Petikan dari masalah jika kekurangan pakaian ketika hendak mengerjakan solat, yang ada hanya sehelai kain lepas sahaja yang kecil dan pendek dari Sahih al-Bukhari Bab: Jika kain (yang akan dipakai untuk solat) itu kecil/pendek:
Bagaimana cara memakai kain berkenaan? Apakah bahu termasuk aurat? Aurat lelaki? Aurat wanita? Apakah kaki mereka termasuk aurat? Bolehkah mereka solat tanpa memakai telekong? Apakah ada fesyen khas pakaian untuk mengerja solat? Batalkah Solat Jika Ternampak Peha Ketika Sujud
Terjemahan hadis bab ini:
Bab: Jika kain (yang akan dipakai untuk solat) itu kecil/pendek
Hadis 1. Dari Sa'id bin al-Harith, katanya, kami bertanya Jabir bin Abdullah tentang bersembahyang dengan memakai sehelai kain sahaja. Beliau menceritakan: Aku keluar bersama Nabi s.a.w. dalam salah satu perjalanannya. Pada suatu malam, kerana suatu urusan, aku telah pergi menemui Nabi s.a.w. Baginda s.a.w. sedang bersembahyang. Aku hanya memakai sehelai kain sahaja. Kerana itu aku berselimut dengannya dan bersembahyang disampingnya. Apabila Nabi s.a.w. selesai bersembahyang, Baginda bersabda: Kenapa datang pada waktu malam wahai Jabir? Akupun menceritakan kepadanya hajatku. Apabila aku selesai (menyatakan hajatku), Bagindapun bertanya: Selimut apa yang aku lihat ini? Akupun berkata: Ia adalah sehelai kain (yang kecil/pendek). Nabi s.a.w. bersabda: Kalau kain itu besar, berselimutlah dengannya. Tetapi gunakanlah sebagai kain pakai sarung yang diikat di bahagian pinggang kalau kain itu kecil.
Hadis 2. Daripada Sahl bin Saad, katanya: Ada beberapa orang lelaki bersembahyang bersama Nabi s.a.w. dengan mengikat kain-kain mereka di tengkok seperti yang dibuat oleh kanak-kanak. Kepada orang perempuan dikatakan: Janganlah kamu mengangkat kepala (daripada sujud), sehingga orang lelaki telah benar-benar telah duduk.
Video: