:salam
Ada sepotong ayat suci AQ (Saba’ 13) dgn maksudnya:
Golongan jin itu membuat untuk Nabi Sulaiman apa yang ia kehendaki dari bangunan-bangunan yang tinggi, dan patung-patung, dan pinggan-pinggan hidangan yang besar seperti kolam, serta periuk-periuk besar yang tetap di atas tukunya. (setelah itu Kami perintahkan): "Beramallah kamu Wahai keluarga Daud untuk bersyukur!" dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur.
Terdapatkah nas lain yg menyebut mengapa baginda a.s menyuruh membina patung? Barangkali sekadar perhiasan & bukannya untuk sembahan. 'Ala kulli hal, apakah hukum jika kita muslim umat Muhammad saw membina/mengukir patung/statuette sebagai perhiasan pula?? ::roll:
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.
Firman Allah swt :-
Berkata Ibn Kathir didalam mentafsir ayat ini mengatakan bahawa Mahaarib merujuk kepada binaan yang cantik dan mempunyai kemuliaan. Maksud Tamathil pula menurut Atiyah al-Awfi, al-Dahak dan al-Suddi adalah gambar/ukiran.
Didalam Tafsir Jalalain menjelaskan bahawa Mahaarib membawa maksud bangunan tinggi dan Tammathil yang merupakan jama' kepada timthaal yang merujuk kepada gambar/ukiran yang diperbuat dari copper dan mamar kaca dan bukanlah gambar/ukiran yang diharamkan oleh syariat.
Menurut Dr Wahbah al-Zuhaily pula :-
Dr Wahbah al-Zuhaily menceritakan bahawa adalah jelas pada zaman Nabi Sulaiman, dibenarkan gambar 3 dimensi ini. Dalil ini menunjukkan bahawa ukiran imej dibenarkan dizamannya, dan hukum ini telah di mansuhkan pada zaman Nabi Muhammad :saw. 'Illah (alasan) memansuhkannya adalah termasuk didalam kaedah saddu zaraa'i (atau langkah berjaga-jaga), kerana orang Arab pada masa dulu menggunakan Mahaarib sebagai tempat sembahan patung mereka. [al-Tafsir al-Munir, 11/485]
Binaan-binaan yang cantik pada zaman Nabi Sulaiman dilakukan sekadar perhiasan dan bukannya bertujuan menyembahnya.
Sebagaimana kita tahu, umat Nabi Muhammad :saw dilarang membina binaan yang berbentuk objek yang bernyawa :
Sabda baginda :saw lagi, berkata Abu Talhah, Aku mendengar Rasulullah :saw bersabda :
Sekian, wassalam
خيرالأمين