SJ-05-0221 : Solat

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0221 : Solat

Assalamualaikum

Adakah wajib tumpuan kepada tikar sembahyang?
Kalau boleh, ustaz tulis kepaada daleel dan pendapat 4 imam mazhab esp Imam Shafii ?

SJ-05-0221 : Solat

wa'alaikumussalaam...

soalan ni nampaknya sukar juga utk dijawab kerana meminta dalil dan pendapat 4 mazhab. utk masa ini, saya boleh nyatakan beberapa perkara seperti berikut sebagai kaedah umum:

1- tidak ada hadith yg sahih menyuruh atau menyebut bahawa seseorang yg solat perlu melihat di tempat sujud.

2- ada beberapa hadith sahih yg menyebut bahawa Rasulullah SAW menundukkan kepalanya sedikit semasa solat.

3- ada beberapa hadith yg menunjukkan Rasulullah SAW sentiasa melihat kepada tempat sujud atau melihat pd jari telunjuk ketika tasyahud, seingat saya ia mempunyai kedhaifan dan tidak sahih.

4- digalakkan kita utk melihat tempat yang tidak mengganggu kita dan ia tidak dihadkan di mana2 asalkan tempat itu membantu kita utk lebih memberikan fokus iaitu khusyuk.

5 - para sahabat sendiri pernah melihat ke hadapan ketika Rasulullah SAW solat dengan tujuan melihat Rasulullah SAW solat seperti dalam kes Rasulullah SAW solat di atas mimbar (Bukhari n Muslim) dan mereka tidak ditegur. ini pernah disebut oleh Ibn Hajar dalam Fathul Bari dengan menyatakan bahawa melihat ke hadapan dgn tujuan tertentu adalah dibolehkan.

wallahu a'lam.