SJ-03-0074 : Hukum telan darah

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-03-0074 : Hukum telan darah

::roll: Dahulu saya ada diberitahu bhw menelan darah dlm mulut tidak mengapa, spt luka dalam. Kecuali sekiranya darah itu di luar spt di bibir, maka haram menelannya, kononnya kerana telah menjadi najis. Sahihkah demikian? jkk

SJ-03-0074 : Hukum telan darah

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå
æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå, ÃãÇ ÈÚÏ

-Ijmak seluruh para ulama mengatakan darah yang mengalir adalah NAJIS dan wajib dijauhi berdasarkan ayat quran dan nas2 hadis.

-Begitu juga darah manusia, yg keluar akibat luka, juga termasuk dalam umum darah, dan hukumnya adalah najis dan mesti dibersihkan. apatah lagi menelannya, hukumnya adalah haram.

-Namun, syariat Islam yang besifat mudah ini, memberi kelonggaran dalam kes2 yang mendatangkan masyaqqah (kesusahan) untuk menjaganya.

contohnya:
darah yang keluar akibat luka di dalam mulut. jika mendatangkan kesusahan untuk menjaganya daripada tertelan, maka dimaafkan. kerana:
"Allah tidak membebankan seseorang jiwa melainkan dengan kemampuannya", (al Baqarah 286).
"Bertaqwalah kepada Allah setakat kemampuan kamu". (Al-Tagahbun 16).

Tetapi, jika tiada kesulitan untuk menjaganya, maka WAJIB mengelakkan diri daripada menelan darah. seperti darah yg berada di luar bibir, yg mudah untuk dibersihkan. maka ketika itu, wajib dibersihkan. kerana kaedah: "Perkara-perkara darurat hanya hanya dibataskan setakat darurat sahaja".

Adapun, kisah-kisah ada sesetengah sahabat Nabi yang diriwayatkan meminum darah bekam atau darah luka Nabi seperti kisah Abdullah bin al-Zubair, Safinah Maula Nabi, Malik bin Sinan, Salim Abu Hind,
-semua kisah2 ini tidak ada riwayat yang sabit, dan dipertikaikan kesahihannya.
-jika dihukum sahih sekalipun, ia adalah khas bagi Nabi SAW.