SJ-07-0151 : Selawat dimudahkan menunaikan haji

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-07-0151 : Selawat dimudahkan menunaikan haji

Assalamualaikum ustaz,
Harap ustaz dapat terangkan mengenai selawat dimudahkan menunaikan haji.

Terima kasih.

SJ-07-0151 : Selawat dimudahkan menunaikan haji

Bismillahi wal hamdulillah ,

Al-Jawab :

Adakah yang dimaksudkan dengan selawat dimudahkan menunaikan haji adalah selawat seperti dibawah ini :

Çááåã Õá Úáì ÓíÏäÇ ãÍãÏ ÕáÇÉ ÊÈáÛäÇ ÈåÇ ÍÌ ÈíÊß ÇáÍÑÇã æÒíÇÑÉ ÞÈÑ äÈíß Úáíå ÇÝÖÜá ÇáÕáÇÉ æÇáÓÜÜÜáÇã Ýí áØÝ æÚÇÝíÉ æÓáÇãÉ æÈáæÛ ÇáãÜÜÑÇã æÚáì Çáå æÕÍÈå æÈÇÑß æÓáã . ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáíß íÇ ÓíÏí íÇ ÑÓæá Çááå ÎÐ ÈíÏí ÞáÊ ÞíáÊí ÇÏÑßäí.

Fadhilatnya seperti yang tertulis dalam buku 99 Selawat Nabi saw oleh Drs.Hanafi Mohamed : Sekiranya dibaca 1000 kali akan dipermudahkan untuk menunaikan haji.

Tahqiq:

Kami tidak menjumpai sebarang riwayat yang sahih berkenaan dengan jenis serta fadhilat / kelebihan selawat tersebut.Berkemungkinan ianya adalah dari sumber yang dhoif atau palsu.Ini kerana sesungguhnya ia bertentangan dengan fitrah dan kewarasan aqal manusia kerana hanya dengan membaca 1000 kali , individu yang membacanya akan dimudahkan untuk menunaikan haji.

Riwayat tersebut juga hampir sama dengan satu riwayat palsu (maudhu’) yang menyebutkan bahawa barangsiapa membaca surah al-waqi’ah sebanyak 40 kali akan diberikan rezeki melimpah ruah.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com