Assalamu'alaikum...
Para pengunjung AAN yang dihormati sekalian, sejak munculnya internet ramai remaja kita terutama remaja perempuan kita telah dimanipulasikan oleh sebahagian orang yang tidak bertanggungjawab dan berniat jahat. Akibat keterlanjuran dan kejahilan mereka, ramai remaja & wanita muslimah kita telah diaibkan dengan pelbagai macam cara dan rupa.
Kemunculan laman sosial seperti Friendster, Myspace, Tagged dan kini Facebook yang menjadi kegilaan remaja dan dewasa telah merobek rasa malu ramai muslimah kita. Gambar-gambar & video-video mereka sewenang-wenangnya dipertontonkan kepada umum. Habis semua rahsia, latarbelakang, kegemaran, lokasi dan banyak lagi maklumat diri terdedah. Banyak fitnah boleh muncul akibat dari tidak sensitifnya kebanyakan muslimah terhadap wajah dan penampilan mereka di khalayak umum.
Yang tidak terlibat secara langsung dengan laman sosial ini, alhamdulillah. Sekurang-kurangnya jauh dari mudharat yang boleh timbul dari laman sosial ini. Tetapi, bagi yang sudah mempunyainya, saya rasa elok ditunjuk bagaimana untuk berhati-hati terhadapnya. Berikut saya tujukan khas buat muslimah, agar kehormatan mereka terjaga, insyaALLAH.
‘Privacy Settings’ di Facebook (Supaya Muslimah Terjaga Kehormatannya)
Saya mempunyai beberapa kenalan di kalangan remaja muslimah di Facebook. Mereka saya kenal kerana saya pernah terlibat dalam usaha pentarbiyyahan di sebuah ’madrasah ad-diniyyah’ di Selangor.
Penampilan mereka tatkala dahulu barangkali berbeza dengan penampilan mereka sekarang. Ada yang masih kekal dalam keadaan dulu dan berhasil tarbiyyahannya, alhamdulillah. Dan ada juga yang kurang. Namun, saya percaya asas dan akar agama mereka sudah ada, cuma perlu disuburkan agar terus kekal istiqamah dan dapat menghasilkan buah agama yang bagus kualitinya.
Di Facebook, bermacam-macam aksi kenakalan mereka terdedah apabila mereka mengupload foto-foto malah video-video tentang diri mereka dan rakan-rakan. Saya tahu tujuan mereka adalah untuk berkongsi dengan rakan-rakan muslimah mereka. Mungkin mereka lupa atau tidak tahu bahawa apabila mereka mengupload ke Facebook, bukan sahaja rakan-rakan mereka boleh menontonnya, malah orang lain juga akan didorong sama melihatnya. Baca ini: http://muzir.wordpress.com/2010/03/05/bahaya-fungsi-tagging-di-facebook/
Setakat ini, belum ada foto-foto yang mendedahkan aurat atau yang melampau. Namun, jika mereka terlalai dan lupa, barangkali esok atau lusa, akhirnya nanti akan terdedah juga. Na’udzubillahi min dzalik.
Entry kali ini khas saya tujukan buat mereka. Dengan harapan agar maruah dan kehormatan mereka terjaga tatkala menggunakan Facebook.
(1) Sebaik-baiknya, tak perlu ada akaun Facebook.
(2) Kalau nak ada akaun Facebook, jangan upload gambar & video. Simpan sahaja di dalam komputer sendiri untuk tontotan sendiri, keluarga dan rakan-rakan yang boleh dipercayai. Dan berhati-hati tatkala menggunakan lama sosial seperti Facebook, Myspace, Twitter, Friendster dan sebagainya. Baca sini: http://muzir.wordpress.com/2010/04/02/facebook-jangan-tak-jangan/ dan http://muzir.wordpress.com/2009/06/12/facebook-friendster-myspace-haram/
Risiko menggunakan internet sebagai tempat bersosial memang ada. Internet tidak bersempadan. Justeru, kena sangat berhati-hati. Di Facebook sebagai contoh; telah disediakan beberapa privacy settings supaya bukan semua maklumat diri terdedah kepada umum. Walaupun privacy settings ini bersifat piawai iaitu kita tidak boleh membuat setting mengikut kehendak kita yang spesifik, namun sekurang-kurang kita telah berusaha agar maklumat tentang diri tidak terlalu terdedah.
Ingatan khas untuk muslimah: Maklumat & gambar diri tidak akan terdedah jika tidak didedahkan oleh diri sendiri atau kenalan. Berhati-hatilah selalu kerana maklumat dan gambar diri yang terdedah barangkali boleh digunakan oleh orang yang berniat jahat. Sebaik-baiknya, jangan letak gambar kalian di internet.
Berikut saya kongsikan setakat yang saya tahu bagaimana untuk setkan privacy settings di Facebook:
(1) Untuk set supaya orang lain tidak boleh melihat gambar atau video yang ditag oleh orang lain.
(a) Pergi ke Account, dan klik Privacy Settings (rujuk gambar)
(b) Kemudian, klik pada Profile Information
(c) Seterusnya, lihat sebelah kanan Photos and Videos of Me. Ikut urutan klik ke 4 dan 5 untuk edit setting.
(d) Klik pada Only Me. Seterusnya klik pada Save Settings. Selesai
(2) Untuk set supaya hanya orang tertentu sahaja yang boleh lihat gambar2 yang kita upload.
- Contohnya seorang muslimah mengupload gambar-gambarnya serta teman dan hanya ingin berkongsi gambar tersebut dengan beberapa orang rakan muslimahnya.
(a) Di bahagian Privacy Settings, lihat sebelah kanan Photo Albums. Klik pada Edit Settings.
(b) Seterusnya, kita akan dibawa ke senarai album yang ada di dalam akaun Facebook kita. Klik mengikut urutan untuk edit & customize.
(c) Klik mengikut urutan 4, 5 & 6 seperti gambarajah di bawah. Pada langkah ke-5, kita boleh memilih beberapa nama pengguna Facebook. Langkah ini dapat menyekat orang lain dari melihat gambar-gambar yang diupload, tetapi hanya orang tertentu sahaja boleh melihatnya.
Mudah-mudahan catitan ini bisa dimanfaatkan oleh mereka, insyaALLAH, supaya maruah dan kehormatan mereka terjaga. Dan supaya perasaan malu masih menebal ada pada diri mereka.
Sekali lagi ingin saya mengingatkan bahawa gambar-gambar & video-video yang diupload ke internet sangat terdedah dengan bahaya. Walaupun barangkali kalian telah berhati-hati membuat privacy settings dan lain-lain langkah berjaga-jaga, namun kecelakaan bisa sahaja tertimpa pada diri, kerana internet tidak bersempadan dan potensi baik dan jahatnya sangat tinggi. Justeru, berhati-hatilah. Paling baik: jangan buka akaun Facebook & seumpamanya. Jika mahu buka juga, jangan upload gambar-gambar & video kalian wahai muslimah sekalian. Sekian.
Mudah-mudahan ALLAH ‘Azza wa Jalla memelihara kita semua di dunia & diakhirat, amin…