SJ-15-0015 : Syiah Vs Sufi

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-15-0015 : Syiah Vs Sufi

Aslmkm,

Nak mintak tolong menjelaskan, tolong senaraikan apa beza Syiah dan Sufi dan apa persamaan sufism dengan syiah.?

Tolong senarai tariqat mana yang betol dan yang mana tak betol?

Terima kasih

SJ-15-0015 : Syiah Vs Sufi

:wassalam

al-Jawab (versi ringkas kerana databank AAN yang dah semakin besar)

1. Perbedzaan syi'ah vs Sufi

Syi'ah adalah aliran akidah dan politik Islam yang berputar dari keabsahan Ali bin Abi Thalib ra sebagai pemimpin yang layak mengganti RasuluLlah saw.

Sufi adalah aliran keruhanian yang bertujuan mengekang pengaruh kebendaan dalam tubuh ummat selepas mereka berjaya menguasai dunia dan menakluk umat yang lain.

2. Persamaan syi'ah vs sufi

Persamaan ketara ialah kedua aliran ini mengkultuskan atau mentaqdiskan atau mensucikan pemimpin ke satu tahap yang tidak dibenarkan dalam Islam. Ini kerana tiada manusia yang dapat mengatasi status keNabian dan keRasulan. Persamaan kedua ialah akar kesemua aliran sufi atau syi'ah ialah dari ahlil bayt, yakni keturunan Ali dan Fatimah. Mengikut kajian Kapten Hafidz Firdaus dan Maulana Asri, kedua aliran ini ada sentimen kaum Farsi lantaran kedengkian mereka kepada umat Arab.

3. Senarai tareqat yang betul dan yang tak betul

Ia menjadi bidangkuasa JAKIM dan Jabatan agama negeri-negeri dan mereka ada database yang agak lengkap. Maka lebih baik anda mengunjungi laman web mereka atau menghubungi terus kepada jabatan tsb. Jika anda memiliki neraca alQur:an dan asSunnah, anda dgn mudah dapat mengenalpasti perjalanan sesebuah tareqat. sekian