SJ-05-0259 : Memegang mushaf quran(urgent)

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-05-0259 : Memegang mushaf quran(urgent)

Salam,
Tolong jelaskan berdasarkan al-Quran n Sunnah rasul saw atau perbuatan sahabat r.a yang dipersetujui nabi saw berkenaan dengan

i)memegang mushaf al-quran ketika mengimamkan solat sunat tarawih dan ketika bersolat sendirian iaitu solat sunat/wajib?

ii)Wanita memegang mushaf al-quran ketika haid?

Jazakallah

SJ-05-0259 : Memegang mushaf quran(urgent)

:wassalam

alJawab:

Oleh kerana ada kalimah URGENT, maka kita potong quelah...

1) amalan pegang musyhaf adalah dari amalan Aisyah ra (ummul mukminin) ketika berimamkan Zakwan, khadamnya di bulan puasa (Fiqh Sunnah 2/180)

ia hanya dalam bulan Ramadhan sahaja (bulan lain tak ada nas). Komentar syaikh ibn Uthaimin, dibenarkan utk bulan Ramadhan kerana ia adalah bulan al-Qur:an, manakala di bulan lain, tak dianjurkan kerana membaca dari hafalan dgn bacaan yg mudah itulah yg afdhal dan praktikal

2) Wanita haidh memegang musyhaf. Tidak ada nas (yg qat'iy/pemutus). Nas yang ada ialah ayat 79 surah al-Waqi'ah (tidak menyentuhnya kecuali orang2 yg suci). ayat ini menjadi khilaf di kalangan fuqaha', jumhur memilih maksud nya ialah al-Qur:an, maka haram wanita haidh menyentuh musyhaf. Hadis-hadis pula dalam isu orang janabah memegang alQur:an, dinilai dha'if oleh al-Albani. Lajnah fatwa KSA memilih haram wanita haidh memegang musyhaf. al-Albani pula kata boleh.