SJ-11-0149 : Keliru Cabutan Bertuah (jawapan)

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-11-0149 : Keliru Cabutan Bertuah (jawapan)

Assalamualaikum Ahli Panel,

Saya keliru dengan 2 pendapat ahli panel Ahkam tentang hukum cabutan bertuah - Panel Kamin kata cabutan bertuah boleh, Panel THTL kata tidak boleh - pendapat mana yang mesti saya ikuti. JZZKMLLH

SJ-11-0149 : Keliru Cabutan Bertuah (jawapan)

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menajab soalan cikgu73 dengan kadar kemampuan yang ada, Insya-Allah.

Sebenartya, tidak ada bezapun pendapat kami berkenaan dengan cabutan bertuah. Disana terdapat dua jenis cabutan bertuah ;

1. Cabutan bertuah yang tidak dibenarkan; seperti membeli tiket pertandingan dsb dengan harapan untuk mendapatkan hadiah dari cabutan bertuah. Menurut syiekh thtl, perbuatan ini juga sama seperti memberi tiket loteri samada bertajuk Kebajikan atau sebagainya. Begitu juga, jika cabutan bertuah itu dikeluarkan oleh sebuah pasaraya dengan cara menaikkan harga barangan, dimana wang tersebut gunakan untuk hadiah kemenangan, cabutan bertuah ini tidak dibenarkan.

2. Cabutan bertuah yang dibenarkan; Syeikh Utsaimin rh menyebut bahawa jika pasaraya tersebut ingin memberi hadiah cabutan bertuah kepada pembelinya, tanpa menaikkan apa-apa harga barangan, maka perkara ini dibenarkan. Kata Syeikh Ibn Utsaimin :-

Quote:
Ãä íßæä ÇáËãä – Ëãä ÇáÈÖÇÚÉ – åæ ËãäåÇ ÇáÍÞíÞí ¡ íÚäí : áã íÑÝÚ ÇáÓÚÑ ãä ÃÌá ÇáÌÇÆÒÉ ¡ ÝÅä ÑÝÚ ÇáÓÚÑ ãä ÃÌá ÇáÌÇÆÒÉ : ÝåÐÇ ÞãÇÑ æáÇ íÍá .
dir="ltr"> "Harga pembelian mestilah merupakan harga yang sebenar. misalnya harga tidak boleh dinaikkan kerana memasukkan kos hadiah. Jika harga yang dijual lebih mahal kerana memasukkan harga hadiah, maka ia tidak dibenarkan kerana terdapat unsur judi."

Contoh yang lain, seperti majikan menberi hadiah cabutan bertuah kepada majikannya sempena sambutan ulang tahun syarikat. Perkara yang jelas adalah, penerima itu tidak mengeluarkan wang semata-mata untuk melayakkan dii untuk memenangi cabutan bertuah.

Sekian, wassalam

Link rujukan :-

1. SJ-13-0097 : campur-campur
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=28495

2. SJ - 3110 : Cabutan bertuah.
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=21490

خيرالأمين