Assalamualaikum
saya ada 2 soalan.
yang pertama: ada tak hadis yang mengatakan mayat si penghafaz al-Quran tidak akan reput?
yang kedua: benarkah bila satu pasangan suami isteri bila dah bercerai, si suami rujuk balik. Bila si isteri menolak, jatuh satu lagi talak?
Wallahua'lam
Sumber Rujukan Islam Anda..
SJ-13-0589 : mayat penghafaz al-Quran & hukum rujuk
Primary tabs
Sun, 06/06/2010 - 2:45pm
#1
SJ-13-0589 : mayat penghafaz al-Quran & hukum rujuk
Wa’alaikumussalam
Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan anda dengan kadar kemampuan yang ada, InSyaAllah.
Soalan 1 : ada tak hadis yang mengatakan mayat si penghafaz al-Quran tidak akan reput?
Tidak diketahui (dijumpai) hadith sahih atau dhaef yang menjelaskan kedudukan mayat seorang yang hafiz al-Quran yang dikatakan tidak reput. Didalam pencarian internet, kami menjumpai riwayat dibawah yang tidak ada sanad dan riwayat (dipaparkan disini untuk menunjukkan riwayat ini tidak ada asal usulnya)
“Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya tidak busuk dan tidak reput dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
Para Nabi, Para Ahli Jihad, Para Alim Ulama, Para Syuhada, Para Penghafal Al Quran, Imam atau Pemimpin yang Adil, Tukang Azan, Wanita yang mati kelahiran/beranak, Orang mati dibunuh atau dianiaya dan Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.”
Tidak dapat dinafikan, mereka yang menghafal al-Quran mempunyai banyak ganjarannya, lebih-lebih lagi dihari akhirat. Diantaranya ialah badan seseorang al-Hafiz itu tidak akan terbakar dijilat api neraka, sabda Nabi saw :-
لو جمع القرآن في إهاب ما أحرقه الله عز وجل في النار
"Jika dihimpunkan al-Quran didalam kulit/badan seseorang nescaya tidak akan terbakar dengan izin Allah api neraka" [Hadith Riwayat al-Baihaqi].
لو جعل القرآن في إهاب ثم ألقي في النار ما احترق
"Jika dijadikan al-Quran didalam kulit seseorang kemudian dicampakkan kedalam neraka nescaya ia tidak terbakar" [Hadith Riwayat Imam Ahmad didalam sanad #1716].
لو كان القرآن في إهاب ما أكلته النار
"Jika al-Quran didalam kuit seseorang tidak akan dimakannya api neraka" [Hadith Riwayat al-Darimi 2/522, Sunan al-Darimi]
Walaupun beberapa hadith diatas ini mempunyai perbahasan yang terperinci mengenai statusnya, akan tetapi ia tetap boleh diamalkan didalam ruang lingkup fadhilat2 amalan. Mereka yang menghafal al-Quran juga dinaikkan martabatnya didunia dan di akhirat. Sabda Nabi :saw :-
إن الله يرفع بهذا الكتاب أقواماً ويضع به آخرين
“Sesungguhnya Allah meningkatkan martabat beberapa orang dengan Kitab ini dan menurunkan darjat mereka yang lain dengannya” [Hadith Riwayat Imam Muslim]
Memang tersangat banyak kelebihan kepada mereka yang sentiasa membaca al-Quran, lebih-lebih lagi mereka yang menghafalnya. Namun demikian, walaupun banyak cerita-cerita yang mengkisahkan mayat-mayat mereka yang hafal al-Quran tidak reput dimana riwayatnya tidak dapat dipastikan, tidak perlu kita gusar dengan fenomena ini oleh kerana terdapat banyak mayat-mayat yang bukan Islam tidak reput seluruhnya.
Apa yang perlu kita yakini, terlalu banyak hadith-hadith yang menjelaskan kemuliaan para-para hufaz, baik didunia, dan lebih-lebih lagi diakhirat. Mereka juga dikalangan yang boleh memberi syafaat kepada keluarga mereka. WA.
[bersambung...]
خيرالأمين
Soalan 2 : benarkah bila satu pasangan suami isteri bila dah bercerai, si suami rujuk balik. Bila si isteri menolak, jatuh satu lagi talak?
Hukum asal rujuk, suami tidak perlu mendapat izin isteri. Menurut Syed Yusof bin Ali Az-Zawawi (1971) mantan MuftiTerengganu, rujuk suami tanpa keizinan isteri adalah sah kerana rujuk itu tidaklah berhajat kepada persetujuan perempuan sebagaimana firman Allah swt :
وَبُعُولَتُهُنَّ أَحَقُّ بِرَدِّهِنَّ فِي ذَلِكَ إِنْ أَرَادُوا إِصْلَاحًا
“dan suami-suami mereka itu adalah terlebih berhak rujuk kepada mereka dalam masa iddah kiranya mereka itu berkehendakan kebaikan” [surah al-Baqarah : 228]
Disini tidak timbul soal isteri menolak permintaan rujuk si-suami, dan tidak juga timbul hukum talak. Hukum talak/cerai hanya sah dengan lafaz suami. Menurut Ibn Qudamah rh, rujuk adalah hak suami menurut ijmak ulama'. Mazhab Syafie hanya menganjurkan agar suami mendapat persetujuan isteri.
Walaupun ada undang2 negeri, seperti Seksyen 51(8) Akta Undang-Undang Keluarga Wilayah Persekutuan memerlukan 'bekas isteri memberi persetujuan', penolakan isteri untuk dirujuk tidak membawa kepada jatuh talak lagi sekali. WA.
Sekian, wassalam
خيرالأمين