SJ-12-0296 : hukum hutang mas kawin

Primary tabs

4 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-12-0296 : hukum hutang mas kawin

:salam

bolehkah mas kawin secara hutang? benarkah pendapat yang mengatakan suami yang belum membayar mas kawin maka tidak boleh "bersame" isterinya? minta pencerahan drpd panel fiqh..

syukran jazilan :8:

:wassalam

SJ-12-0296 : hukum hutang mas kawin

ÈÓã Çááå¡ æ ÇáÍãÏ ááå¡ æ ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå¡ æÈÚÏ:

Ringkasnya , dibolehkan berhutang dalam soal mas kahwin atau dalam Islam disebut sebagai “Mahar”.

Maka , mas kahwin yang belum dibayar , adalah wajib dibayar.Hukumnya adalah sama seperti hukum seseorang yang berhutang.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com

SJ-12-0296 : hukum hutang mas kawin

ÈÓã Çááå
æÇáÍãÏ ááå æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÈÚÏ

Sedikit tambahan (perincian) pada jawapan syeikh al-jawhar, iaitu:

- Jika telah disepakati antara dua pihak, bahawa pembayaran mahar ditangguhkan ke satu tempoh tertentu, maka dalam situasi ini pengantin wanita tidak berhak menghalang suaminya untuk 'bersama'nya.

Kerana dia telah menggugurkan haknya untuk mendapat mahar secara segera.

- Jika disepakati antara dua pihak bahawa mahar hendaklah dibayar segera secara tunai, maka pengantin wanita berhak menghalang suaminya masuk bersamanya sehingga menjelaskan maharnya.

Firman Allah Taala:

ÝóãóÇ ÇÓúÊóãúÊóÚúÊõãú Èöåö ãöäúåõäøó ÝóÂÊõæåõäøó ÃõÌõæÑóåõäøó

(surah Al-Nisaa: 24)

Perkara ini disepakati oleh keempat-empat mazhab.

Rujukan:

-Al-Bahr Al-Raiq (Mazhab Hanafi)
- Al-Talqin, al-Qadhi Abd Al-Wahhab (Mazhab Maliki)
- Al-Hawi, Al-Mawardi (Mazhab Syafie)
- Al-Mughni, Ibn Qudamah (Mazhab Hanbali)

Wallahu A'lam.

SJ-12-0296 : hukum hutang mas kawin

Jazakumullah syaikh Abu-Umair di atas perincian tersebut..

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com