[Fokus] Zikir Allah.. Allah.. Dr Izrail: hujah aqli jika bersandarkan dgn dalil naqli yg sahih insyallah boleh diterima

Primary tabs

Dr IzrailPetikan:
Dr Izrail: "Pendirian Ibn Taimiyyah memang jelas menolak keharusan berzikir dengan Allah Allah. Tetapi beliau tidak menafikan org berzikir seperti ini boleh menyebabkan terlahir dalam jiwanya keagongan Allah, kecintaan padanya bahkan mendapat ganjaran di atas perasaan tersebut.
"

izrail - Nov 05, 2007 - 04:33 PM
Post subject:


Quote:

APa yg disebut oleh Ibn Taimiyyah ialah berkenaan seseorang yang terlahir dalam jiwanya keagongan Allah, kecintaan padanya, dengan sebab zikir "ALlah, Allah, Allah", maka diberi ganjaran atas kecintaan itu. Bukan diberi ganjaran atas ibadah zikir "Allah, Allah, Allah" itu.

Sama seperti pendapat Ibn Taimiyyah dalam masalah orang merayakan maulid Nabi kerana cinta kepada baginda. Tidak diberi ganjaran atas perayaan maulid Nabi, kerana ia bidaah. Tetapi diberi ganjaran atas kecintaannya kepada Nabi SAW.

Dalam Majmuk Fatawa, secara jelas beliau menyatakan mauqifnya: "Adapun zikir nama (Allah) sahaja, maka ia bidaah, tidak masyruk".

Pendirian Ibn Taimiyyah memang jelas menolak keharusan berzikir dengan Allah Allah. Tetapi beliau tidak menafikan org berzikir seperti ini boleh menyebabkan terlahir dalam jiwanya keagongan Allah, kecintaan padanya bahkan mendapat ganjaran di atas perasaan tersebut.

 

Quote:

Jawapan:

1) Apabila Allah Taala berfirman dalam Quran, "Dan makanlah apa yang ia tangkap untuk kamu, dan sebutlah nama Allah di atasnya". (Al-Maidah: 4), adakah sebut nama Allah ketika melepaskan haiwan buruan ialah, dengan cara "Bismillah", atau "Allah".
Sudah pasti: Bismillah.

2) Nabi SAW bersabda: "Apabila seseorang lelaki masuk dalam rumahnya, lalu menyebut nama Allah ketika masuk, ketika keluar, ketika makan, maka syaitan berkata: Tiada tempat bermalam untuk kamu dan tiada makan malam".
Adakah maksud 'menyebut Allah' ketika masuk rumah, keluar rumah, dan makan, ialah menyebut: "Allah, Allah", atau menyebut zikir khas yg diajar oleh Nabi SAW?

3) Nabi SAW bersabda (sahih Bukhari),

إذا استنجح الليل أو كان جنح الليل فكفوا صبيانكم فإن الشياطين تنتشر حينئذ فإذا ذهب ساعة من العشاء فخلوهم وأغلق بابك واذكر اسم الله وأطفئ مصباحك واذكر اسم الله وأوك سقاءك واذكر اسم الله وخمر إناءك واذكر اسم الله ولو تعرض عليه شيئا
ertinya: Nabi mengajar supaya menyebut nama Allah, ketika tutup pintu, ketika memadamkan lampu, ketika menutup bekas minuman dan makanan.
Adakah sebut nama Allah ialah sebut perkataan "Allah", ataupun sebut "Bismillah"?.

Jadi, apabila syarak samada Quran atau Hadis menyebut 'Sebutlah nama Allah', maka mestilah difahami zikir secara syar'ie. Ana tidak pernah mengkhususkan tasbih, tahmid, takbir. Tetapi zikir-zikr yang dinukilkan dalam sunnah baginda yang terlalu banyak. Iaitu, dengan zikir2 yang sempurna ayatnya.

Quote:

Jika yang menyuruh suruhan tersebut adalah Syari' (yang menetapkan syariat), maka Dia telah mensyariatkan perbuatan tersebut.

Ahsantum, dr izrail..
Ana tambah:
Apabila yang menyuruh suruhan tersebut ialah syari', maka hendaklah ditanggung cara tersebut dengan cara yg diajar oleh Syari', atau dgn kata lain: Zikir yang diperintah ialah zikir secara syari'.

Sebagaimana apabila syara' memerintahkan supaya 'hendaklah berwudhu', maka mestilah difahami bahawa ia adalah wudhu' syar'ie, bukan wudhu' secara lughah iaitu: membasuh.

Apabila syarak menyuruh "hendaklah pergi haji' maka mestilah difahami 'haji' secara syarak, bukan haji dari sudut lughah iaitu 'qasad sesuatu tempat'.

Maka begitulah halnya dengan perintah syarak supaya zikir, mesti difahami zikir syar'ie yg warid.

Quote:

semua ayat-ayat di atas adalah perintah supaya 'zikir kepada Allah' atau 'sebut nama Allah'. Maka, seperti yang dijawab pada post sebelum ini, perintah syarak mesti difahami secara syarak.

Semua jawapan dan tafsiran ini sangat sesuai jika mereka yang mengharuskan zikir Allah Allah tidak mempunyai sandaran dari hadith dan perbuatan Sahabat r.a.

Tetapi jika mereka ada sandaran dari sunnah dan perbuatan sahabat yang mengharuskan zikir Allah Allah, sudah tentu mereka akan mengatakan suruhan menyebut dengan nama Allah ialah zikir Allah Allah.

Walaupun tidak dinafikan, zikir-zikir yang lain juga merupakan zikir ma'thur bahkan zikir: la ilaha illa Allah adalah zikir yg paling afdhal.

Tetapi tafsiran mereka tanpa mentakwil ayat-ayat ini dengan zikir-zikir yg lain adalah berdasarkan keharusan zikir-Allah Allah dari sunnah dan perbuatan sahabat.

Maka tafsiran mereka tanpa takwil berdasarkan sunnah lebih awla dari tafsiran dengan takwil.

 

Quote:

Jazakumullah khaira sebab bawakan beberapa tokoh islam yang diriwayatkan berzikir "Allah, Allah.."/

wa antum min ahli al-jaza'....selain mereka ada lagi tokoh-tokoh lain.

Quote:

-Al-Nuri
Jika dibaca cerita beliau, beliau menyebut zikir seperti ini ketika tidak sedarkan diri. Maka kita katakan, ia adalah hal orang yang maghlub (tak dapat mengawal dirinya kerana keasyikan). Maka apakah hal yang berlaku kepada seseorang yang sedang maghlub/ tidak sedarkan diri, boleh dijadikan ia sebagai ikutan?

Menurut kisah ini, an-Nuri hanya berzikir Allah Allah dan tidak meninggalkan solat fardhu dalam waktunya. Maka apakah hal yang berlaku kepada seseorang yg mampu bersolat pada tiap-tiap waktu boleh dikatakan tidak sedarkan diri?

Quote:


Al-Razi Jika dibaca hujah al-Razi, banyak hujahnya adalah aqliyyah dan falsafah.

hujah aqli jika bersandarkan dgn dalil naqli yg sahih insyallah boleh diterima.

Quote:

al-Zubaidi
Kisah beliau menyebut 'Allah, ALlah' juga diriwayatkan ketika beliau sedang sakit. Bukan dalam keadaan biasa.

Nanti mereka akan kata: org sakit boleh zikir Allah Allah. org sihat je yg tak boleh.