SJ-05-0223 Solat '2 imam' in 1 masa & tertib tutup ruang

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0223 Solat '2 imam' in 1 masa & tertib tutup ruang

Assalamualaikum Warahmatullah...

Kepada semua Panelis Al-Ahkam yg dihormati,

Ada 2 keadaan solat berjemaah dan sy memohon pencerahan dalil-dalil yg ada..,

1.Dua org orang makmum masuk dlm satu jemaah solat ketika sudah tahiyyat akhir.kemudian setelah kedua-duanya bangun, makmum yg kanan telah undur sedikit kebelakang dan menjadikan makmum disebelahnya tadi sebagai imam (keadaan ini benar2 berlaku dikawasan rakan sekerja saya).kekeliruan yg timbul ialah, adakah keadaan ini dibenarkan atau tidak?

2.Imam terbatal solat, kemudian digantikan oleh makmum dibelakangnya. jadi persoalan dan kekeliruan yg ditimbulkan ialah bagaimanakah tertib yg betul untuk menutup ruang yg ditinggalkan oleh
makmum tadi.adakah dengan merapatkan samada dari kiri atau kanan ruang tadi (kebiasaan yg dilakukan) dan ada satu pendapat dr seorg tenaga pengajar rakan sy ialah ditutup ruang tadi oleh makmum dibelakang makmum yg mengantikan imam tadi dan begitulah seterusnya sehingga saf yg terakhir.

Wallahua'alam...

JKK...

SJ-05-0223 Solat '2 imam' in 1 masa & tertib tutup ruang

wa'alaikumussalam wrt bkt

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr Hadif_Hakimi dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

1. Didalam al-Mughni (2/105 dan 222) ada menyatakan : setelah Imam selesai memberi salam, bangun salah seorang makmum dan bersolat dibelakang sahabatnya yang sama bersolat dengannya bagi menyempurnakan baki solatnya, dan perbuatan di dianggap sah. [al-Fiqh al-Islami wa adilatuh, 2/178, cet ke 3, 1989].

Perbuatan ini merupakan kaedah berpindah kepada jemaah yang lain, dengan mengambil dalil kisah Abu Bakar ra, Hadith Sahl bin Saad As-Saa'idiy r.a:

þÃä ÑÓæá Çááå þ þÕáì Çááå Úáíå æÓáã þ þÐåÈ Åáì þ þÈäí ÚãÑæ Èä ÚæÝ þ þáíÕáÍ Èíäåã þ þÝÍÇäÊ þ þÇáÕáÇÉ ÝÌÇÁ þ þÇáãÄÐä þ þÅáì þ þÃÈí ÈßÑ þ þÝÞÇá ÃÊÕáí ÈÇáäÇÓ ÝÃÞíã ÞÇá äÚã ÞÇá ÝÕáì þ þÃÈæ ÈßÑ þ þÝÌÇÁ ÑÓæá Çááå þ þÕáì Çááå Úáíå æÓáã þ þæÇáäÇÓ Ýí ÇáÕáÇÉ þ þÝÊÎáÕ þ þÍÊì æÞÝ Ýí ÇáÕÝ ÝÕÝÞ ÇáäÇÓ æßÇä þ þÃÈæ ÈßÑ þ þáÇ íáÊÝÊ Ýí ÇáÕáÇÉ ÝáãÇ ÃßËÑ ÇáäÇÓ ÇáÊÕÝíÞ ÇáÊÝÊ ÝÑÃì ÑÓæá Çááå þ þÕáì Çááå Úáíå æÓáã þ þÝÃÔÇÑ Åáíå ÑÓæá Çááå þ þÕáì Çááå Úáíå æÓáã þ þÃä ÇãßË ãßÇäß ÝÑÝÚ þ þÃÈæ ÈßÑ þ þíÏíå ÝÍãÏ Çááå ÚÒ æÌá Úáì ãÇ ÃãÑå Èå ÑÓæá Çááå þ þÕáì Çááå Úáíå æÓáã þ þãä Ðáß Ëã ÇÓÊÃÎÑ þ þÃÈæ ÈßÑ þ þÍÊì ÇÓÊæì Ýí ÇáÕÝ æÊÞÏã ÇáäÈí þ þÕáì Çááå Úáíå æÓáã þ þÝÕáì Ëã ÇäÕÑÝ ÝÞÇá íÇ þ þÃÈÇ ÈßÑ þ þãÇ ãäÚß Ãä ÊËÈÊ ÅÐ ÃãÑÊß ÞÇá þ þÃÈæ ÈßÑ þ þãÇ ßÇä þ þáÇÈä ÃÈí ÞÍÇÝÉ þ þÃä íÕáí Èíä íÏí ÑÓæá Çááå þ þÕáì Çááå Úáíå æÓáã þ þÝÞÇá ÑÓæá Çááå þ þÕáì Çááå Úáíå æÓáã þ þãÇ áí ÑÃíÊßã ÃßËÑÊã ÇáÊÕÝíÞ ãä äÇÈå ÔíÁ Ýí ÕáÇÊå ÝáíÓÈÍ ÝÅäå ÅÐÇ ÓÈÍ ÇáÊÝÊ Åáíå æÅäãÇ þ þÇáÊÕÝíÍ þ þááäÓÇÁ
dir="ltr">"Sewaktu Rasulullah s.a.w mengunjungi Bani Amru bin Auf untuk mendamaikan pertikaian di antara mereka, maka tiba waktu sembahyang. Seorang tukang azan datang kepada Abu Bakar lalu berkata: Inginkah kamu mengimami sembahyang bersama orang ramai? Aku akan mengiqamatkannya. Abu Bakar menjawab: Ya. Kemudian Abu Bakar mendirikan sembahyang. Sewaktu orang ramai sedang sembahyang, Rasulullah s.a.w datang. Baginda menyelinap masuk ke saf pertama. Setelah melihat keadaan itu, orang ramai menepuk tangan, tetapi Abu Bakar tidak menoleh. Apabila orang yang menepuk tangan bertambah ramai, beliau menoleh dan melihat Rasulullah s.a.w. Baginda mengisyaratkan kepada Abu Bakar agar tetap berada di tempatnya. Abu Bakar mengangkat kedua tangannya memuji Allah s.w.t sesuai dengan apa yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w lalu Abu Bakar berundur ke belakang sehingga menyamai dengan saf pertama dan Nabi s.a.w pula maju ke hadapan lalu meneruskan sembahyang. Setelah selesai sembahyang, baginda bersabda: Wahai Abu Bakar! Apakah yang mencegahmu untuk tetap berada di tempatmu ketika aku menyuruhmu? Abu Bakar menjawab: Tidak layak bagi anak Abu Quhafah sembahyang di hadapan Rasulullah s.a.w. Kemudian baginda bersabda lagi: Mengapa kamu semua menepuk tangan? Sesiapa yang mengalami sesuatu ketika sembahyangnya maka hendaklah dia bertasbih kerana apabila seseorang bertasbih dia akan menoleh. Menepuk tangan hanyalah untuk wanita" [hadith Sahih Riwayat Muslim].

Perbuatan menukar Imam adalah sah disisi Mazhab Hanbali dan Syafie.

2. Jika Imam terbatal, lalu dilantik makmum di belakangnya, maka didalam situasi ini makmum dibelakangnya harus kedepan bagi mengisi ruang kosong yang ada. Imam Ahmad rh. ada meriwayatkan bahawa seseorang hendaklah maju kedepan, dan dia tidak sepatutnya membiarkan ruang kosong dihadapannya. [Ibn Qudamah, al-Mughni, 2/101].

Sekian, wassalam

خيرالأمين