Nota: Sahih Muslim 11/03/09: Berburu Dengan Anjing Terlatih

Primary tabs

Oleh zain-ys (Berdasarkan kuliah SM110309)

Minit 00:00:00 Kitab: Perburuan dan Sembelihan
Pembacaan Matan Bab: Berburu dengan anjing terlatih [Matan Hadis]

Minit 00:08:15 Pembacaan Matan Bab: Haram Memakan Binatang yang Bertaring dan Dan Burung Yang Bercakar [Matan Hadis]

Minit 00:11:41 Terjemahan Bab: Berburu dengan anjing terlatih. [Matan Hadis]

Minit 00:26:05 Terjemahan Bab: Haram Memakan Binatang yang Bertaring dan Dan Burung Yang Bercakar [Matan Hadis]

{youtube}QfLLj200l7U{/youtube}


Minit 00:28:13 Mukadimah Bab: Berburu dengan anjing terlatih

Minit 00:32:01 Syarah Bab: Berburu dengan anjing terlatih
Penjelasan bab dari segi bahasa
Shaid (صيد) ada dua makna:
1. Binatang yang diburu/mashid (مصيد)
2. Perburuan atau perbuatan memburu

Zaba'ih atau zabihah bermakan binatang yang disembelih (مذبوحة)
Kata jamak digunakan (ذبائح) di sini kerana di sana terdapat pelbagai cara sembelihan.

Minit 00:33:20 Mengenali perawi. Siapakah perawi Adi bin Hatim? Apakah maksud peribahasa Arab: Pemurah seperti Hatim?
Hatim ayah kepada Adi merupakan seorang yang pemurah. Adi beragama Kristian pada asalnya. Pada tahun ke-9 H, beliau berjumpa Rasulullah s.a.w. untuk melihat sendiri apakah benar Baginda s.a.w. itu Nabi yang sebenar ataupun bukan. Beliau akhirnya menjadi penganut Islam yang baik dan setia. Umurnya panjang, 120 tahun.

Minit 00:35:32 Masalah: Melepaskan anjing terlatih dalam perburuan
- Tidak semestinya menggunakan anjing. Boleh juga menggunakan binatang lain yang terlatih untuk perburuan. Disebutkan anjing perburuan kerana keistimewaannya berbanding bintang lain.

Minit 00:37:18  Halal binatang yang mati kerana ditangkap oleh binatang perburuan di mana ia membunuhnya untuk tuannya, bukan untuk dirinya sendiri. Ketika melepaskan bintang perburuan hendaklah disebutkan nama Allah.

Minit 00:38:34 Masalah: Bagaimana anjing yang diajar itu?
Jawab: Menurut imam Abu Hanifah dan selainnya, anjing yang telah diuji taat perintah sebanyak tiga kali.
Menurut kebanyakan ulama: Mengikut uruf atau adat kebiasaan berdasarkan anjing-anjing tertentu.

Minit 00:40:16 Hadis ini menunjukkan keistimewaan anjing. Dalam hal najis atau tidaknya anjing, pendapat Imam Malik, Imam Abu Hanifah, Imam al-Bukhari dan selainnya yang mengatakan anjing tidak najis adalah lebih kuat. Terlalu banyak manfaat anjing dan Islam mengiktirafnya.

Minit 00:45:24 Masalah: Bagaimana jika binatang buruan itu diterkam juga oleh anjing atau binatang perburuan yang lain?
Jawab: Jika anjing yang lain itu tidak terlatih atau dilepaskan tidak dengan menyebut nama Allah atau oleh tuannya yang bukan Islam, maka binatang berkenaan tidak halal.

Minit 00:46:20 Masalah: Berburu dengan melempar sesuatu yang tajam samada batu atau anak panah, apakah status binatang buruan yang mati dengan sebab lemparan berkenaan? Halal atau haram?
Jawab: Jika binatang itu mati kerana terluka akibat terkena bahagian yang tajam dari anak panah atau sebagainya, maka ia adalah halal. Namun jika ia mati kerana terkena pukulan anak panah atau kayu secara melintang maka ia tidak halal. Kerana ia mati disebabkan oleh hentakan.

Minit 00:47:39 Senarai binatang yang halal dan haram dalam Surah al-Maidah ayat: 3
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang Yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang Yang disembelih kerana Yang lain dari Allah, dan Yang mati tercekik, dan Yang mati dipukul, dan Yang mati jatuh dari tempat Yang tinggi, dan Yang mati ditanduk, dan Yang mati dimakan binatang buas, kecuali Yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan Yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib Dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. maka sesiapa Yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda Yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Minit 00:51:03 Masalah: Hukum menyebut nama Allah.
Jawab: Imam al-Nawawi: Ijmak kaum muslimin hendaklah menyebut bismillah ketika melepaskan binatang perburuan dan ketika menyembelih.

Masalah: Apakah hukum menyebut bismillah?
Jawab: Al-Syafi'i dan sekumpulan ulama: Sunnah sahaja tidak wajib.
Ahli Zahir: Wajib baca bismillah, jika tidak, binatang berkenaan tidak halal.
Imam Ahmad: Jika binatang perburuan, wajib baca bismillah. Untuk binatang sembelihan, jika terlupa  tidak mengapa.
Abu Hanifah, Malik dan Jumhur ulama: Jika tak baca bismillah kerana terlupa, halal sembelihan buruannya. Jika tidak membaca bismillah secara sengaja, tidak halal.
Ulama al-Syafi'iyah yang kemudian: Makruh meninggalkan membaca bismillah.. Sebahagiannya mengatakan, hanya khilaful aula.

Minit 00:54:32 Diskusi Dalil-dalil mazhab al-Syafi'i tentang hanya sunah membaca bismillah.

Minit 00:57:51 Masalah: Bagaimana berburu dengan senapang? Binatang buruan mati akibat peluru?
Jawab; Kebanyakan ulama membolehkan. Mereka berpendapat, peluru itu bersifat tajam dan melukakan sehingga tembus. Dan daya membunuhnya lebih meyakinkan.
Ulama yang tidak membolehkan kerana menurut mereka peluru tidak tajam dan ia bersifat membakar.

Minit 00:59:18 Masalah: Jika binatang yang ditembak atau dipanah atau yang diterkam oleh binantang perburuan tidak mati lagi?
Jawab: Kalau sempat hendaklah disembelih supaya binatang itu tidak tersiksa.

Masalah: Jika binatang yang diburu dengan panah atau sebagainya hilang, bila ditemui didapati ia telah mati.
Jawab: Halal dimakan.

Minit 01:04:00  Masalah: Jika binatang yang diterkam oleh binatang perburuan masih hidup, dan kita membiarkannya bergelut sehingga mati?
Jawab: Menurut sebahagian ulama, tidak halal kerana kita sempat untuk menyembelihnya.  Sebahagian yang lain mengatakan ia halal dimakan, kerana waktu ia dilepaskan pemburu telah membaca bismillah. Ini memadai.

Minit 01:04:39 Masalah: Jika binatang yang dipanah masuk ke dalam air dan didapati mati?
Jawab: Tidak halal kerana besar kemungkinan matinya itu disebabkan lemas di dalam air, bukan kerana panahan. Lemas di dalam air termasuk yang mati tercekik.

Minit 01:06:00 Mengenal perawi: Abu Tsa'labah al-Khusyani seorang sahabat Nabi s.a.w. yang minta agar dimatikan dengan mudah. Beliau mati ketika bersujud di dalam solat.

Minit 01:06:52 Masalah: Hukum menggunakan bekas ahli kitab
Jawab: Jika ada bekas lain, jangan gunakan bekas mereka. Jika tiada, basuh dan boleh digunakan.
Dari sini ada sebahagian ulama mengatakan, benda yang terkena najis babi tak perlu disamak. Hanya perlu dibasuh dengan air seperti najis biasa.

Minit 01:07:13 Masalah: Bolehkah pemerintah melindungi binatang dari diburu?
Jawab: Islam memberi keluasan kepada pemerintah melindungi binantang-binatang tertentu jika dilihat di sana ada maslahahnya seperti dikhuatiri akan kepupusan atau sebagainya.