Mengenali kebenaran Islam melalui Sains

Primary tabs

Dibawah ini merupakan tautan kepada artikel-artikel yang menceritakan mengenai pengalaman para saintis mengenali Islam melalui kajian sains. Artikel ini menceritakan bagaimana saintis terkenal seperti Dr. Arthur J Alison ( penyelidik parapsikologi British) , Mr Jacues Yves Cousteau (penyelidik Laut Dalam Peranchis) dan   Prof. Tejatat Tejasen (pakar Anatomi dan Embriologi Thailand) memeluk agama Islam apabila  mendapati penemuan Sains yang mereka temui telah di jelaskan didalam al-Quran lebih dari 1400 tahun dahulu.

Adalah merupakan sesuatu yang mustahil bagi perkara yang baru diketahui oleh sains moden telah diketahui oleh “manusia” pada zaman 1400 tahun dahulu. Sudah tentulah perkara tersebut diwahyukan oleh pencipta manusia yang paling Agung, iaitu Allah swt!

Penemuan fenomena Air tawar dan Air masin tidak bercampur, keluarnya roh ketika seseorang itu tidor dan kulit yang hangus di bakar tidak merasa sakit merupakan sedikit dari penemuan sains yang telah  dijelaskan oleh al-Quran. Namun demikian, perlu di diperingatkan, jika tiba-tiba terdapatnya kajian sains yang bertentangan dengan apa yang dinyatakan didalam al-Quran, maka pegangan kita adalah, ilmu manusia masih belum sampai lagi untuk menemukan rahsia-rahsia yang terkandung didalam kitab al-Quran.

Walaupun artikel asal ini sudah lama ditulis, namun demikian membaca kisah-kisah sainstis ini bagaikan satu motivasi untuk mendalami ilmu-ilmu Islam dan ilmu yang berkaitan dengannya.  Mereka memeluk agama Islam tanpa memikirkan resiko apa yang akan mereka hadapi kelak. Lihat sahaja Hercules (InsyaAllah, akan kita bincangkan di artikel yang akan datang), setelah berdialog dengan Abu Sufyan dan membaca surat Nabi yang dikirimkan melalui Dihyah, masih tidak mahu memeluk agama Islam disebabkan kepentingan-kepentingan duniawi.

Artikel asal telah ditulis oleh Nasir Aziz  berdasarkan kepada sebuah video yang berjudul ‘This is the truth’.

1.  Mengenali kebenaran Islam melalui Sains – 1 (Dr. Arthur J Alison)
http://kaminms.blogspot.com/2010/11/mengenali-kebenaran-islam-melalui-sains.html

2. Mengenali kebenaran Islam melalui Sains – 2 (Mr Jacues Yves Cousteau)
http://kaminms.blogspot.com/2010/11/blog-post.html

3. Mengenali kebenaran Islam melalui Sains – 3 (dan   Prof. Tejatat Tejasen)
http://kaminms.blogspot.com/2010/11/mengenali-kebenaran-islam-melalui-sains_18.html

Sekian, wassalam
kamin