SJ-01-0095 : Bidaah atau kita yang tersilap?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0095 : Bidaah atau kita yang tersilap?

Baru baru ni telah dipertengahkan beberapa perkara yang dikatakan bidaah oleh kita, yang mengaku pengiukut salaf...seperti meletakkan tangan di tempat selain dada, solat tarawikh 20 rakaat. Adakah kita perlu mengkaji lebih dalam lagi sebelum dengan pantas kita menuduh amalan amalan umat Islam dengan perkataan bidaah. Kerana tuduhan begini amat berat sekali apabila dilemparkan terutama sekali sekiranya kita yang selama ni telah tersilap. Dengan kehadiran beberapa ahli hadith di dalam forum ternyata talah membuka kesempitan minda kita yang asyik hanya dengan kitab kitab albani dan fatwa lajnah daimah.

Perlukah juga kita memohon maaf atau menarik balik kenyataan kita yang telah lalu.

Sekadar renungan

SJ-01-0095 : Bidaah atau kita yang tersilap?

al-Jawab:

1. Isu-isu fiqh yg anda senaraikan itu tidak wajar diletakkan di bawah isu bid'ah. Bahkan ia adalah isu-isu khilafiah. Cuma terdapat ahli hadith/fiqh yang agak keras dalam menegakkan pendapatnya, antaranya al-Albani. Ini bukanlah kecacatan atau keaiban kepada mereka kerana alim ulama' memiliki manhaj mereka yang tersendiri dalam isu-isu khilafiah. Yang pasti mereka tidak membid'ahkan orang yg menyalahi pendapat mereka dalam isu-isu khilafiah. Maka apabila kita mengadakan percambahan fikiran dalam Forum kita, maka ia sedikit sebanyak membuka paradigma yang positif dalam menghadapi mereka yang agak keras dalam berfikih.

2.

Quote:
Perlukah juga kita memohon maaf atau menarik balik kenyataan kita yang telah lalu.

Ya, memang wajar sekali. Ramai ulama yang berbuat demikian. Yang paling masyhur ialah Imam al-Syafi'iy yang menerbitkan versi baru dalam pendapatnya yg dikenali dgn Qaul Jadid. sekian