SJ-13-0459 : ISU SOLAT ORG YG DIKATAKAN WALI KERAMAT

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-13-0459 : ISU SOLAT ORG YG DIKATAKAN WALI KERAMAT

Salam,

Disebutkan oleh seorang Qadhi di Perak tentang kisah seorang ulama melayu terkenal yg dikatakan solat zuhur dia bersolat di Mekah, asar di Madinah dan malamnya di Tanah Melayu pada hari yg sama. dia hanya menaiki sampan. Cerita ni pelik tapi apakah ia boleh berlaku???

Syukran.

SJ-13-0459 : ISU SOLAT ORG YG DIKATAKAN WALI KERAMAT

ÈÓã Çááå¡ æ ÇáÍãÏ ááå¡ æ ÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå¡ æÈÚÏ

Cerita-cerita sebegini sepanjang pengetahuan kami hanyalah terdapat dan masyhur dikalangan masyarakat Melayu sahaja.

Kisah wali A boleh berada dibanyak tempat dalam satu masa atau masa-masa tertentu adalah kisah yang sangat-sangat diminati dan dikagumi oleh kebanyakkan masyarakat Melayu Nusantara.

Jika dilihat pada sejarah Islam , orang yang boleh melakukan perkara seperti itu ialah Nabi Muhammad saw sahaja semasa peristiwa Israk dan Mi'raj yang mana dalam satu malam Nabi saw telah pergi ke Baitul Maqdis dan diangkat ke atas langit , dan kemudian balik semula ke Mekkah.....

Apa yang jelas , memang setiap perkara yang pelik dan diluar kewarasan akal fikiran boleh berlaku hanya dengan kuasa dan keizinan Allah swt.Tidak mustahil perkara tersebut berlaku.Tetapi ianya bukanlah hujjah dan dalil membolehkan kita mempercayai kesemua cerita-cerita sebegini dan menyebarkannya kepada masyarakat.Ini kerana , tidak mustahil juga bahawa apa yang kita dengar itu merupakan kisah palsu yang direka-reka oleh musuh-musuh Islam dengan tujuan untuk menyelitkan jarum-jarum khurafat dan tahyul serta dongengan dalam Islam.

Malahan dengan kisah-kisahh ini juga telah menjadikan pengikut-pengikut atau anak-anak murid 'Wali-wali' keramat itu bersikap mengejek dan memperlekehkan para ustaz atau guru orang lain ,yang tidak mempunyai kekeramatan seperti 'tok guru' mereka.

WA

الراجي رحمة ربه الجوّاد http://aljawhar.wordpress.com