:salam
Adakah pekerja awam yang ditaja belajar (katakan Phd) wajib membayar zakat pendapatan? Adakah zakat pendapatan tu kena kira elaun belajar/biasiswanya?
Sebab pendapatannya adalah gaji tetap+elaun+elaun belajar+biasiswa?
2) Adakah bayaran balik PTPTN boleh ditolak dari jumlah pendapatan sebelum dikira pendapatan boleh zakat?
Kalo ikut
http://www.e-zakat.com.my/baru/k-zakat/kalkulator_pendapatan.asp
Gaji - EPF - (lain-lain) .. tapi bagaimana dengan hutang tetap kita i.e PTPTN, instalment kereta,sewa rumah yang asasi?
:wassalam
:salam
Bismillahirrahmanirrahim
Sekiranya pendapatan campur dengan semua elaun tersebut sampai haul dan cukup nisab, maka wajib ia mengeluarkan zakat 2.5% daripada jumlah pendapatannya.
Fuqaha’ bersepakat bahawa hutang tidak menghalang seseorang daripada menunaikan kewajipan zakat sekiranya hutang telah sabit pada tanggungan al-madin (penghutang) selepas wajibnya zakat. Demikian juga mereka bersepakat hutang tidak menghalang kewajipan zakat jika hutang tersebut tidak mengurangkan nisab.
Mereka berselisih pandangan pada kes sekiranya, hutang sabit sebelum wajib zakat atau mengurangkan nisab zakat. Maka di sini ada beberapa pandangan fuqaha’. Dr.al-Ghufaily dalam tesis beliau mentarjihkan hutang boleh menghalang kewajipan zakat dengan 3 syarat :
1. Hutang tersebut telah sampai tempoh manakala penghutang masih belum mampu membayarnya. Maka sekiranya hutang masih dalam tempohnya, ia tidak menghalang kewajipan zakat.
2. Penghutang tidak memiliki sebarang aset tetap yang boleh dijual untuk membayar hutangnya jika ia muflis.
3. Penghutang bukan seorang yang melewat-lewatkan pembayaran hutang.
Menurut Ibn Rushd, punca khilaf ulama ini adalah kerana mereka berselisih dalam menentukan adakah semata-mata satu ibadat atau ia satu hak yang ditetapkan pada harta untuk orang miskin? Mereka yang berpandangan zakat ialah satu hak maka, zakat tidak wajib ke atas orang yang berhutang. Ini kerana hak pemiutang diutamakan dahulu daripada hak orang miskin. Dan hartanya adalah harta pemiutang. Manakala barangsiapa yang berpandangan zakat satu ibadat semata-mata, maka wajib zakat ke atas setiap mereka yang ada harta. Ini kerana ia adalah syarat taklif yang mewajibkan zakat sama ada wujud hutang atau tidak.
Tambahan pula ada percanggah antara dua hak. Iaitu hak Allah dan hak manusia. Hak Allah lebih utama di selesaikan. Namun yang lebih sesuai dengan matlamat syarak ialah menggugurkan zakat daripada orang yang berhutang. (yakni dengan syarat-syarat seperti di atas).
Wallahualam.
RUJUK : al-Ghufayli, Nawazil al-Zakah, hlm 61-73
:aklam