Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. kalau umatnya berzina, mereka nyatakan secara terbuka kepada Rasullullah s.a.w. bahawa dia telah terlanjur berzina. Nabi menjalankan hukum hudud keatas mereka yang berzina.
Selain dari pada pengakuan terbuka, kalau ada perzinaan berlaku isteri seseorang, walaupun suaminya nampak sendiri dengan mata. Tidak boleh diguna pakai keterangan suami si-isteri yang berzina itu, kerana takut pula fitnah berlaku. Mesti mahu sokongan dari 4 orang saksi yang beriman yang nampak zakar lelaki itu "masuk dan keluar" dari rahsiat sulit wanita itu.
Masalahnya pada zaman ini:- Jika si-A bawa isteri atau janda atau anak dara orang kehotel 5 bintang. Pintu bilik hotel tebal 1/2 kaki. Mereka tutup pintu lalu zina berlaku.
Bila tiba Penguatkuasa Badan Agama datang ketuk pintu hostel 5 bintang tersebut, ada kah anda fikir dengan cara berbogel mereka membuka pintu tersebut? Bila pintu dibuka adakah Penguatkuasa Badan Agama itu nampak "masuk dan keluarnya zakar" dari rahsia sulit wanita itu? Atau yang berzina dah pakai baju keduanya baru mereka buka pintu? Apa yang nyata Badan Penguatkuasa Agama nampak, mereka cuma berkhalwat saja. Bagaimana jika mereka sudah berzina, bukan kah dayus kalau suami tidak menceraikan isterinya? Kalau si-isteri yang telah diceraikan cabar suaminya keMahkahmah bahawa kenapa dia diceraikan sedang mahkahmah sya'riah hanya mendapati keselahan mereka, hanya berdua duan saya.Tidak berzina.
jadi, bagaimana hukum hudud hendak dilaksanakan?
JAWAPAN:
Hukuman hudud dalam kes zina tidak boleh dijalankan melainkan hanya dengan 2 cara iaitu :
1. Saksi ( dalil : al-Quran , An-Nisa : ayat 15 )
2. Pengakuan ( hadis Maiz Al-Aslami )
Ini adalah pensabitan zina mengikut pendapat Jumhur Ulama.Manakala pensabitan zina dengan qarinah adalah tidak disepakati oleh Ulama sebagaimana kata Ibnu Qudamah dalam al-Mughni (Jilid 9 m/s 79)….bahawa pensabitan zina melalui qarinah atau bukti tidak sekali-kali disepakati oleh Jumhur.
Berbalik kepada persoalan di atas , dalam keadaan seperti itu memang hukuman hudud bagi kesalahan zina tidak dapat dijalankan kerana dalam kes itu mengandungi syubhat , iaitu tidak pasti samada mereka itu berzina atau tidak? Sedangkan hudud tidak boleh dijalankan jika terdapat sebarang keraguan atau syubhat sebagaimana kaedah fiqh ada menyebut :
ÇáÍÜÜÜÏæÏ ÊÓÜÜÜÜÞØ ÈÇáÔÈÜÜÜåÇÊ
“Hudud gugur dengan sebab keraguan”
Ini kerana diantara Maqasid Syariyyah (tujuan perundangan Islam) itu ialah memelihara kehormatan dan maruah.Sebab itulah Islam meletakkan syarat yang begitu ketat untuk membolehkan seseorang membuat tuduhan zina , lebih-lebih lagi jika ianya melibatkan perempuan yang solehah ( Muhsonat / ‘Iffah )
Walaubagaiamana pun si lelaki dan perempuan yang ditangkap berdua-duaan tadi tetap dianggap berdosa dan mengikut kaedah Islam kesalahan sebegitu dianggap sebagai muqaddimah zina dan termasuk dalam kesalahan ta’zir yang mana hukuman terhadap kesalahan tersebut di tentukan oleh pihak pemerintah. Sebagaimana sabda Rasulullah saw :
ãä ßÇä íÄãä ÈÇááå æÇáíæã ÇáÇÎÑ ÝáÇíÎáæä ÈÇãÑÃÉ áíÓ ãÚåÇ Ðæ ãÍÑã ãäåÇ ÝÅä ËÇáËåãÇ ÇáÔíØÇä
“Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari Akhirat , maka janganlah dia bersendirian dengan wanita asing yang tidak ada bersamanya mahramnya , kerana yang ketiganya adalah syaitan” (HR Imam Ahmad)
[thtl: dinilai sahih oleh al-Albani, GHayatul Maram,180 dari Jabir ra]
Kenyataan yang mengatakan bahwa “Bagaimana jika mereka sudah berzina, bukan kah dayus kalau suami tidak menceraikan isterinya?” tidak boleh diambil kira.Ini kerana Islam meletakkan syarat untuk menghukum ialah dengan berpandukan kepada apa-apa pasti dan yang terlihat pada pandangan zahir bukan bersandar kepada syak wasangka yang tidak pasti.
WA
Ust Jawhar al-Yamani via thtl
Rujukan :
1. Al-Ashbah wa al-Nazair , As-Suyuti , Dar ‘Alamul kutub , 2000
2. Al-halal wa al-Haram fi al-Islam , Dr Yusof al-Qardhawi , Maktabah Wahbah , 2000