Assalamualaikum...
Air mutlak/mustakmal dalam badi atau tempayan (kurang dua kolah). Tiba-tiba air tersebut telah dimasuki najis sama ada sengaja atau tidak. Walaubagaimanapun, sifat air iaitu warna bau dan rasa masih tidak berubah. Apakah air tersebut boleh lagi dianggap suci lagi menyucikan.
Bismillahi wal hamdulillah ,
Al-Jawab :
Ulama telah berselisih pendapat dalam menetapkan hukum pada air yang sedikit yang dimasuki najis walaupun sifat air tersebut samada dari segi warna , bau dan rasa tetap tidak berubah.
Imam Abu Hanifah , Syafie dan Ahmad ibnu Hanbal serta sebahagian pengikutnya mengatakan bahawa air tersebut tetap dikira sebagai najis , walaupun siifat air tersebut tidak berubah.
Mereka ini berdalilkan dengan hadis (al-Qullatain) :
ÅÐÇ ÈáÛ ÞáÜÜÜÜÊíä áã íäÌÓå ÔìÁ
Air yang cukup dua kolah , tidak dinajisi oleh sesuatu
(HR Abu Daud : 63 , Tirmizi : 67 , An-Nasaie : 52 , Ibn Majah : 517 , dan al-hakim : 1/224. Dinilai sahih oleh Al-Albani.Manakala Imam Ibn taimiyyah mengatakan , kebanyakkan ahli ilmu menilai hadis ini hasan)
Manakala , bagi Imam Malik , Zhohiriyah , Imam Ibn Taimiyyah , Ibn Al-Qayyim , As-Syaikh Muhammad bin Abd Wahab , dan sebahagian ulama Muhaqqiqin menyebutkan , bahawa air tersebut tidak dikatakan najis selagi mana tidak berubah salah satu dari 3 sifat-sifatnya.
Golongan ini pula berdalilkan dengan hadis seorang arab Badawi yang membuang air kecil di satu sudut dalam masjid yang disaksikan oleh Rasulullah saw dan para sahabat.Akhirnya Rasulullah saw menyuruh para sahabat membersihkannya dengan hanya siraman / renjisan air.
WA
Ruj :
Taudhih al-Ahkam min Bulughil Maram , As-Syaikh Abdullah bin Abd Rahman Al-Bassam , Jilid 1 , bab Air.
الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com