SJ-01-0155 : Maksud Asyhadu & Beza Nabi dan Rasul

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ-01-0155 : Maksud Asyhadu & Beza Nabi dan Rasul

:salam

Moga dirahmati Allah...

2 persoalan yg memerlukan pencerahan dari panel mengenai aqidah...

1) Tentang 2 kalimah syahadah....kenapa digunakan kalimat syahada/asyhadu = saksi??...kenapa tidak penggunaan kalimat amana/aamana = iman??...apakah hikmah/maksud tersirat dari penggunaan kalimat syahada tersebut??...atau mungkin ada perbezaan dari menggunakan kalimat yg lain???

2) Kita difahamkan bahawa ada perbezaan dalam penakrifan rasul dan nabi...(nabi-dapat wahyu utk dirinya shj / rasul-dapat wahyu kena sampaikan pd ummatnya)....benarkan penakrifan ini???..krn ada hujjah menyatakan...kita yg bukan nabi dan rasul pun yang tidak diturunkan wahyu pun kena menyampaikan walaupun satu ayat...pohon pencerahan....

:aklam

Re: Kemusykilan Menarik - Aqidah

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

1) Kalimah Syahadah / Asyhadu memberi makna yang lebih luas yang tidak terdapat dalam kalimah lain. Dari sudut Lughah (Bahasa Arab), Syarak dan tafsiran para salaf, kalimah Syahadah (penyaksian) mengandungi 3 unsur penting:

i- kepercayaan yang jitu terhadap apa yang hendak diucapkan.
ii- Pengucapan dengan lidah terhadap kepercayaan tersebut. Jika tidak diucapkan dengan kata-kata, ia tidak dinamakan syahadah (penyaksian).
iii- Pengucapan tersebut hendaklah dizahirkan.

Seorang yang menyebut 'Asyhadu Al Laihaha Illa LLah...' bererti dia berkata: 'Aku yakin, aku menyebut dan aku khabarkan bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah....'.

2) Perbezaan antara Rasul dan Nabi yang saudara sebutkan adalah yang paling banyak tersebar. Tetapi masyhurnya pendapat ini tidak bererti ia benar. Terdapat banyak unsur yang mendhaifkan pendapat ini, antaranya:

i- Dalam Al-Quran terdapat nas bahawa Allah Taala mengutuskan (Irsal) para Nabi. Jika sekiranya perbezaan antara nabi dan rasul ialah dari sudut menyampaikan, maka pengutusan nabi-nabi juga menghendaki mereka menyampaikan.

ii- Sifat tidak menyampaikan adalah satu bentuk menyembunyikan wahyu Allah. Sedangkan Allah tidak menurunkan wahyunya untuk disembunyikan dan disimpan untuk seseorang individu sahaja, yang akhirnya ilmu itu lenyap dengan kematian nabi itu.

iii- Terdapat hadis, "Dibentangkan kepadaku umat-umat. Lalu aku melihat nabi yang bersama-samanya sekumpulan (pengikut). Ada nabi bersamanya seorang lelaki dan dua orang lelaki. Ada nabi yang tidak ada seorang pun bersamanya". Direkod oleh Bukhari (no: 5420) dan Muslim (no: 220).

Ini menunjukkan nabi juga diperintahkan supaya menyampaikan, dan nasib mereka berbeza dari sudut ramai dan sedikitnya pengikut.

Mungkin takrifan yang lebih aula ialah: Rasul ialah orang yang diwahyukan kepadanya dengan membawa syarak yang baru. Nabi pula orang yang diwahyukan kepadanya untuk mendokong syarak yang dibawa oleh rasul sebelumnya.

Takrifan ini dipilih oleh Dr Umar Sulaiman Al-Asyqar, dalam bukunya 'Al-Rusul Wa Al-Risaalaat'. (m/s 15)

Wallahu A'lam.