Mutaakhir ini, masyarakat Malaysia umumnya, apabila berhajatkan sesuatu, maka mereka akan mengadakan majlis solat hajat secara berjemaah. Jadi,
:confused:1. Adakah terdapat tauladan daripada Rasulullah S.A.W. ttg amalan solat hajat secara berjemaah ini? Seorang al-Hafidz (sepupu saya) pernah mengkhabarkan bahawa Nabi tidak pernah melakukannya secara berjemaah. Jadi, betulkah begitu?
2. Dan biasanya juga dalam masyarakat kita pd hari ini, amalan solat hajat ini akan dilakukan dengan meletakkan sebekas air (yg dibuka penutupnya) di hadapan jemaah yg melaksanakan solat tersebut. Adakah perkara sebegini warid daripada Rasululah ? Apakah fungsi air tersebut atau lebih dikenali dalam masyarakat kita sbg "air tawar"? Sehinggakan dilarang melangkah air tersebut?
Sekian, terima kasih
æÚáíßã ÇáÓáÇã æ ÑÍãÉ Çááå æÈÑßÇÊåã
{ ÈÓã Çááå ÇáÑÍãä ÇáÑÍíã }
(( ÑÈ ÅÔÑÍ áí ÕÏÑí æ íÓÑáí ÃãÑí æÃÍáá ÚÞÏÉ ãä áÓÇäí íÝÞåæÇ Þæáí ))
***********************
SJ – 2276 : SOLAT HAJAT ( KONTROVERSI ) & AIR BERJAMPI
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih kepada Saudara VHoutenJr yang masih bersama-sama kami di al-Ahkam.online . Kami dan saya ( khasnya ) memohon maaf yang amat sangat di atas kelewatan menjawab soalan saudara . Ini disebabkan :
1 – Saya sendiri diserang “ demam selsema yang agak kuat “ mulai Hari ‘Arafah ( 9 Dzulhijjah ) , dan hingga kini “ bisa “ dan “ penangannya “ masih terasa . Disebabkan itu juga , saya agak kurang aktif menjawab soalan-soalan yang dikemukakan .
2 – Web al-Ahkam.online sendiri kerap menghadapi masalah .
3 – Kesibukan berhari raya dan memeuhi undangan teman-teman seperjuangan di sini .
Alhamdulillah , dengan sisa tenaga yang masih berbaki ini dan dengan sedikit ilmu yang dianugerahkan kepada saya , insya-Allah sekarang saya menjawab kedua-dua soalan saudara di atas .
Pertama : SOLAT HAJAT BERJEMAAH :
Masalah solat hajat ini sudah sering kali disentuh di dalam Ruangan Jawapan Fiqh mahupun Ruangan Diskusi & Isu-Semasa , khasnya oleh tuan guru kita , Al-Fadhil Ustaz thtl ( ha ) . Sila SEARCH .
Namun demi tidak menghampakan harapan saudara selaku salah-seorang saudara-mara kami seaqidah dan seagama , maka kami akan memberikan jawapannya .
Solat Sunat Hajat merupakan salah-satu solat yang topik kontroversi dan perbezaan pendapat di kalangan para ulama’ ( rh ) . Satu kelompok mengatakan bahawa ia adalah disyariatkan ( memang ada asal-usulnya dan ianya boleh dilakukan ) – ini adalah pendapat majoriti - dan manakala kelompok kedua pula mengatakan bahawa ia adalah satu perkara yang tidak disyariatkan @ bid’ah .- dan ini pula dianggap pendapat minoriti ulama’ .
Secara ringkasnya begini :
GOLONGAN PERTAMA : YANG MEMBENARKANNYA
Solat Hajat dikategorikan sebagai “ SOLAT SUNNAT YANG TIDAK MUAKKAD “ . Ianya dikenali juga sebagai “ Al-Mandub “ , “ As-Sunan Ghair al-Muakkadah “ dan “ An-Nawafil “ .
Dalil yang menunjukkan adanya petunjuk Baginda Nabi s.a.w mengenai Solat Hajat ini ialah hadists yang diriwayatkan oleh Saidina ‘Abdullah Bin Abu Awfa ( r.a ) :
ÞóÇáó ÑóÓõæáõ Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ãóäú ßóÇäóÊú áóåõ Åöáóì Çááøóåö ÍóÇÌóÉñ Ãóæú Åöáóì ÃóÍóÏò ãöäú Èóäöí ÂÏóãó ÝóáúíóÊóæóÖøóÃú ÝóáúíõÍúÓöäö ÇáúæõÖõæÁó Ëõãøó áöíõÕóáøö ÑóßúÚóÊóíúäö Ëõãøó áöíõËúäö Úóáóì Çááøóåö æóáúíõÕóáøö Úóáóì ÇáäøóÈöíøö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó Ëõãøó áöíóÞõáú áóÇ Åöáóåó ÅöáøóÇ Çááøóåõ ÇáúÍóáöíãõ ÇáúßóÑöíãõ ÓõÈúÍóÇäó Çááøóåö ÑóÈøö ÇáúÚóÑúÔö ÇáúÚóÙöíãö ÇáúÍóãúÏõ áöáøóåö ÑóÈøö ÇáúÚóÇáóãöíäó ÃóÓúÃóáõßó ãõæÌöÈóÇÊö ÑóÍúãóÊößó æóÚóÒóÇÆöãó ãóÛúÝöÑóÊößó æóÇáúÛóäöíãóÉó ãöäú ßõáøö ÈöÑøò æóÇáÓøóáóÇãóÉó ãöäú ßõáøö ÅöËúãò áóÇ ÊóÏóÚú áöí ÐóäúÈðÇ ÅöáøóÇ ÛóÝóÑúÊóåõ æóáóÇ åóãøðÇ ÅöáøóÇ ÝóÑøóÌúÊóåõ æóáóÇ ÍóÇÌóÉð åöíó áóßó ÑöÖðÇ ÅöáøóÇ ÞóÖóíúÊóåóÇ íóÇ ÃóÑúÍóãó ÇáÑøóÇÍöãöíäó
Ertinya : Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda : “ Barangsiapa yang berhajat kepada Allah , ataupun dia berhajat kepada pertolongan manusia , maka hendaklah dia berwudhuk , lalu disempurnakan wudhuk itu sebaik-baiknya . Kemudian , hendaklah dia melakukat 2 rakaat sembahyang . Selepas itu , hendaklah dia memperbanyakkan memuja-muji Allah , berselawat ke atas Nabi-Nya s.a.w . Kemudian membaca doa ( yang ertinya ) : Tidak ada sama sekali Tuhan yang layak disembah melainkan Allah Yang Maha Lembut Lagi Maha Mulia. Maha Sucilah Tuhan Yang Mempunyai ‘Arasy yang sangat besar . Segala puja-puji hanyalah untuk Allah ; Tuhan sekalian alam . Aku bermohon pada-Mu ( Ya Allah ) perkara-perkara yang boleh mendatangkan rahmat-Mu , sebab-sebab pegampunan-Mu diberikan kepada hamba-hamba-Mu , Kejayaan dari setiap jenis kebajikan , keselamatan dari setiap dosa . ( Ya Allah ! ) Janganlah dibiarkan adanya sebarang dosa ( kami ) melainkan Engkau ampuninya . Janganlah pula dibiarkan adanya sebarang kesusahan melainkan Engkau lepaskan kami daripadanya. Dan tidaklah kami juga bermohon segala jenis keperluan yang Engkau redhainya melainkan Engkau tunaikanlah segala hajat kami wahai Tuhan Yang Terlalu Pemurah daripada selain-Nya “ ~ [ Hadist diriwayatkan oleh Al-Imam Ibnu At-Tirmidizi r.h , Al-Imam Ibnu Majah .rh dan juga oleh Al-Imam al-Mundziri rh di dalam “ At-Targhib Wat Tarhib : 1/476 ~ menurut catatan Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaily di dalam Al-Fiqhul Islami Wa Adillatuh , Jilid ke-II ms 1066 & 1073, Cetakan : 1997 ] .
Komentar pentahqiq Almarhum Syeikh Muhammad Fuad ‘Abdul Baqi rh mengenai hadist ini :
Hadist ini juga diriwayatkan oleh Al-Imam an-Nasaie rh di dalam Kitab an-Nikah : 3253 , Al-Imam Abu Daud rh di dalam Kitab as-Solah : 1538 dan di dalam Musnad Al-Imam Ahmad Bin Hanbal rh : 14, 297 .
Al-Imam al-Busoiri rh mengatakan di dalam kitab “ Az-Zawaid “ : “ Hadist ini juga diriwayatkan oleh Al-Imam at-Tirmidzi rh dan beliau rh menghukum hadist ini sebagai Hadist Gharib, dan di dalam sanadnya terdapat kelemahan disebabkan di dalam sanad ( salasilah para periwayat hadist ini ) ada seorang yang bernama Faid Bin ‘Abdul Rahman yang dikenali juga sebagai Abu al-Waraqa’ dan dia adalah seorang yang lemah ( dha’ief ) .
Aku ( Syeikh M. Fuad Abd Baqi ) pula berpendapat : “ Faid itu ialah Faid Bin Abdul Rahman al-‘Attar . Seorang rawi yang dituduh sebagai matruk ( rawi yang tertuduh berdusta dan hadist itu hanya dikenali bersumber drp dia sahaja ) .
Tambahan oleh Pendekar ( al-ahkam online ) :
Hadist ini boleh ditemui di dalam Sunan Al-Imam Ibnu Majah rh di dalam “ Kitab Iqomah as-Solah Was Sunnah Fiha “ , Bab ke-189 : “ Bab Ma Jaa Fi Solatil Hajah “ , Hadits ke-1384 .
HADIS KEDUA PULA MENYATAKAN:
Úóäú ÚõËúãóÇäó Èúäö ÍõäóíúÝò Ãóäøó ÑóÌõáðÇ ÖóÑöíÑó ÇáúÈóÕóÑö ÃóÊóì ÇáäøóÈöíøó Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÝóÞóÇáó ÇÏúÚõ Çááøóåó áöí Ãóäú íõÚóÇÝöíóäöí ÝóÞóÇáó Åöäú ÔöÆúÊó ÃóÎøóÑúÊõ áóßó æóåõæó ÎóíúÑñ æóÅöäú ÔöÆúÊó ÏóÚóæúÊõ ÝóÞóÇáó ÇÏúÚõåú ÝóÃóãóÑóåõ Ãóäú íóÊóæóÖøóÃó ÝóíõÍúÓöäó æõÖõæÁóåõ æóíõÕóáøöíó ÑóßúÚóÊóíúäö æóíóÏúÚõæó ÈöåóÐóÇ ÇáÏøõÚóÇÁö Çááøóåõãøó Åöäøöí ÃóÓúÃóáõßó æóÃóÊóæóÌøóåõ Åöáóíúßó ÈöãõÍóãøóÏò äóÈöíøö ÇáÑøóÍúãóÉö íóÇ ãõÍóãøóÏõ Åöäøöí ÞóÏú ÊóæóÌøóåúÊõ Èößó Åöáóì ÑóÈøöí Ýöí ÍóÇÌóÊöí åóÐöåö áöÊõÞúÖóì Çááøóåõãøó ÔóÝøöÚúåõ Ýöíøó ÞóÇáó ÃóÈõæ ÅöÓúÍóÞó åóÐóÇ ÍóÏöíËñ ÕóÍöíÍñ
Ertinya : Daripada Saidina ‘Utsman Bin Hanif r.a menyatakan : “ Pernah ada seorang lelaki buta yang datang menemui Baginda Rasulullah s.a.w lalu berkata : Doakanlah saya wahai Rasulullah agar disembuhkan saya ( drp buta mata ) . Sabda Baginda s.a.w menjawab : “ Jika kau suka untuk bersabar engkau akan dapati pahalanya di atas kesabaranmu ( di atas penyakitmu itu ) , ataupun boleh juga kalau kau hendak sekarang , aku akan mendoakan engkau sekarang ( supaya sembuh serta-merta ) “ . Kata lelaki itu : Doakanlah untukku sekarang . Lalu Baginda Rasulullah s.a.w pun menyuruhnya agar mengambil air sembahyang dan mengambilnya dengan sebaik-baiknya , lalu mengerjakan solat dua rakaat . Kemudian dia berdoa ( ertinya ) : “ Ya Allah Ya Tuhanku ! Aku berdoa dan bermunajat kepada-Mu dengan Muhammad ; Nabi yang membawa rahmat . Wahai Muhammad ! , aku telah pun berdoa kepada Allah dengan perantaranmu demi dikabulkan hajatku ini . Ya Allah ! , Berilah syafaat ( Baginda Rasulullah s.a.w ) kepadaku “ – Imam Abu Ishaq ( rh ) mengatakan bahawa Hadist ini adalah sahih .
Di dalam hadist yang hampir serupa dengan hadist di atas dinyatakan kisah selanjutnya hadist di atas : “ Setelah itu lelaki buta itu pun pulang dan Allah pun telah menyembuhkan dirinya daripada buta “ – Lihat “ Al-Muntaqa Min Kitab At-Targhib Wat Tarhib Lil Mundziri “ , Jilid Pertama , Halaman : 223 , Hadist ke-354 [ At-Targhib Fi Solat al-Hajah Wa Du’aiha ] “ oleh Al-‘Allamah Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi h.a .
Komentar pentahqiq Almarhum Syeikh Muhammad Fuad ‘Abdul Baqi rh mengenai hadist ini :
Hadist ini juga diriwayatkan oleh Al-Imam at-Tirmidzi rh di dalam Kitab as-Solah : 479 dan oleh Al-Imam al-Baihaqi rh di dalam sunannya : 7/192 .
Tambahan oleh Pendekar ( al-ahkam online ) :
Hadist ini boleh ditemui di dalam Sunan Al-Imam Ibnu Majah rh di dalam “ Kitab Iqomah as-Solah Was Sunnah Fiha “ , Bab ke-189 : “ Bab Ma Jaa Fi Solatil Hajah “ , Hadits ke-1385 .
Al-Imam al-Khatib asy-Syirbini ( rh ) pengarang kitab “ Mughni al-Muhtaj “ menyatakan bahawa setiap solat sunat yang tidak disyariatkan asalnya secara berjemaah , maka ianya boleh juga dilakukan secara jemaah . Sebab , Saidina ‘Umar r.a sendiri telah menghimpunkan manusia untuk melakukan solat terawih secara berjemaah sedangkan Baginda Nabi s.a.w pada permulaannya tidaklah melakukan solat terawih secara berjemaah [ Cuma apabila Para Sahabat r.a melihat Baginda Nabi s.a.w melakukannya bersendirian , para sahabat r.a pun beratur di belakang Baginda s.a.w dan mengikut solat Baginda s.a.w ] .
Solat hajat juga boleh dilakukan sama ada secara sendirian ataupun secara berjemaah ~ dan inilah pendapat yang paling utama menurut mazhab Asy-Syafi’e rh , menurut Kitab Fiqh di atas dan juga kata Al-Imam Ibnu Qudamah rh di dalam “ Al-Mughny : [ 2 / 142 ] .
Fatwa daripada Web Islam.online ( yang beribu pejabat di Qatar dan dikendalikan oleh murid-murid Syekh al-Qaradhawi ha ) dan menurut “ Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyah “ ( Ensiklopedia Fiqh Kuwait ) juga mengatakan bahawa solat sunat hajat itu boleh dilakukan sama ada secara bersendirian ataupun secara berjemaah . Sila lihat ulasan dan diskusi mengenainya di url berikut ini : Salah al-haajah?????????? http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB1&Number=10705
Ataupun :
http://islamonline.net/completesearch/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=68692
GOLONGAN KEDUA : YANG TIDAK MEMBENARKANNYA
Mereka yang tidak membenarkan solat hajat ialah mereka yang mengatakan bahawa solat hajat ini bukanlah sunnah , bahkan ia adalah bid’ah di dalam beribadah . Oleh itu , melakukannya sama sekali tidak boleh sama ada secara bersendirian ataupun secara berjemaah .
Alasan mereka ialah kerana kedua-dua hadist di atas adalah do’if ( lemah ), bahkan ada yang menganggapnya sebagai maudhu’ ( palsu ) . Dan kedua-dua jenis hadist itu sama sekali tidak dapat dijadikan hujah di dalam menentukan hukum ibadah.
Alasan dan komentar yang kontra terhadap kesahihan solat sunat hajat ini telah pun saya ( pendekar ) bentangkan di atas ( Alasan Golongan Pertama ) , khasnya komentar daripada Al-‘Allamah Syeikh Muhammad Fuad ‘Abdul Baqi rh – seorang ahli tahqiq yang terkenal di Mesir ( kalau tak silap saya beliau telah meninggal dunia sejak 50 tahun lalu ) yang banyak menyumbangkan usahanya di dalam menilai semula kitab-kitab warisan silam umat Islam khasnya di dalam ilmu-ilmu hadits .
Selain itu , menurut Almarhum Al-‘Allamah Syeikh Muhammad Soleh Bin ‘Utsaimin daripada Arab Saudi , Almarhum Al-‘allamah Syeikh Nasiruddin al-Albani rh dan Syeikh Muhammad Soleh al-Munajjid ha semua hadist yang digunakan oleh golongan pertama di atas adalah LEMAH & PALSU yang tidak boleh dijadikan hujah di dalam menentukan ibadah .
Saudara boleh mendapatkan diskusi mengenai hal itu sebagai url di atas ataupun saudara juga boleh mencuba url berikut :
http://www.mknon.net/ftawa/ft19.htm
http://63.175.194.25/index.php?ln=ara&ds=qa&lv=browse&QR=10387&dgn=3
http://arabic.islamicweb.com/Books/albani.asp?id=3673
PANDANGAN al-AHKAM ONLINE MENGENAI MASALAH INI :
Secara umumnya kami di al-Ahkam Online masih berusaha untuk mengumpulkan sebanyak mungkin semua fatwa dan pandangan para ulama’ sekitar permasalahan solat hajat ini . Dan saya sendiri ( pendekar ) bersama-sama Al-Fadhil Ustaz Zain ys ( Webmaster ) dan Al-Fadhil Ustaz thtl ( Ahli Panel Fiqh ) sedang berusaha untuk itu , walaupun di kalangan kami sendiri sendiri sudah mempunyai keputusan yang lebih berhak diikuti menurut ilmu dan penilaian masing-masing .
Kerja menilai semula satu – persatu ( tahqiq ) hadist-hadist di atas bukanlah satu perkara yang mudah dan enteng , bayangkanlah kalau satu hadist itu sendiri mempunyai 10 orang periwayat hadist , kita perlu mencari pula sekurang-kurangnya 2-3 kitab yang membicarakan biografi setiap periwayat hadist itu ada apakah kata para ulama’ mengenai setiap periwayat tersebut .
Kemudian ditambah pula dengan membuka kitab-kitab fiqh , khasnya kitab-kitab fiqh yang besar-besar dan yang muktabar ( yang diakui oleh umat ) dan kitab-kitab fatwa yang membicarakan masalah tersebut secara detail .
Dan nampaknya , kami masih belum mampu 100% untuk memperuntukkan masa demi tujuan itu kerana kesibukan dengan uusan-urusan lain ( termasuklah soalan-soalan lain di dalam Bank Soalan Fiqh al-Ahkam online ) .
Insya-Allah , saya sendiri dan Ust. Zain ys ( sbg mana perbincangan di antara kami berdua ) akan mengeluarkan satu keputusan mengenai masalah solat hajat tersebut tanpa meniru mana-mana fatwa dahulu dan sekarang , Insya-Allah .
Tunggulah masa dan ketikanya apabila diizinkan oleh Allah Ta’ala .
Namun , buat masa ini yang dapat saya berikan hasil perbincangan khas saya dengan Al-Fadhil Ustaz Zain ys dan guru saya di sini ; Asy-Syeikh Soleh Hamdi As-Sisi ialah :
Permasalahan solat hajat ini adalah masalah fiqh dan furuk yang berstatus khilafiah ( diperselisihi ) di kalangan para ulama’ . Ulama’ yang membenarkannya nampaknya bukanlah calang-calang orang dan yang tidak membenarkannya juga bukanlah sembarangan orang .
.
Yang mahu berpegang kepada fatwa yang mengatakan solat sunah hajat ini adalah sunnah , silakan sahaja .
Yang mahu berpegang pula kepada fatwa yang membid’ahkan amalan ini juga , terpulang kepada kecenderungan ilmunya .
Yang mahu bersama-sama majoriti umat Islam , khasnya umat Islam Malaysia yang sudah biasa dengan acara solat hajat beramai-ramai ini , ahlan wa sahlan .
Yang tidak mahu , jangan pula sampai mengeluarkan kata-kata yang kasar dan keras terhadap yang melakukannya .
Yang mahu melakukannya kerana ianya dilakukan oleh para ulama’ dan tuan-tuan guru di tanah air , tidaklah mengapa .
Yang tidak mahu kerana para ulama’ dan tuan-tuan guru mereka mengatakan sebaliknya juga tidaklah menjadi masalah .
Masyarakat awam yang kurang ilmunya di dalam selok-belok hukum-hakam islam sebenarnya tidaklah mempunyai sebarang mazhab ( anutan dan pegangan ) tertentu di dalam beribadah . Mereka boleh sahaja memilih mana-mana mufti , ulama’ , ustaz – ustazah , fatwa-fatwa yang mereka rasakan sesuai dengan kemampuan dan kecenderungan mereka . Dan inilah sebenarnya pandangan para ‘alim –ulama’ seperti Almarhum Al-‘Allamah Syeikh Muhammad Husnain Makhluf ( Bekas Ulama’ BesarAl-Azhar dan bekas Mufti Mesir ) di dalam kitab “ Al-Fatawa al-Islamiyyah “ , Al-‘Allamah Syeikh ‘Atiah Saqr ha ( Bekas Pengerusi Lujnah Fatwa Al-Azhar ) di dalam mukaddimah kitabnya : “ Ahsanul Kalam Fil Fatawa Wal Ahkam “ , Al-‘Allamah Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ha di dalam mukaddimah “ Fatawa Mu’asirah 1 “ dan “ Al-Fatwa : Bainal Indhibath Wat Tasayyub “ dan ulama’ selain mereka .
Ulama’ salafus solohin dahulu pun sering berbeza pendapat dan fatwa di dalam satu-satu permasalahan , akan tetapi itu semua hanyalah di dalam tulisan-tulisan dan ucapan-ucapan mereka . Tapi kebanyakan kita di hari ini , bukan sekadar menghentam satu-satu golongan yang “ tidak sebulu “ dengan kita dengan kata-kata yang tidak beradab , bahkan ada yang sampai sanggup “ mengangkat parang “ ( seperti di Selatan Thailand sekarang dan seperti di zaman panasnya polemik di antara Kaum Tua Vs Kaum Muda ) . Dan sikap seperti ini amat jauh daripada tingkah-laku yang ditunjukkan oleh Kaum Salafus Solihin r.a di zaman lampau
Ya , masalah ini adalah masalah khilafiah ( diperselisihi ) di dalam furu’( cabang-cabang syariah ) . Masalah seperti ini juga tidak membenarkan mana-mana orang Islam melemparkan sebarang tuduhan fasiq dan kafir kepada orang-orang selainnya yang berpegang dengan pegangan yang lain daripadanya !!! .
Walaupun ianya adalah masalah khilafiyyah , namun ini tidaklah bermakna ianya tidak boleh dibincangkan dan didiskusikan langsung oleh mana-mana orang Islam , khasnya bagi mereka yang sudah mencapai tahap ( nadzor ) mampu di dalam selok-belol ilmu-ilmu Islam . Kerana itulah Al-Imam Asy-Syahid Hassan al-Banna rh telah menyatakan di dalam Usul ke- 8 daripada Al-Usul al-‘Isyrin ( Usul 20 ) :
æÇáÎáÇÝ ÇáÝÞåí Ýí ÇáÝÑæÚ áÇ íßæä ÓÈÈÇ ááÊÝÑÞ Ýí ÇáÏíä , æáÇ íÄÏí Åáì ÎÕæãÉ æáÇ ÈÛÖÇÁ æáßá ãÌÊåÏ ÃÌÑå , æáÇ ãÇäÚ ãä ÇáÊÍÞíÞ ÇáÚáãí ÇáäÒíå Ýí ãÓÇÆá ÇáÎáÇÝ Ýí Ùá ÇáÍÈ Ýí Çááå æÇáÊÚÇæä Úáì ÇáæÕæá Åáì ÇáÍÞíÞÉ , ãä ÛíÑ Ãä íÌÑ Ðáß Åáì ÇáãÑÇÁ ÇáãÐãæã æÇáÊÚÕÈ
Ertinya : “ Perbezaan memahami masalah-masalah ranting ibadah tidak boleh dijadikan sebab untuk berpecah-belah di dalam agama . Dan sama-sekali tidak boleh membawa kepada sebarang pertelingkahan dan permusuhan . Setiap mujtahid itu ada pahalanya masing-masing .
Namun , tidaklah pula menjadi halangan untuk merealisasikan keilmuan yang sebenar di dalam masalah-masalah khilaf ini selagi ianya berlandaskan cinta kepada saudara-saudara segama hanya kerana Allah , dan demi berkerja-sama mencari keputusan yang hakiki , tanpa membawa kepada sebarang perdebatan yang tercela dan sikap taksub “ .
Saya ( pendekar ) sendiri buat masa ini , lebih cenderung dengan fatwa dan pendapat golongan pertama di samping melihat kepada ‘uruf ( suasana ) umat Islam tanah air .
Dan saya tidak akan segan-silu dan tanpa sebarang masalah akan menukar pegangan saya ini – khasnya di dalam masalah solat hajat ini – apabila saya mendapat hujah-hujah yang lebih diyakini dan yang boleh membatalkan pandangan saya terhadap masalah ini .
Jawapan kedua mengenai AIR BERJAMPI / AIR PENAWAR ( AIR YASIN ) akan menyusul beberapa ketika ( Insya-Allah akan saya siapkan hari ini juga jika tiada masalah ) . :smirk:
Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
17 / Dzulhijjah / 1423 H
18/ Febuari / 2003 M
SELASA – Bandaraya Kaherah
Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum
Jawapan Kedua : AIR BERJAMPI :
Ianya dikenali di negeri Saudara VhoutenJr sebagai “ Air Tawar “ , sedangkan masyarakat Pantai Barat memanggilnya sebagai “ Air Berjampi “ ataupun “ Air Jampi “ . Ada juga yang memanggilnya sebagai “ Air Penawar “ ataupun “ Air Sembahyang Hajat “ ataupun “ AirYasin “ .
Baginda Rasulullah s.a.w sendiri dan ParaSahabat r.a pernah berjampi dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quranul Karim sebagai mana dinyatakan oleh hadist-hadist berikut :
ÍóÏøóËóäöí ÍöÈøóÇäõ ÃóÎúÈóÑóäóÇ ÚóÈúÏõÇááøóåö ÃóÎúÈóÑóäóÇ íõæäõÓõ Úóäö ÇÈúäö ÔöåóÇÈò ÞóÇáó ÃóÎúÈóÑóäöí ÚõÑúæóÉõ Ãóäøó ÚóÇÆöÔóÉó ÑóÖöíó Çááøóåõ ÚóäúåóÇ ÃóÎúÈóÑóÊúåõ Ãóäøó ÑóÓõæáó Çááøóåö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ßóÇäó ÅöÐóÇ ÇÔúÊóßóì äóÝóËó Úóáóì äóÝúÓöåö ÈöÇáúãõÚóæøöÐóÇÊö æóãóÓóÍó Úóäúåõ ÈöíóÏöåö ÝóáóãøóÇ ÇÔúÊóßóì æóÌóÚóåõ ÇáøóÐöí ÊõæõÝøöíó Ýöíåö ØóÝöÞúÊõ ÃóäúÝöËõ Úóáóì äóÝúÓöåö ÈöÇáúãõÚóæøöÐóÇÊö ÇáøóÊöí ßóÇäó íóäúÝöËõ æóÃóãúÓóÍõ ÈöíóÏö ÇáäøóÈöíøö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó Úóäúåõ
Ertinya : “ Saidina ‘Urwah r.a pernah menyatakan bahawa Saidatina ‘A’isyah r.a pernah memberitahunya apabila Baginda Rasulullah s.a.w pernah membaca Al-Mu’awwidzat , lalu ditiupkan dan disapu ke tubuhnya dengan tangannya ketika baginda s.a.w sakit . Manakala apabila Baginda s.a.w menderita sakit yang agak berat , yang boleh membawa maut , akulah ( Saidatina ‘A’isyah ) yang meniupkan ke atas dirinya sendiri dengan Al-Mu’awwidzat yang pernah dibacakan dan ditiupkan sendiri sebelum ini oleh Baginda Rasulullah s.a.w “ ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh Al-Imam al-Bukhari di dalam Kitab al-Maghazi / Kitab at-Tib / Kitab Fadhoil al-Quran .
### Al-Mu’awwidzat ertinya Beberapa Perlindungan , yang dimaksudkan di dalam hadist di atas ialah membaca Surah Al-Ikhlas , Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas yang ketiga-tiga itu berada di akhir surah Al-Quranul Karim .
ÍóÏøóËóäöí ãõÍóãøóÏõ Èúäõ ÈóÔøóÇÑò ÍóÏøóËóäóÇ ÛõäúÏóÑñ ÍóÏøóËóäóÇ ÔõÚúÈóÉõ Úóäú ÃóÈöí ÈöÔúÑò Úóäú ÃóÈöí ÇáúãõÊóæóßøöáö Úóäú ÃóÈöí ÓóÚöíÏò ÇáúÎõÏúÑöíøö ÑóÖöíó Çááøóåõ Úóäúåõ Ãóäøó äóÇÓðÇ ãöäú ÃóÕúÍóÇÈö ÇáäøóÈöíøö Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÃóÊóæúÇ Úóáóì Íóíøò ãöäú ÃóÍúíóÇÁö ÇáúÚóÑóÈö Ýóáóãú íóÞúÑõæåõãú ÝóÈóíúäóãóÇ åõãú ßóÐóáößó ÅöÐú áõÏöÛó ÓóíøöÏõ ÃõæáóÆößó ÝóÞóÇáõæÇ åóáú ãóÚóßõãú ãöäú ÏóæóÇÁò Ãóæú ÑóÇÞò ÝóÞóÇáõæÇ Åöäøóßõãú áóãú ÊóÞúÑõæäóÇ æóáóÇ äóÝúÚóáõ ÍóÊøóì ÊóÌúÚóáõæÇ áóäóÇ ÌõÚúáðÇ ÝóÌóÚóáõæÇ áóåõãú ÞóØöíÚðÇ ãöäó ÇáÔøóÇÁö ÝóÌóÚóáó íóÞúÑóÃõ ÈöÃõãøö ÇáúÞõÑúÂäö æóíóÌúãóÚõ ÈõÒóÇÞóåõ æóíóÊúÝöáõ ÝóÈóÑóÃó ÝóÃóÊóæúÇ ÈöÇáÔøóÇÁö ÝóÞóÇáõæÇ áóÇ äóÃúÎõÐõåõ ÍóÊøóì äóÓúÃóáó ÇáäøóÈöíøó Õóáøóì Çááøóåõ Úóáóíúåö æóÓóáøóãó ÝóÓóÃóáõæåõ ÝóÖóÍößó æóÞóÇáó æóãóÇ ÃóÏúÑóÇßó ÃóäøóåóÇ ÑõÞúíóÉñ ÎõÐõæåóÇ æóÇÖúÑöÈõæÇ áöí ÈöÓóåúãò
Ertinya : “ Daripada Saidina Abu Sa’id al-Khudry r.a menceritakan : Pernah ada beberapa orang para sahabat Nabi s.a.w datang pada satu suku kaum daripada kabilah-kabilah Arab , tetapi kaum itu tidak mahu menghormati para sahabat r.a itu sebagai para tetamu mereka . Dalam keadaan demikian , tiba-tiba seorang pemimpin mereka disengat ular . Kaum itu pun menemui para sahabat r.a dan bertanya : “ Adakah di kalangan kamu ini sesiapa yang membawa ubat ataupun pandai berjampi ? “ . Para sahabat r.a pun menjawab : “ Tadi kamu semua tidak mahu menghormati kami sebagai para tetamu dan sekarang kami sendiri tidak akan menolong kamu melainkan jika kamu setuju memberi kami sesuatu “ . Maka , kaum Arab itu pun bersetuju untuk memberikan kepada para sahabat r.a sebahagian kambing . Lalu seorang sahabat r.a pun memulai merawat ketua kaum itu dengan membaca Al-Fatihah , kemudian dikumpulkan ludahnya , lalu ditiupkan, maka sembuhlah ketua kaum itu . Setelah itu , kaum itu pun membawa sebahagian kambing yang dijanjikan kepada para sahabat r.a , maka para sahabat r.a pun berkata : “ Kami semua tidak akan mengambilnya sehinggalah kami bertanya ( minta izin ) daripada Baginda Nabi s.a.w . Apabila para sahabat r.a. bertanyakan hal itu kepada Baginda s.a.w , baginda s.a.w pun tertawa lalu baginda s.a.w pun berkata kepada para sahabat r.a itu : “ Siapakah yang mengajarkan engkau bahawa itu adalah jampi ? , tak mengapa , ambillah sebahagian kambing itu dan berilah sedikit kepadaku “ . ~ Hadis sahih diriwayatkan oleh Al-Imam al-Bukhari di dalam Kitab at-Tib .
Jelasnya , berjampi yang pernah dilakukan oleh Baginda Rasulullah s.a.w dan Para Sahabat r.a adalah dengan menggunakan Surah Al-Fatihah dan Al-Mu’awwidzat ( 3 Qul ) .
Ada golongan yang mengatakan bahawa berjampi selain daripada ayat-ayat di atas adalah tidak dibenarkan .
Manakala golongan yang membolehkan pula berkata bahawa hadist-hadist di atas tidaklah bermaksud kita sama sekali tidak dibenarkan berjampi dengan ayat-ayat selain daripada apa yang tersebut di atas . Bahkan kita dibenarkan selagi ianya adalah ayat-ayat Al-Quranul Karim , hadist-hadist Nabawi , doa-doa dan selagi ianya tidak mengandungi bid’ah dan syirik terhadap Allah Ta’ala serta tidak menganggap pula bahawa air berjampi dan jampi-jampian itu sendiri ada kuasa tersendiri .
Selain itu membaca ayat-ayat suci tersebut merupakan salah-satu cara bertabarruk ( mengambil berkat ) daripada ayat-ayat Al-Quranul Karim tanpa dinafikan bahawa tujuan utama Al-Quranul Karim diturunkan adalah sebagai hidayah dan rahmat bagi semesta alam .
Saya lebih cenderung kepada pendapat kedua di dalam masalah ini .
Cuba rujuk :
1 – PERBOMOHAN MENURUT ISLAM
http://www.islam.gov.my/e-rujukan/bomoh.pdf
2 – KHURAFAT & AZIMAT
http://www.islam.gov.my/e-rujukan/khurafat.pdf
Kedua-duanya diterbitkan oleh JAKIM dan juga oleh Jabatan Agama Islam Perak .
Alhamdulillah , selesailah jawapan pertama dan kedua .
Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .
RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN
1- AL-FIQHUL ISLAMI WA ADILLATUH – Jilid ke-II , ms 1069 & 1094
Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr. Wahbah Az-Zuhaily ha
Darul Fikr , Damsyiq
Cetakan ke-IV : 1997
2 – AL-MUNTAQA FI KITAB at-TARGHIB WAT TARHIB LIL MUNDZIRI
Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ( ha )
Jilid Pertama , Halaman 223
Terbitan : Darul Nasyr Wat Tauzie’ al-Islamiah , Kaherah
3 – SUNAN AL-IMAM IBNU MAJAH R.H
Komentar dan Huraian Oleh : Almarhum Syeikh Muhammad Fuad ‘Abdul Baqi dan Dr. Mustafa Muhd Hussein Adz-Dzahabi
Bahagian Pertama , Halaman : 521 , Bab ke-189
Terbitan : Darul Hadist , Kaherah
4 – SOAL – JAWAB I – IV [ Jilid 1 halaman 379 ]
Oleh : Almarhum Al-‘Allamah Ustadz A. Hassan Bandung , Moh. Ma’sum & H. Mahmud Aziz rh
Terbitan : Haji Jasin Amin Sahib Book Store , Singapura
5 – KATA BERJAWAB I – V [ Halaman 802 ]
Oleh : Almarhum Al-‘Allamah Ustadz Abd. Qadir Hassan Bandung rh
Terbitan : Yayasan Al-Muslimun , Bangil , Indonesia
6 – YAS ALUNAK ‘ANID DIN WAL HAYAH
Oleh : Almarhum Al-‘Allamah Dr. Ahmad asy-Syarbasi rh
Jilid 1 { ms 308 , 310 & 318 ] , Jilid 3 { ms 210 } , Jilid 7 { ms 269 }
Terbitan : Darul Jail , Beirut
7 – LAIN – LAIN
æ Åáì ÇááÞÇÁ Åä ÔÇÁ Çááå ÊÚÇáì
æÇáÓáÇã ÚáÈßã æ ÑÍãÉ Çááå æ ÈÑßÇÊå
17 / Dzulhijjah / 1423 H
18/ Febuari / 2003 M
SELASA – Bandaraya Kaherah
Pendekar ® :duel2
http://al-ahkam.com.my/forum
:salam
AlhamduliLlah panjang lebar sekali jawapan Ustaz Pendekar dan kalau kita gabungkan dengan jawapan Penghulu Ahkam di ruang Diskusi Am (belum habis lagi tu), rasanya kita akan dapat jawapan kepada status solat Hajat baik secara personal atau secara berjama'ah.
Cuma bila saya baca kembali soalan yg diajukan. olh V Houten Jr, rasanya dia mahukan jawapan yg simpel dan straight forward sahaja.
Soalan pertama : Menjadi amalan di Malaysia solat Hajat ini kelihatan spt suatu solat yg Mu'akkad, bila timbul isu solat Hajat akan dilaksanakan di stadium misalnya. Sbg orang Kelantan, upacara solat Hajat ini suatu kemestian dalam banyak hal sempena majlis Selamatan. V Houten mahukan kepastian apakah terdapat teladan dari Nabi saw. Jawapan kita: kita setuju dgn Hafiz itu, bahawa amalan solat Hajat spt yg disaksikan di Malaysia ini tidak makthur dari Nabi saw. Jika kita mengambil pendekatan madrasah Salafiya., ia adalah Bid'ah idhafiah.
Soalan yg kedua: Sewaktu majlis solat Hajat itu diletakkan bekas air atau Jug. Jika majlis selamatan itu sempena beli motorsikal baru, air tawar itu akan digunakan utk memandikan kenderaan. Jika majlis solat Hajat itu sempena anak menghadapi periksa SPM, dikehendaki mandi sebelum memulakan hari pertama exam itu. Kita jawab: ini juga tidak makthur dan tidak warid dari Nabi saw. Jika kita ambil pendekatan salafiyah (faham yg tasyfiyah tanpa takwil), maka amalan begini adalah Bid'ah idhafiyah.
Inilah manhaj atau cara berfatwa Imam2 Salafiyah spt Ibn Taymiyah-Ibn Qayyim dan alMuhaddith albania yg agak telus dan direct tapi yg pasti keaslian Sunnah itu tetap terpelihara.
WA