Masalah: Orang yang bertanya bertolak menuju ke Mesir dari Malaysia pukul 8.30 malam, akan transit di Dubai selama 5 jam. Malaysia dan Mesir akan berpuasa keesokan harinya. Bagaimanakah jika yang bertanya ini hendak berpuasa? Bermula dari mana dia perlu memulakan puasanya?
Ahli Panel Feqh al-ahkam.net Syeikh Abu Umair menjawab:
Walaupun anda akan me Mesir, tetapi oleh kerana anda transit di Dubai, dan ia makan masa 5 jam, bererti anda perlu melihat waktu dan taqwim di Dubai.
Anda akan berlepas dari KLIA ke Dubai pada jam 2pagi (malaysia), dan kalau perjalanan memakan masa selama 7 jam, bererti anda akan sampai ke Dubai pada Hari Khamis jam 4pagi (Waktu Dubai).
Untuk pengetahuan anda, waktu Subuh bagi Dubai sekarang ialah sekitar jam 4.41 pagi.
Oleh itu dalam keadaan begini, puasa anda akan start apabila anda mendarat di Lapangan Terbang Dubai. (Untuk memudahkan anda, set kan jam anda dengan waktu tempatan Dubai, iaitu lima jam lebih lewat dari Malaysia).
tetapi kemungkinan, kapalterbang anda terlewat, ataupun perjalanan memakan masa lebih lama, maka mungkin anda akan sampai ke Dubai selepas masuk waktu Subuh. Yakni anda akan bersolat Subuh di atas kapalterbang. Sebagaimana waktu solat di atas kapalterbang dikira berdasarkan tempat yg sedang dilalui, maka begitu jugalah waktu puasa adalah mengikut kawasan yg dilalui oleh kapalterbang itu.
inilah yg diputuskan oleh kebanyakan ulama sekarang, dan difatwakan oleh Lajnah Daemah Arab Saudi 10/296.
Kemudian, antara Dubai dan Mesir, tidak ada apa2 masalah tentang puasa, kerana anda akan mula bertolak ke Mesir sekitar jam 9 pagi waktu Dubai, dan akan sampai 3 jam kemudian ke Mesir. Dan beza waktu antara Mesir dan Dubai hanya sejam sahaja. Bererti, Dari Dubai ke Mesir anda sentiasa berada dalam keadaan siang.
Wallahu A'lam.
Anda boleh membaca teks penuh soaljawab di sini: http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=99&t=33581