:salam Panel Feqh
Ibu ana pada bulan Ramadhan tahun 1972 tidak dapat berpuasa 30 hari kerana berpantang (Bersalin) dan puasa berkenaan belum digantikan lagi.
Soalan Ana...
a) Adakah ibu Ana perlu menggantikan puasanya hanya selama tiga puluh hari sahaja?
b) Adakah ibu Ana perlu menggantikan puasa dan membayar fidyah(adakah berganda bayaran fidyahnya?)
wa'alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, In Sya Allah.
Berikut kami petik fatwa yang di keluarkan oleh Jawatankuasa Tetap Penyelidikan dan Fatwa Arab Saudi :-
Menurut Syiekh Ibn Utsaimin rh, WAJIB keatasnya QADHA', kerana puasa itu wajib bagi setiap orang Islam, malah bagi orang yang Musafir dan Sakit, Allah mewajibkan agar melakukan puasa pada hari-hari yang lain. [al-Sharh al_Mumthi' 'ala Zaadil Mustaqni', 3/31-32].
Persoalan, apakah perlu seseorang itu membayar fidyah? Ulama' khilaf berkenaan dengan huum fidyah. Berikut kami petik jawapan Ustaz Abu Umair berkenaan dengan isu ini.
Anda juga boleh melayari URL berikut :-
SJ-08-0057 : Kena bayar fidyah ke?
http://www.al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=33608
000006: SJ-Puasa: Masalah: Lewat mengqadha' puasa dan fidyah
http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=19609
Ibu anda hendaklah mengqadha' 30 hari puasa yang ditingalkan. Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi berpendapat bahawa fidyah itu adalah mustahab (digalakkan) dan bukan wajib [Fiqh al-Shiyam, ms 76]. Ibn Qudamah rh berpendapat bahawa bagi mereka yang ingin melakukan fidyah, maka tidak perlu menggandakan bayaran menurut tahun yang ditinggalkan itu. WA.
Sekian, wassalam
خيرالأمين