yang tidak sepatutnya.

Kehidupan bukanlah  sebuah pertelingkahan dan peperangan. Dengan sifat mulia ini,  sebuah perselisahan akan menjadi aman dan tenang yang akhirnya akan menghasilkan sebuah permuafakatan. Saling berdamai  adalah akhlak yang sangat mulia dan ilmu pengetahuan yang sebenar. Ianya juga sebagai  pemisah di antara ilmu yang benar dan keangkuhan serta keegoan diri

Sifat mulia ini adalah penyelamat daripada pertelingkahan, pertelingkahan pula adalah satu kejahatan diri yang tersembunyi yang kadangkala lahir di dalam bentuk kebaikan dan keimanan. Di dalam keadaan begini sangat sukar untuk kita menyingkap kebenaran yang berselindung di dalam lubuk akal yang waras.  

Ketenangan adalah sebagai cermin diri dan membebaskan kita  dari menghukum sesuatu dengan tidak adil dan penyakit hati yang akan membinasakan. Sifat saling bermaafan adalah penyingkap keaiban diri, merendahkan diri kepada Allah, sentiasa meminta keampunan dengan memelihara pendirian terhadap orang lain dan berprasangka baik. Bertolak ansur terhadap kesilapan mereka dan tidak menjadikan kita hilang neraca keadilan dengan kesilapan tersebut

 

Dengan saling berdamai kita akan lebih memahami bahawa melakukan tidaklah semudah apa yang diperkatakan. Oleh itu, marilah sama-sama kita bebaskan diri kita dari kempompong perselisihan . Majukanlah diri kita kerana masyarakat dan Negara kita memerlukan individu yang hebat. 

 Marilah kita sama-sama menghulur kemaafan untuk berdamai kepada mereka yang tersilap dan yang telah berprasangka buruk terhadap kita. Tidak perlu mengharapkan mereka memohokan kemaafan  seperti mana firman Allah Surah An-nur ayat 22

Sumber: http://www.islamtoday.net/salman/artshow-28-125995.htm