SJ-08-0103 : hidup asap rokok batal puasa?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-08-0103 : hidup asap rokok batal puasa?

assalamualaikum.. sayer ingin bertanyer.. adakah batal puasa jika menghidu asap rokok dengan sengaja.. terima kasih..

SJ-08-0103 : hidup asap rokok batal puasa?

ÈÓã Çááå
æÇáÕáÇÉ æÇáÓáÇã Úáì ÑÓæá Çááå æÚáì Âáå æÕÍÈå æãä æÇáÇå ÃãÇ ÈÚÏ

- Asap seperti asap rokok atau bukhur wangian yang berasap adalah perkara yang membatalkan puasa jika sengaja dihidu sehingga masuk ke bahagian rongga dalaman.

- Kerana, asap rokok adalah jirim yang boleh masuk ke dalam rongga samada melalui mulut atau hidung. Dan kedua-duanya adalah liang yang membawa ke dalam rongga dalaman.

- Syaratnya ialah jika dihidu dengan hidung atau disedut dengan mulut dengan sengaja. Jika tidak sengaja, maka tidak membatalkan.

rujukan:
Majmuk Fatawa Syeikh Uthaimeen.