SJ-13-0371 : Tawanan Perang Wanita Kafir Dalam Islam

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0371 : Tawanan Perang Wanita Kafir Dalam Islam

Assalamualaikum Wmt Wkt,

Bagaimana mahu menangkis tohmahan golongan feminis bahwa Islam berlaku zalim dalam kes tawanan wanita dalam perang. Ini kerana menurut golongan ini, wanita bukan Islam yang ditawan dijadikan hamba dan boleh disetubuhi. Adakah ini benar?

Mohon penjelasan dari ahli panel

Wassalam JZKMLLH

SJ-13-0371 : Tawanan Perang Wanita Kafir Dalam Islam

:wassalam

al-Jawab:

Ini adalah undang2 perang zaman dulu sebelum adanya PBB dan deklarasi hak asasi manusia. Islam akur dengan undang-undang antarabangsa mengenai perang dan POW.

Zaman dulu, tak ada undang-undang. Ia berdasarkan siapa kuat dia dapat semua, atau the surivival of the fittest. Bila suatu kuasa tentera menceroboh negara lain, maka segalanya akan dirampas dan tawanan perang dijadikan hamba abdi dan wanita boleh saja diperkosa.

Bila Islam menjadi superpower ketika itu, Islam modified atau ubahsuai sedikit undang2 tawanan perang ketika itu...di mana kaum wanita tidak dirogol sesuka hati. Ia diagihkan di kalangan tentera sebagai hamba dan tidak boleh dirogol ala Serbia ketika mereka menceroboh Bosnia, atau ala Jepun ketika mereka menakluk China, Korea dan asia tenggara.

Bila masa berubah dan tertubuhnya PBB, maka tidak ada lagi perhambaan di dunia ni secara legal. Maka Islam mengiktiraf citarasa manusia yang bencikan perhambaan dan merendahkan status wanita. Bila hamba abdi dan diharamkan dan taraf wanita sudah sama dengan lelaki, maka tidak ada lagi isu hamba perempuan tawanan perang. Ia hanya ujud dalam kitab sahaja. (Prof MUhammad Qutb, Syubhat hawla Islam) WA