SJ-2046: Solat sunat dan solat ketika hujan

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-2046: Solat sunat dan solat ketika hujan

1) Benarkah pendapat yang mengatakan solat sunat lebih afdhal dikerjakan di rumah manakala solat fardhu di Masjid/ surau/ musolla? Pendapat ini merujuk kepada riwayat yang mengatakan "Janganlah jadikan rumah-rumah kamu sebagai kubur" (mungkin Tuan boleh memberi matan sebenar riwayat tersebut")

2) Saya pernah membaca sebuah hadith di dalam Sahih Muslim yang mana Rasulullah SAW bersabda maksud hadithnya "Solatlah kamu di tempat di mana kamu berada ketika hujan".

Soalan saya, jika semua orang berpegang dengan hadith ini, maka siapa pula yang akan mengimarahkan rumah2 Allah? Atau adakah baginda Rasulullah SAW bermaksud solat sunat / hujan lebat. Atau adakah kerana pd masa itu tiada kenderaan berbumbung dan sebagainya? Bolehkah seseorang itu tidak solat berjemaah di rumah Allah kerana berpegang kepada hadith ini (mungkin krn dia naik motor, jalan kaki dsb.) Allahu'alam! Jazakallah!

Re: SJ-2046: Solat sunat dan solat ketika hujan

Jawab:
1. Benar sekali. Solat2 sunat lebih afdhal dilakukan di rumah (kecuali solat sunat yg disyari'atkan secara jama'ah spt Solat gerhana, 'id). Dalil: HR Bukhari-Muslim dari Zayd bin Thabit ra," sebaik-baik solat seseorang itu ialah di rumahnya kecuali solat fardhu."
HR asyhab asSunan (kecuali anNasa'iy) dari Ibn Umar ra," kerjakanlah sebahagian solat2 kamu di rumah dan janganlah kamu jadikan rumah2 kamu sebagai kuburan."
Maksudnya rumah2 orang Islam juga kena ada aktiviti solat bukan sahaja tertumpu di mesjid. Mendirikan solat2 sunat di rumah itu akan menghidupkan suasana seimbang (tawazun) bahawa rumah2 orang Islam juga ada ibadah solat yg mana dgn itu suasana kuburan itu akan dihapuskan. Dari hadis ini juga dijelaskan bahawa di kubur sepatutnya tiada ibadah solat.

2. HR Abu Daud (Sunan, cetakan Dar Ihya', Beirut, Jld 3/392) dari Jabir ra," solatlah ditempat tinggal kamu sesiapa yg berkehendak di kalangan kamu." Asbab wurudnya (sebab dikeluarkan hadis ini), Jabir menceritakan suatu hari kami hendak bermusafir dan tiba-tiba hujan turun, lalu Nabi saw pun bersabda seperti di atas.
Para fuqaha' menggunakan hadis ini untuk mengeluarkan hukum, jika hujan, salji, ribut atau sebarang fenomena alam yg menyulitkan manusia, maka seseorang boleh meninggalkan solat jama'ah. Ini bermaksud, bilangan jama'ah di mesjid akan berkurangan, mungkin hanya Imam tetap dan beberapa orang makmum sahaja. Hukum rukhsah ini tidak terbatal dengan adanya payung atau kereta sebagaimana hukum solat musafir juga tidak gugur dgn keujudan sistem lebuhraya dan kenderaan yg canggih spt kapalterbang. WaLlahu a'alam