Bagaimana sekiranya seorang wali kepada bakal isteri saya adalah seorang yang sering melakukan dosa seperti sentiasa melakukan hubungan sulit dengan isteri orang janda orang dan tak sembahyang bolehkah orang seperti ini menjadi wali kepada perkhawinan saya nanti.
Sumber Rujukan Islam Anda..
ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
Permasalahan adakah seseorang yang zahirnya fasiq layak menjadi wali dalam pernikahan, ataupun tidak, telah kami jawab dalam SJ-12-0200 : isu wali fasik.
Kesimpulannya:
- Ada khilaf; mazhab Syafie dan Hanbali: Tidak boleh jadi saksi. Ia berpindah kepada wali yang lebih jauh, atau berpindah kepada sultan. Mazhab Hanafi dan Maliki: Sah kewalian seorang yang fasiq.
- Hadis-hadis yang menunjukkan tidak sah kewalian seorang yang fasiq, adalah TIDAK SAHIH di sisi muhadditheen. Maka dirujuk kepada hukum asal: Sah kewaliannya.
- Pendapat yang mengatakan SAH kewalian orang fasiq, adalah pendapat kebanyakan ulama, dan ditarjih oleh beberapa muhaqqiqeen spt: Ibn Taimiyyah dll.
- Jika mampu, hendaklah ditegur wali yang melakukan amalan fasiq supaya bertaubat kepada Allah Taala, dan supaya pernikahan dilaksanakan tanpa keraguan dan kekhilafan.
Wallahu A'lam.
rujukan: http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=33530
http://abuumair1.wordpress.com