:salam
1) Sy hendak bertanya di antara fatwa keharusan meluruskan rambut kerinting (sori klu silap ) dan pengharaman contact lens berwarna dan menipiskan bulu kening. Bila difikirkan bukankah kesemuanya itu bersifat sementara. Bagaimana bole timbul hokum yg berbeza ? syukran,,,
ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ
- Perlu difahami, penetapan suatu hukum syariah atas setiap sesuatu, dasarnya ialah dalil yang sahih berasaskan Quran dan Sunnah, juga ijmak dan qiyas.
- Maka suatu yang telah dinaskan secara jelas, pengambilan hukumnya juga adalah jelas, seperti pengharaman mencukur atau menipiskan kening.
- Adapun yang tidak dinaskan secara terperinci seperti masalah memakai contact lens berwarna, dan meluruskan rambut, pengambilan hukumnya akan menjadi lebih rumit, dan kemungkinan berlaku perselisihan adalah lebih besar.
- Ulama yang mengharuskan meluruskan rambut dan memakai contact lens berwarna bagi wanita, berdalilkan kepada asal hukum untuk wanita adalah perhiasan dan harus bercantik-cantik (kepada suami dan mahram). Maka termasuk dalam perkara mencantikkan diri, meluruskan rambut dan memakai contact lens berwarna. Dengan syarat bukan untuk tujuan menipu orang lain, dan bukan untuk ajnabi.
- Manakala yang mengatakan haram pula, kerana melihat sudut yang berbeza iaitu ia satu bentuk mengubah ciptaan Allah.
- Maka perbezaan hukum boleh terjadi kerana perbezaan dalam cara pengambilan hukum, sebagaimana berlaku khilaf ulama dalam masalah-masalah feqah lain.
Wallahu A'lam.
http://abuumair1.wordpress.com